Kenapa ada Virus ‘M’?

Filed under: Ingat Mengingati

Baru-baru ini saya pernah ditanya oleh seorang pengikut EM, “Saya cukup malas terutama mengamalkan teknik pernafasan (beliau pernah belajar teknik pernafasan dengan perguruan lain sebelum ni). Dengan teknik EM ni, kita boleh rajin dan maju ke?

Selain dari tabiat semulajadi, sebenarnya yang membuat diri kita malas bukanlah kerana kita ni bersifat ‘pemalas’. Antara sebabnya kita tak beri ruang dan masa  untuk diri kita berubah. Tambahan pula dengan  ilmu yang terhad. Kita sendiri tidak tahu apa yang kita hendak. Tidak kira apa bentuk kejayaan pun yang kita idamkan, samada kebahagian keluarga, kekayaan material mahupun spiritual. Pertama sekali yang perlu kita buat ialah, tanyakan  pada diri kita “apa yang aku nak dalam hidup ni?” Sekiranya anda ada jawapan yang kukuh (dari hati & sanubari),  dengan panduan dan ilmu yang betul, anda akan dapat segala yang anda idamkan. Tiada lagi malas dan ragu-ragu dalam tindak tanduk, malah anda akan sentiasa teruja. Tetapi jika sebaliknya;  percayalah, apapun yang anda lakukan hanya sekadar angin lalu. Ia tidak akan memberikan apa-apa perubahan dalam hidup malah kadang kala memusnahkan.

Kehendak yang kukuh beserta sebab yang jitu akan menjadi satu matlamat dalam hidup. Disamping itu, tetapkan fokus anda. Dapatkan ritma dan momentum berterusan, insyaAllah segala matlamat anda menjadi kenyataan.

Inilah bezanya Evolusi Minda dengan kursus lain. Kami ‘mengubat’ punca dan  masalah dalaman peserta, kemudian diberi teknik (meditasi, pernafasan dan fokus) sebagai ‘alat’.  Ilmu numerologi dan warna sebagai ’sokongan’. Akhirnya, kuasa minda sebagai ‘perisian’. Kami juga merungkai kesilapan-kesilapan yang mungkin anda tidak terfikir selama ini kerana ia telah menjadi kelaziman umum.

Luangkan masa untuk menonton video ini. Terdapat beberapa ilmu berguna untuk anda yang Puan Hajjah Arina kongsikan bersama.

 

Yusmi Yusof

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Posted by admin on October 4th, 2009

Permalink

3 Responses to “Kenapa ada Virus ‘M’?”

  1. IMCurtain Says:

    Salam semua,

    Kami ingin menjemput anda menyertai komuniti blogger terkemuka tanahair. Ianya mempunyai fungsi yang sama seperti Innit (Nuffnang) dan Digg. Pendaftaran PERCUMA!

    Sertai sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

    Malaysia Boleh!

  2. adzrollz Says:

    Adakah evolusi minda berasal dari law of attraction @ the secret,sebab konsepnya lebih kurang sama,
    dulu pernah la join network marketing dan leader2 pun ade ajar gak dan sememangnya mereka memang berjaya,cuma aku xdapat nak feel dan buat mcamana yg mereka praktikkan,perasaan was2 dan mcm2 la benda negatif yg ada dlm minda sukar dikeluarkan.
    Mungkin ada sesuatu yg aku tertinggal…entahlah…

  3. Puan Hajjah Arina Abbas Says:

    Salam Evolusi,

    Sebenarnya Law of Attraction bukan berasal drp The Secret juga. Ia sebenarnya adalah merupakan satu kaedah yang dijumpai oleh org-org hebat seperti Napoleon Hill, Wallace D. Wattles.
    Sebenarnya saudara tidak bermasalah atau ada apa-apa yang tertinggal cuma tak cukup ilmu di dada sahaja.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting