Kisah Bazaar Ramadhan

Filed under: Tips Kejayaan

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah.
Ramai usahawan yang mengambil peluang untuk menambah pendapatan dari kehadiran Ramadhan. Banyak barakah Ramadhan yang boleh diceritakan. Tapi kali ni EM nak cerita dari sudut keusahawanan. InsyaAllah akan datang kita cerita tentang energy Ramadhan.
Kenapa EM selalu bercerita tentang usahawan? Sebab EM mahu masyarakat Islam tukar paradigma tentang keusahawanan. Melalui keusahawan; kita ada kekuatan ekonomi. Apabila masyarakat Islam ada kekuatan ekonomi maka secara tidak langsung Islam akan terus kuat dibumi Malaysia.

Penyedian makanan adalah bidang perniagaan yang paling tinggi permintaan. Maka, kehadiran bulan barakah ini, sangat dinanti oleh peniaga makanan. Baru-baru ini EM pergi ke bazaar Ramadhan di Kelana Jaya. Sebut saja nak makan apa? Semuanya ada. Kalau dahulu pizza hanya terdapat di Pizza Hut atau Domino sahaja; tapi kini anda boleh memperolehinya di sini. Pengunjung yang membeli makanan yang dijual, seolah percuma. Seronok melihat mereka berniaga.:)

Tahukah anda berniaga ini perlukan latihan? Dari pemerhatian EM ada juga gerai yang tidak dapat sambutan. Biasanya gerai yang pertama kali berniaga. Kadang kala bukan juadah mereka tidak sedap atau tidak berkualiti. Antara faktornya ialah tidak cukup latihan. Jika dikatakan gerai lain ada pelanggan tetap. Mungkin juga, sebab mereka sudah lama berniaga. EM mengambil peluang risik-risik dengan peniaga di situ. Tidak semua antara mereka yang biasa berniaga kawasan Kelana Jaya. Ramai peniaga yang EM tidak kenal, tapi gerainya tetap dapat sambutan.

Selain dari memiliki ilmu dalam perniagaan; sebagai seorang peniaga kita juga perlu latihan. Contohnya, anda memiliki ilmu membuat kek sejak 10 tahun lepas, tetapi dalam tempoh itu hanya baru 3 kali mempraktikkannya. Tentunya kebolehan anda tidak sama dengan mereka yang sudah 10 tahun melakukannya.

Kesimpulannya, walaupun kek yang anda buat jauh lebih sedap dari mereka, tetapi kebolehan anda untuk kuasai pasaran tidak sama seperti mereka yang telah praktis 10 tahun dalam pasaran. Untuk pengetahuan anda di sinilah faktor minda separa sedar memainkan peranan. Minda separa sedar peniaga tidak sama dengan orang awam. InsyaAllah dilain masa kita cerita lagi dengan lebih mendalam.

Akhir kata, latihan perniagaan ini perlu berterusan dan sehingga anda rasa seronok melakukannya. Percayalah dalam keseronokan itu, barulah datangnya kejayaan. Ungkapan ‘I play with my job’ sebenarnya memang wujud.

Posted by admin on August 27th, 2009

Permalink

Leave a Reply

*
= 3 + 1

CommentLuv badge
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting