Posted by admin on September 6th, 2009
Apa itu Tenaga?
Filed under: Ilmiah

Jika dahulu kita dihujani dengan produk kesihatan dalam bentuk vitamin sebagai pemakanan tambahan. Kemudian pula ubatan herba menjadi pilihan. Tetapi rata-rata hari ini, kebanyakkan syarikat berlumba-lumba mengeluarkan produk dalam bentuk bio-energy. Bio-Aura, Aura Seri dan pelbagai jenis lagi produk. Semuanya baik dan bagus. Cuma jikalau kita ada sedikit pemahaman tentang tenaga lagi baik.
Semasa bangku sekolah, ramai antara kita tidak gemar mata pelajaran fizik. Tapi tahukan anda bahawa fizik adalah antara ilmu Allah yang sangat hebat. Untuk membolehkan kita tahu mengenali tenaga atau energy; ilmu fizik adalah mediumnya.
Benarkah Tenaga Itu Wujud?
Tenaga atau dalam bahasa Inggerisnya Energy; bahasa Cina dipanggil Chi; dan bahasa Hindu pula disebut sebagai Prana;sememangnya wujud. Ia memang ada di sekeliling kita; di alam ini malahan ia wujud dalam diri kita.. Tenaga tidak boleh dilihat atau dipegang tetapi kita boleh merasai kehadirannya. Contoh yang paling mudah ialah tenaga elektrik; ia ada dan tidak boleh dilihat. Tetapi kita menikmati keselesaan hidup dengan kehadirannya.
Bagaimana pula tenaga dalam manusia?
Tuan-tuan dan puan-puan, untuk menjawab soalan di atas memerlukan penerangan yang panjang sedikit. Terlebih dahulu EM minta maaf jika mengambil masa anda untuk memahaminya. Walau bagaimanapun EM rasa ini perlu supaya pembaca mendapat manfaat ilmu ini dalam kehidupan.

Jika kita lihat pada asas kejadian tubuh badan manusia, ia bermula dengan sel, kemudian sel bergabung membentuk tisu. Gabungan tisu-tisu pula membentuk organ. Akhirnya, gabungan organ-organ membentuk satu sistem badan yang lengkap.

Untuk pengetahuan, sel badan terdiri dari gabungan molekul-molekul; manakala molekul pula terjadi dari gabungan atom. Atom pula terdiri dari neutron, proton dan elektron. Di sinilah kisah tenaga bermula dalam tubuh badan kita. Tiga unsur iaitu neutron, proton dan electron adalah partikel yang tidak boleh dilihat mahupun dipegang. Ia adalah tenaga. Proton bercaj positif, elektron bercaj negatif manakala neuron adalah neutral. Elektron adalah caj yang bergerak dan mengeluarkan getaran yang dipanggil medan elektromagnetik ataupun aura.
Sebenarnya tidak kira apa unsur pun dalam alam ini, sama ada tanah, api, angin, kayu dan semuanya mempunyai tenaganya tersendiri. Ia dari satu sumber yang sama. Cuma yang membezakan kita dengan alam ialah akal ataupun minda.
Kesimpulannya, kita dan alam ini telah dijadikan dari sumber tenaga yang kita tidak nampak. Itulah zat Allah. Alhamdulillah, hari ini kita menikmati kehidupan yang selesa dengan sistem alam yang sangat hebat. Teknologi yang tidak terjangkau oleh pemikiran. Khas buat kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana lagi Maha Mencipta.
Pengumuman
Evolusi Minda ingin menjadikan blog EM sebuah blog yang berkualiti dan menepati citarasa pembaca. Walau bagaimanapun EM memerlukan kerjasama anda untuk memberi komen atau soalan-soalan kepada kami.
(Contoh soalan tentang tenaga, aura, metafizik, keusahawanan, Law of Attraction mahupun dari sudut keagamaan.)
EM akan menjawabnya secara peribadi terus kepada anda atau EM akan jadikan ia sebagai post blog jika bersesuaian. Saya atau Puan Hajjah Arina sendiri akan menjawabnya. InsyaAllah.
Anda boleh berbuat demikian di bahagian “Hubungi” (atas) atau terus di ruangan “komen” blogĀ EM (bawah).
Dari situ EM dapat menilai dan membuat kajiselidik.


September 6th, 2009 at 11:28 pm
Assalamualaikum puan,
Saya ingin mencadangkan agar blok EM ini menyediakan ruangan FORUM. Pada pendapat saya tak ramai orang akan klik pada ruangan komen, jadi maklumat tidak sampai kepada pembaca semua.
Di ruangan forum, kita boleh bersoal jawab mengikut topik yang ditanya dan boleh dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Ini memudahkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan maklumat mengikut tajuk yang tertera.
Labanon and the geng boleh install kan ruangan forum kat blog ni.
Wassalam
September 7th, 2009 at 12:20 am
Salam…
Tenaga yang ada dalam diri manusia ini adalah minda separa sedar/sub-concious mind/roh… Anugerah Allah Ta’ala kepada kita… Tenaga itu suatu yang abadi dan sama sekali tidak boleh dimusnahkan…Tenaga boleh ditukar dan berubah bentuk… Mengekalkan tenaga pada tahap yang optimum amat perlu bagi mengharungi dunia penuh cabaran… Sumber tenaga amat dekat ngan kita… Apakah sumber tenaga itu? Tak lain dan tak bukan Al Quran… Kita sambung di lain waktu … salam
September 7th, 2009 at 5:42 am
Thank You, Cikgu Saari atas cadangan. Memang ada dalam perancangan. Cuma tidak pada waktu yang terdekat. Akan dipertimbangkan..:)
Terima kasih juga En Fendi. Cuma kami di EM tidak mahu beri penerangan terus mendalam. Mula dengan pengenalan terlebih dahulu, jadi akan datang mudah untuk kami bercerita lanjut kerana pembaca ada asas. Step by step. Orait