Posted by admin on September 27th, 2009
Antara Kesyukuran dan Kepuasan
Filed under: Ingat Mengingati, Tips Kejayaan

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras” [Ibrahim 14: 7].
Terus terang telah Allah nyatakan dalam ayat di atas tentang kelebihan bersyukur. Namun berapa ramai daripada kita agaknya yang faham dan melakukannya. Paling tinggi pun kita selalu dengar ialah apabila selepas makan seseorang itu sendawa lalu keluarlah perkataan, “syukur alhamdulillah, kenyang dah”.
Bila agaknya kita patut bersyukur? Sepatutnya kita kena bersyukur sentiasa. Tapi ramai yang menyatakan, “bukan saya taknak bersyukur tapi kehidupan saya nie belum cukup lagi. Saya masih belum dapat apa yang saya nak, nak syukur macam mana benda belum dapat?”
Menurut Mr Wallace Wattle, di dalam bukunya The Science of Getting Rich, dia menceritakan di dalam 2 bab berturut-turut bagaimana kekayaan mendatangi kita bila kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita ini sebenarnya keliru dengan maksud perkataan syukur dan puas. Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada, jika mereka ada RM1000, mereka inginkan RM100,000, kemudian inginkan RM1juta, kemudian RM10juta dan begitulah seterusnya.
Tetapi untuk kita mengecapi kenikmatan yang sebegitu kita seharusnya mula bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Tahukah anda dengan bersyukur kita sebenarnya mendekatkan diri kita dengan PUNCA KEKAYAAN. Bila kita dekat dengan puncanya maka lebih mudahlah kita untuk mendapat kekayaan tersebut. Allah merupakan punca kekayaan tersebut.
Cuba kita bayangkan kita ada anak yang sentiasa pandai menghargai apa juga yang diberi oleh ibubapanya. Setiap kali diberi hadiah atau ganjaran dia mengucapkan terima kasih dan apabila di tanya nak apa dia akan menjawab, “tak per la mak dah ada dah nie, cukup lah, nanti kalau nak apa-apa saya minta.” Agak-agaknya lah kalau anak kita bersikap begitu, wah! Pasti kita sayang sangat pada dia. Adakalanya kita akan beri sesuatu tanpa menunggu dia memintanya, betul tak?
Kita juga sebenarnya sama keadaannya macam tu, sebab itu bila kita sentiasa merasakan cukup dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada di samping meneruskan usaha bersungguh-sungguh untuk menambahkan lagi rezeki, Allah akan cepat-cepat tambahkan rezeki kita, percaya lah, itu janjiNya.
Ini adalah kerana mengikut prinsip asas HUKUM KESYUKURAN/LAW of GRATITUDE, setiap tindakan/action dan tindakbalas/reaction adalah sama tetapi berlawanan arah.
Minda yang bersyukur akan sentiasa meminta yang terbaik, dan pastinya ia akan melakukan yang terbaik, seterusnya ia akan menghasilkan yang terbaik dan akhirnya mendapat yang terbaik.
Dari sini lahirlah yakin, kerana minda yang bersyukur akan terus memikirkan perkara yang baik, dan pengharapan itu mengukuh menjadi KEYAKINAN. Setiap gelombang minda yang di pancarkan beserta dengan kesyukuran meningkatkan keyakinan. Dengan keyakinan yang tinggi sahajalah kita mampu memiliki apa yang kita impikan dan kepuasan hidup mampu dikecapi.
Begitulah hebatnya hubungkait antara Law of Attraction dan Law of Gratitude, dan ilmu ini seharusnya dimiliki oleh setiap insan agar hidup kita menjadi lebih bermakna dan lebih padu(content). Namun setiap ilmu harus di pelajari dengan betul sebelum ia diguna pakai agar ia tidak menjadi ilmu yang sia-sia. Kami di Evolusi Minda bukan sahaja berkongsi ilmu ini malah memastikan agar peserta faham dan mampu mempraktikkannya dan seterusnya memanfaatkan ilmu tersebut.
Percayalah, ilmu ini bukanlah satu yang sia-sia untuk anda pelajari malahan ia sangat berguna dan boleh diperturunkan kepada keluarga anda. InsyaAllah.


September 28th, 2009 at 12:48 am
Saya setuju dengan Pn Hajah. Kita patut bersyukur tentang nikmat yang telah diberikan olehNYA sekarang.Tapi janganlah kita tidak berusaha pula. Segalanya diserahkan pada takdir shj. Itu adalah konsep kesyukuran yg kurang tepat.
Oleh itu dalam pada masa itu kita patut pertambahkan usaha untuk mencapai lebih kejayaan lagi. Kemudian bersyukur pada hasil yg kita perolehi setelah apa yang kita usahakan.
Ilmu adalah suatu aset/saham kita di alam akhirat.
Pahala sentiasa sampai kepada sesiapa yg telah meninggal dunia selagi ilmu yang kita sampaikan pd orang lain dipergunakan. Tapi jangan ajar ilmu yang haram pula. Saham akhirat juga tu. Saham dosa!
September 28th, 2009 at 8:51 am
Sehari kita boleh amalkan zikir tahmid (Alhamdulillah) 99 kali supaya tidak telepas untuk mengucapkan syukur kepada Allah.
Tahmid, jika dilakukan dengan fokus, ia memberikan kuasa LAW of GRATITUDE yang amat hebat. Tetapi, bagi yang tidak fokus, sekurang-kurangnya kita dapat pahala berzikir.
Wallahu rasullu a’lam.
Terima kasih Kak Arina.
September 29th, 2009 at 10:50 am
Perkara terbaik akan cepat tercapai jika kita bersyukur atas setiap anugerah ataupun doa yang dimakbulkan oleh Allah. anda pasti dapat merasai nikmatnya jika anda bersyukur tapi jangan cepat puas kerana untuk maju anda perlu terus berusaha untuk mendapat terbaik dalam hidup.
May 16th, 2010 at 4:07 pm
rasa bersyukur ada kaitan dengan keredhaan.jika kita tidak dapat menerima ketetapan illahi samada hal-hal yang kita sukai atau pun tidak maka itu tandanya kita kurang bersyukur.
untuk kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur maka perlulah kita laksanakan segala perintah-Nya dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya.
May 17th, 2010 at 11:00 am
apa yang saya cari, terima kasih