Betulkan Perspektif Anda tentang Duit

Filed under: Ilmiah, Tips Kejayaan

Ada yang panggil DOLLAR
Ada yang panggil RINGGIT
Ada yang panggil BATH
Ada yang panggil RUPIAH
DUIT, DUIT Dimana kau DUIT ???

Manusia seringkali tersilap bila memikirkan tentang duit. Di atas kesilapan inilah yang menyebabkan kita selalu tak dapat DUIT yang kita harap-harapkan itu.

Tahukah kita bahawa duit itu merupakan energy/tenaga. Ia bukan penyebab keadaan tetapi ia adalah pelengkap keadaan. Contohnya, duit tidak memberi kebahagiaan pada manusia, tetapi dengan adanya duit manusia itu dengan sendirinya merasa bahagia, merasa cukup, merasa selesa, merasa nyaman dan dengan adanya duit itu juga semua manusia akan mampu tersenyum dan berbaik baik sesama sendiri. Tiada rasa iri hati, tiada rasa tertindas, tiada rasa kecewa. Semua orang akan saling hormat menghormati, masing masing berlumba-lumba untuk berbuat kebajikan. Alhamdulillah.

Bayangkan keadaan tadi, alangkah seronoknya jika duit bukan lagi masalah utama kita. Kita hidup dalam masalah adalah kerana 50% daripadanya disebabkan oleh duit. Tiada siapa yang boleh menyangkal kenyataan itu. Bagaimana pun kita dalihkan namun hakikatnya duitlah punca segala permasalahan.

Setiap detik waktu kita peruntukkan untuk memikirkan bagaimana hendak mencari duit. Namun tahukah kita pemikiran kita selalu mengundang padah, dimana semakin kita memikirkan tentang duit,, semakin jauh rasanya duit itu daripada kita.

Kegusaran, ketakutan, kegelisahan, kerisauan, semua itu hadir bersama apabila kita memikirkan tentang duit. Kita suka duit, tapi diwaktu yang sama kita marah pada duit, kita bercerita buruk tentangnya, kita kutuk dia, kita umpat keji dia. Perasaan yang bercampur baur ini mengakibatkan duit susah untuk menghampiri kita.

Seperti yang telah dinyatakan awal tadi, duit itu energy/tenaga. Kita juga adalah tenaga, untuk sesuatu tenaga itu saling berhubungan, ia memerlukan frekuensi atau getaran yang sama. Sama juga keadaannya dengan duit.

Bayangkan kita jadi duit, bila orang mencemuh kita, mengumpat kita, mengata kita, marah pada kita, takut pada kita, agak-agak kita nak tak berkawan atau tunggu lama dengan orang itu? Tentu sekali jawapannya tidak. Kita pastinya suka berada di tempat yang kita dihargai, di tempat yang kehadiran kita dinanti-nanti, di tempat yang kita selesa, betul tak? Jadi kita harus tahu bagaimana untuk melayan dan menghargai duit. Jangan marah padanya, jangan umpat keji caci dia, jangan tolak kehadirannya, hanya kerana kita tidak memilikinya. Manusia itu hipokrit, mereka akan membuat seribu alasan kerana tidak mampu mendapatkan apa yang mereka hendak.

Aku tak suka banyak duit, nanti jadi boros. Aku tak suka banyak duit nanti jadi lupa diri, riak, takabbur. Duit tu punca segala kejahatan, orang yang boros itu rakan syaitan.

Untuk memiliki duit yang banyak, kita sepatutnya suka pada duit, suka menjadi orang yang banyak duit, suka memiliki duit yang banyak. Bila kita suka pada duit maka duit akan datang dengan berlimpah ruah, percayalah. Samalah macam kita juga, bila orang suka pada kita nescaya kita suka hadir di tempat tersebut. Ingat duit adalah energy/tenaga. Ia akan hadir di tempat yang mengeluarkan frekuensi yang sama dengan frekuensi duit itu sendiri. Apa frekuensi duit ? Frekuensi duit ialah frekuensi rasa suka dan sayang pada duit, semua rasa +ve tentang duit, semua sangkaan baik terhadap duit, maka percayalah dan yakinlah anda akan menguasai duit.

Duit akan hadir macam sungai yang mengalir dibelakang rumah anda, bila-bila perlu ceduk sahaja airnya dan gunakan. Ketika itu, jangan lupa bersyukur dan panjang-panjangkan lah sedekah agar duit tidak putus hadir dalam hidup anda. Lebih banyak anda memberi lebih banyak ia datang, ingat duit adalah energy/tenaga, ia suka pada kebaikan, buat banyak-banyak kebaikan dengan duit lebih laju sungai anda mengalir.

Jadi betulkan perspektif anda tentang duit. Untuk dapat duit, suka duit, banyakkan memberi dan banyakkan bersyukur. Lakukan dan lihat keajaibannya.

-Puan Hajjah Arina Abbas

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Posted by admin on September 13th, 2009

Permalink

11 Responses to “Betulkan Perspektif Anda tentang Duit”

  1. redha Says:

    Salam ceria sihat kaya bahagia,

    Terima kasih perkongsian ilmunya. Akan saya panjangkan kepada terutama rakan-rakan network saya.
    Semoga ganjaran melimpah ruah dgn taufik hidayahNya. Amin

  2. adzrollz Says:

    wah,memang hebat la pemikiran macam ni
    kekadang kita ni asyik mengeluh je,
    dapat gaji tapi masih mengeluh sebab tak cukup
    aku tergolong dalam kategori ni juga,mungkin di bulan ramadan ni elok la
    aku ubah cara aku befikir.TQ

  3. admin Says:

    Terima kasih Adzrollz dan Redha.

  4. aisyah Says:

    thanks aunty…

  5. oktant Says:

    InsyaAllah lepas ni saya akan perbetulkan
    perspektif mengenai duit. Selama ni saya
    tak sedar akan hal ini. Terima kasih atas
    input yang diberikan. :)

  6. Rosa Says:

    Kak Na… Thanks for the sharing… ^_^… This is so true… Alhamdulillah…… May Allah Bless Us All.. Aminnn…..

  7. suhaimi Says:

    Terima kasih atas perkongsian…..

  8. Thinkerich Says:

    Hmmm…tulisan Puan Hajah Arina nie semacam je?

    Setiap baris yang dibaca seolah-olah mendengar bicara terus daripada Puan Hajah Arina..

    Sungguh mempunyai AURA…

    Ini lah yang dikatakan “tulisan yang pandai berbicara..”

    Ingin benar saya mempelajarinya…

  9. K.Shah Says:

    Salams Lembaran Arina,

    emm setuju sesangat dgn apa yg Arina bentangkan diatas, bila kita sayangkan sesuatau lambat laun akan jadi milik kita jugakan..aura yg sempurna dan baik hanya utk yg terbaikkan..syukran…Amin..

  10. fihir Says:

    Setuju sesangat pasal duit. Ramai yang lupa yang rezeki datang dari Yang Maha Agung. Dia lah Pembuka Pintu Rezeki, Melapangkan Pintu Rezeki dan Menyempitkan Pintu Rezeki pada hamba Nya. Cuma kita perlu selalu mengingatiNya dan selalu bersyukur atas segala kurnia Nya.

    Pada yang buat bisnes sendiri mungkin dapat merasakan yang rezeki tu memang sesungguhnya datang dari Yang Maha Agung. Tetapi pd yang makan gaji mungkin kurang merasainya….

  11. forexstrat_egy Says:

    I am definitely bookmarking this page and sharing it with my friends.

    :)

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting