Selamat Datang ke Evolusi Minda

Filed under: Umum

Assalammualaikum dan Salam Evolusi buat semua,

Penulis utama blog ini, Puan Hajjah Arina Abbas telah meninggalkan kita buat selama-lamanya pada 5hb Mac 2011. Segala ilmu dan cetusan rasa yang dituliskan di sini kami wakafkan atas nama beliau. Sedekahkanlah Al-Fathihah pada beliau setiap kali anda rasa tulisan di blog ini berguna buat anda.

Beliau merupakan bekas Moderator Seminar Evolusi Minda dan di blog ini beliau memperkongsikan ilmu-ilmu tentang kuasa minda dengan pembaca sekalian.  Beliau juga memberi tips-tips bagaimana untuk mendapatkan kejayaan dalam kehidupan seharian terutama perniagaan, pekerjaan, pelajaran dan ibadah dengan menggunakan kuasa minda.  Selain itu, beberapa informasi yang menceritakan tentang tenaga minda sedar, separa sedar, gelombang, tenaga dan juga teknik-teknik mudah yang menggunakan minda separa sedar.

Posted by admin on May 23rd, 2010

No Comments »

Permalink

Video terakhir Puan Hjjh Arina Abbas. Al-Fathihah buat beliau.

Filed under: Umum

Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Saya Mohd Yusmi, (pengurus tadbir Evolusi Minda) dan suami pada Puan Hajjah Arina, dengan rendah hati mengumumkan bahawa Puan Hajjah telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada subuh hari Sabtu, 5 Mac 2011. Saya menyedari pemergian beliau pada jam 6.30 pagi di kediaman kami di Petaling Jaya. Beliau meninggal dalam tidur. Untuk pengetahuan pembaca beliau mengidap kanser servik.

Kepada pembaca dan pengikut blog Evolusi Minda. Anda pastinya terkejut dengan berita ini. Maaf sekiranya saya terlambat mengumumkannya. Buat sementara ini pihak Evolusi Minda memberhentikan semua jenis seminar termasuklah seminar percuma dan kelas susulan percuma.


Baca Seterusnya .. Klik Sini »

Posted by admin on March 13th, 2011

30 Comments »

Permalink

Baik & Buruk ‘Subliminal Message’

Filed under: Ilmiah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Topik minggu ini merupakan ulasan lanjutan dari post lepas. Alhamdulillah. Rata-rata kita lihat begitu ramai yang tertarik untuk mempelajari ilmu minda ini. Disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap ilmu ini maka terdapat banyak tawaran yang diberikan dalam bentuk kursus dan buku-buku.  Pelbagai teknik dan teori didedahkan dalam pembelajaran ilmu minda ini.  Walaubagaimanapun, masyarakat dinasihatkan jangan terlalu ghairah dengan ilmu ini.  Untuk mengelakkan daripada tersalah guna atau salah faham dalam mempraktikkannya adalah lebih baik dinasihatkan anda berguru.

Minda sangat sensitif, oleh yang demikian kita mesti benar-benar kenal terlebih dahulu akan sifat minda itu sebelum boleh menggunakan kuasanya dengan optimum.  Namun sekiranya kita tersalah program adalah dikhuatiri akan mengakibatkan masalah yang besar akan berlaku dalam kehidupan kita.  Tanpa kita sedari apa yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari adalah hasil daripada pemikiran yang kita terima melalui minda.  Minda merakam semua perkara yang kita lihat, dengar, cakap, baca dan fikir. Perkara ini diprogram dan disimpan sebagai fail kekal di dalam minda.  Apabila tiba masa yang  sesuai atau keadaan perlu, minda akan menggunakan program yang disimpan untuk kehidupan.
Baca Seterusnya .. Klik Sini »

Posted by admin on December 21st, 2010

No Comments »

Permalink

Teknik ‘Applied Kinesology’ (AK) – Berhubung dgn Minda Separa Sedar

Filed under: Ilmiah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu ini kita akan kongsikan tentang teknik Applied Kinesology atau lebih dikenali sebagai teknik AK.

Applied Kinesology atau AK adalah merupakan salah satu teknik utama yang digunakan untuk membuat penilaian terhadap sesuatu penyakit, punca penyakit serta rawatan yang sesuai bagi merawat penyakit tersebut.  Selain itu teknik AK ini juga boleh digunakan untuk menguji sesuatu benda samada elok atau tidak.  Menguji bahan samada bahaya atau tidak, malah pendek kata teknik ini mampu membantu seseorang untuk mencari jawapan spontan untuk mengetahui keputusan yang betul.  Namun perdiingatkan bahawa teknik ini tidak boleh dilakukan untuk meramal masa hadapan atau sesuatu kejadian yang belum berlaku.

Contohnya; Apabila seseorang itu berada di dalam hutan, dan ingin mengetahu samada buah hutan itu beracun atau tidak, dia boleh menggunakan teknik Applied Kinesology atau AK ini.  Soalan yang diajukan mestilah berbentuk ‘Yes or No Question’.
Baca Seterusnya .. Klik Sini »

Posted by admin on December 6th, 2010

2 Comments »

Permalink

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting

Сайт писателя Торговые центры Москвы