Maafkan Diri Anda di Syawal ini.

Filed under: Ilmiah, Ingat Mengingati

Salam Evolusi dan Selamat Datang Syawal,
Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan kita menjalani ibadah puasa. Semoga segala ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Kini Syawal datang lagi, bulan untuk kita bermaaf-maafan. Sebenarnya kita bukan sahaja diminta bermaaf-maafan dalam bulan Syawal tetapi sentiasa bersedia memaafkan dan memohon maaf.

Namun bak kata orang sementelah berada dalam bulan Syawal marilah kita mengambil kesempatan ini untuk bermaafan dan bersedia memaafkan. Buangkan segala yang keruh ambil yang jernih, usah dendam berpanjangan maafkan kesalahan setiap insan.

Amalan bermaaf-maafan ini sebenarnya merupakan satu amalan yang jika kita sentiasa lakukan akan membuka jalan dan ruang kekayaan buat kita. Mungkin ada yang tahu dan ada yang masih belum tahu lagi, dalam ‘Science of Getting Rich’ salah satu subjek yang di minta setiap orang yang ingin menjadi kaya lakukan ialah bermaaf-maafan atau ‘Forgive’. Sebab itu melalui ilmu Law of Attraction, forgiveness sangat ditekankan sekiranya seseorang itu ingin mencapai matlamat untuk menjadi kaya. Setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi selepas bangun tidur, lakukanlah amalan mulia ini, iaitu, maafkan setiap insan dan mohon maaf daripada setiap insan. Tidak semestinya kita harus berjumpa, kerana adakala kita dilanda situasi yang sukar untuk bertemu dengan insan yang tertentu, tetapi PERCAYA lah, jika kita lakukan dengan ikhlas InsyaAllah energy yang kita pancarkan itu akan lambat laun melembutkan hati insan tersebut. Apa yang paling penting lakukanlah dengan SEIKHLAS HATI. Lihat perubahan yang berlaku dalam kehidupan kita apabila kita praktikkan amalan ini.

Namun tahukah kita amalan yang “paling terpenting” yang kita abaikan adalah memohon maaf pada diri kita. Sebelum kita memohon dan memberi kemaafan pada orang lain, sebenarnya insan yang paling utama perlu kita ambil perhatian adalah diri kita sendiri. Betapa selama ini kita mengabaikan diri kita kerana asyik memikirkan benda lain, lupa sebenarnya diri kitalah insan yang paling terabai kerana sibuk menguruskan orang lain. Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan sempena bulan yang mulia ini memohon kemaafan dan meyatakan rasa kasih sayang kita terhadap diri kita sendiri. Peluklah diri kita dan nyatakan;

“Wahai diriku, aku minta maaf yang tiada terhingganya kerana selama ini mengabaikan kamu. Aku alpa, aku lalai, aku terlepas pandang perkara itu. Terlalu banyak penganiayaan yang kau terima, namun aku tidak mengendahkannya, maafkan aku wahai diriku. Sesungguhnya kini aku sedar bahawa kau begitu berharga dan sangat bernilai, aku sangat menyayangi kamu.”

Lalu peluklah diri kita seerat-eratnya, lakukan dengan sepenuh hati dan sekiranya airmata kita mengalir maka biarkan, rasakan kesalan yang selama ini kita lakukan, percayalah, apabila kita mampu menyayangi diri kita, segala energy/tenaga yang ada di Universe akan tunduk dan akur pada kita. Ketika itulah kita menguasai segala energy/tenaga atau lebih hebat lagi khazanah Allah.

Sempena kedatangan Syawal ini maka marilah kita mengambil kesempatan ini untuk memohon dan memberi kemaafan daripada setiap insan.

Kami di Evolusi Minda ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan daripada semua pengikut Blog Evolusi Minda, Bekas Peserta Seminar Asas, Personal Coaching, dan bakal Peserta Evolusi Minda, tidak ketinggalan juga semua umat Islam yang bakal menyambut Aidil Fitri tidak lama lagi.

Puan Hajjah Arina Abbas
Moderator Anda.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Posted by admin on September 16th, 2009

Permalink

2 Responses to “Maafkan Diri Anda di Syawal ini.”

  1. fihir Says:

    Assalamualaikum,

    Tak pulak terfikir selama ni nak maaf kan diri sendiri dan peluk diri sendiri… Maklumlah selama ni kalu sampai je Hari Raya disuruh bermaaf-maafan antara satu sama lain… jarang kalu ada tazkirah pun penceramah minta kita maafkan dulu diri kita sendiri..

  2. admin Says:

    W’salam En Fihir,
    Memang tak sangka, sebab kita pakai diri kita setiap hari. Kadang kala terlebih pula. Ini adalah salah satu kaedah terapi.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting