Evolusi dan Minda

Filed under: Umum

Alhamdulillah…dengan pertolongan Team Flarebiz siap sudah blog Evolusi Minda. Kami di Evolusi Minda (EM) mengucapkan terima kasih kepada mereka. Flarebiz terdiri dari 2 orang anak muda hebat dalam dunia Internet Marketing di Malaysia. Seorang namanya Labanon dan seorang lagi Zhafran. Syukur ada mereka yang bantu EM.

Ok.. kami ingin bercerita sedikit tentang EM. Apa itu Evolusi Minda sebenarnya? Apa Matlamat EM? Kenapa mesti pilih EM? Evolusi Minda sebenarnya adalah badan penyedia kursus. Tujuan EM adalah memberi kesedaran kepada masyarakat umumnya dan khusus kepada bumiputera tentang kuasa minda. Bukan itu sahaja, kami memberikan pendedahan umum kepada ilmu metafizik, motivasi dan kehidupan. Matlamat kami untuk membantu anda lebih maju dalam kehidupan. Inilah yang dikatakan evolusi. Pendek kata, jadi orang berjaya.

Bila sebut pasal berjaya, macam-macam definasinya. Setiap orang mempunyai persepsi tersendiri tentang berjaya. Ada orang; naik pangkat, memiliki kereta besar atau rumah besar baru dikira berjaya. Ada orang lain pula; dapat pergi Mekkah atau dapat anak pertama pun dikira berjaya bagi mereka. Tidak kurang juga bagi sesetengah orang yang mengukur kejayaan dalam hidup itu dengan pencapaian akademik.

Terpulang kepada anda untuk mengukur definasi kejayaan. Seperti yang di katakan tadi, hasrat kami adalah memberi kesedaran kepada masyarakat; kerana kami yakin bahawa anda layak mendapat kejayaan yang lebih optimum dalam hidup. Kesedaran inilah yang kami ingin sampaikan. EM hanya mampu tunjukkan pintu tetapi anda sahaja yang boleh berjalan merentasinya. EM sentiasa menggalakkan dan menyokong kejayaan anda.

Setiap manusia dilahirkan dengan potensi diri yang hebat. Anda hanya perlu kenal potensi tersebut untuk melakukan evolusi. Justeru itu, rangsang minda anda dengan info kami; kerana tiada kejayaan tanpa ilmu. Perkataan ini sering kami ulangi; lapangkan minda, tenangkan fikiran dan bukakan hati. Percayalah, anda tidak akan rugi bersama kami kerana dari masa ke semasa anda akan dibawa dari sudut yang berbeza-beza tentang kehidupan. Tunggu tips-tips EM akan datang.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Posted by admin on August 23rd, 2009

Permalink

5 Responses to “Evolusi dan Minda”

  1. meerul Says:

    Alhamdulillah lahir sudah blog yang di nanti-nantikan. Tahniah dan Syabas

  2. Cikgu Saari Says:

    Salam

    Sentiasa menunggu post-post yang akan datang.

    Insyaallah kursus bulan November saya akan hadir.

    Selamat maju jaya.

  3. fiqh787 Says:

    alhamdulillah..barokah bulan ramadhan..akhirnya terlahir juga blog EM..tahniah buat aunti&uncle serta team flarebiz..subhanaALLAH..semoga dengan adanya satu landasan serta ruang ilmu ini..dapat kita memanfaatkan semaksimum mungkin..bagi memberitahu pada DUNIA..bahawa betapa BESARNYA karunia ALLAH pada tiap manusia dengan memiliki MINDA yang sangat hebat..fiqh mendoakn serta bersama – sama akan memperjuangkan ilmu ini sedaya yang mampu..moga ALLAH SWT terus memandang dan mencatat segala usaha membawa manusia ke jalan serta landasan yang benar, terus diRAHMATI..amen..insya ALLAH.. BAROKHALLAH HU FIQH..salam (4ramadhan1430H)_ fiqhmultibillionair

  4. admin Says:

    Terima kasih Cikgu, Taufiq dan Meerul. Salam Kejayaan buat semua

  5. asixworld(anam) Says:

    Evolusi Minda
    “the best seminar in town, 2nd in the world”

    assalamualaikum,.,. alhamdulillah,.,. secara xsedar,.,. rupa2nya Blog EM telah lahir ke dunia,.,. Tahniah,.,.,. walaupun lambat,.,. sy tidak mahu terlepas dari mgucapkan tahniah.,., dan ingin menyampai jutaan terima kasih yang x terhingga kpd aunty & uncle yg byk membantu sy dgn izin Allah SWT,.,., ssungguhnya kita amat bersyukur kpd Allah SWT krn mgurniakan sorg insan yg bernama Pn Hajjah Arina Abbas sbg pnyampai kpd kita ilmu2 Allah SWT yg Maha Hebat SubhanaAllah,.., sekiranya manusia itu dilahirkn hebat,.,., jgn lah kita mbelakangkan kehebatan itu,.,., krn itu Allah SWT menyuruh kita bersyukur,.,. & memuji Allah SWT,.,. krn setitik nikmat Allah SWT jika kita kenal.,.,. maka sesungguhnya kita akan tahu bahawa Allah SWT mmg hampir dgn kita,.,., & sgt Maha penyayang & sgt Maha pengasih dengan kita,.,. SubhanaAllah,.,. Alhamdulillah,.,. AllahuAkhbar.,.,. itulah yang sy belajar dr EM,.,. Alhamdulillah,..,. Evolusi Minda “the best seminar in town, 2nd in the world”,.,. sy mendoakn semoga Aunty & Uncle sehat sejahtera, dikurniakan rezki yg hebat slalu,.,., amin,..,. insya’Allah,.,.,. anak2 mu dibelakang akn slalu menyokong & mbantumu,.,. insya’Allah,.,., syukuran jazilah.,.,. Alhamdulillah.,. assalamualaikum,.. ~^-^~

    -khairul anam- Hamba Allah SWT multijutawan didunia & Akhirat krn Allah SWT.,., Amin,.,. Insya’Allah,.,.,

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting