Posted by admin on August 31st, 2009
Kekuatan Niat
Filed under: Ilmiah, Ingat Mengingati
Sudah lebih seminggu kita berpuasa. EM teringat satu kisah, semasa tu saya berborak dengan seorang rakan yang berbangsa tiong hua. Katanya “Fuhhyouu u all boleh tahan makan, minum satu hari, kalau I sudah mati ooo. Makan ok lagi tapi minum I tak tahan ooo” saya senyum dan tergelak kecil mendengar kata-kata beliau.
Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, selain dari hikmah kesihatan dalam bulan puasa ini. Allah juga mengajar umat Islam tentang komitmen. Komitmen yang kita buat dari subuh sehingga senja, berlapar dan dahaga. Ia bermula dengan satu niat dan disulami dengan kepercayaan. Kemudian ia menjadi satu ketetapan/keazaman dalam diri. Perkara ini kita ulang dan ulang setiap hari. Tanpa kita sedari kita, Ramadhan pun berlalu dan Syawal menjelma.
Apa sebenarnya yang berlaku? Ia adalah kepercayaan atau iman yang kita berikan ia satu impak niat dan akhirnya menjadi keazaman Kemudian minda kita menerimanya sebagai satu ketetapan. Minda kemudiannya menghantarkan satu isyarat keseluruh sel badan kita bahawa ini adalah satu komitmen. Hebat bukan?
Sayangnya tidak ramai antara kita umat Islam mengaplikasikan perkara yang sama dalam kehidupan. Malah orang barat telah nampak perkara ini dan menggunakannya lebih awal. Oleh itu tidak hairan mereka mencipta kejayaan demi kejayaan dan mengawal kekuatan dunia. Cuma mereka degil dan tidak mahu beriman.
Sebenarnya kekuatan ini diberi kepada semua manusia diatas muka bumi Allah ini. Hanya niat, yakin dan kommitmen sahaja yang diperlukan. Bagi merealisasikan kejayaan tidak kira material atau rohaniah; ia adalah proses yang sama. Kita tidak perlu fikir jauh; mulakan dengan menyumbang kebahagian, ketenangan dan kejayaan untuk diri sendiri dahulu. Kemudian yang lain akan hadir dalam kehidupan.
Bayangkan apabila kita sudah berjaya capai apa yang kita mahukan. Kita memiliki ilmu yang hebat dalam evolusi kehidupan. Kita turunkan ilmu itu pada keturunan kita. EM yakin dan percaya, generasi akan datang pastinya lebih hebat. InsyaAllah anda boleh.
Pengumuman
Evolusi Minda sangat menggalakkan soalan, komen dan maklum balas dari pembaca. Sila tinggalkan komen atau apa-apa cadangan/pertanyaan diruangan komen atau hubungi kami di atas. InsyaAllah saya atau Puan Hajjah Arina sendiri akan menjawabnya. Tidak kira soalan tentang apa, tentang kehidupan atau masalah anda. Kami sudi membantu. Sekiranya soalan anda sesuai kami akan postkan di blog.
Bagi sesiapa yang berminat dengan kursus kami dan ingin mengetahuinya lebih lanjut. Kami telah membuka ruang preview secara online PERCUMA. Tekan “Daftar Seminar” di atas untuk ke website kami dan isi borang di Online Preview. Anda boleh YM kami dan bertanya terus tentang pengisian seminar.
achstkzb3m

