Kisah Usahawan Muda, Hasbul ‘Arif.

Filed under: Cerita Kejayaan Peserta, Tips Kejayaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita dengan para pembaca tentang kisah salah seorang bekas peserta Evolusi Minda. Beliau ialah Hasbul ‘Arif bin Hassan Zaki dan selepas ini kita kenali beliau sebagai ‘Arif. Mungkin ramai telah mengenali beliau namun apa yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana Hasbul ‘Arif mengaplikasikan ilmu yang beliau ada.

Hasbul ‘Arif merupakan anak kedua yang sangat kuat semangat. Sejak dari bangku sekolah lagi ‘Arif telah menanam cita-cita yang tinggi untuk jadi jutawan, dan ini merupakan penyumbang utama mengapa ‘Arif memilih untuk tidak bekerja sebaik sahaja tamat kolej dan sebaliknya terus mengejar cita-citanya dalam menjadi usahawan. Dalam perjalanan untuk menjadi jutawan, bermacam-macam cara telah dilakukan ‘Arif. Akan tetapi usahanya masih belum konsisten. Hasilnya, naik turun dan masih tidak tetap, sehinggalah pada satu hari ‘Arif diperkenalkan kepada saya oleh sahabatnya Zhafran.

‘Arif seterusnya meminta pandangan dan beberapa tips bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapainya. Setelah mendengar segala permasalahan saya mengajak ‘Arif menghadiri Seminar Asas Evolusi Minda. Alhamdulillah beliau bersetuju. Selepas seminar tersebut barulah ‘Arif tahu bagaimana untuk menjadi seorang jutawan dan yang paling penting mengekalkan pendapatannya secara konsisten. Hari ini Hasbul ‘Arif bin Hassan Zaki merupakan seorang usahawan muda yang sangat berjaya, memiliki pendapatan yang konsisten dan bertambah dari semasa ke semasa. Daripada seorang anak muda yang hanya menunggang kapcai kini memiliki Mitsubishi Lancer dan dengar kata sekarang ini ‘Arif sedang merisik-risik untuk memilik rumah bernilai RM700,000 awal tahun depan dan yang paling utama memiliki sebuah perniagaan yang terus meningkat.

Apa yang membezakan antara Hasbul ‘Arif dan mereka yang masih belum berjaya ialah, memiliki ILMU yang betul, YAKIN dengan ilmu yang dimiliki dan yang paling penting AMALKAN apa yang dipelajari dengan betul.

Para pembaca yang dihormati, ramai daripada kita mencari tips untuk menjadi jutawan atau dalam erti kata lain untuk menjadi kaya, namun berapa ramai yang betul-betul ada keyakinan dengan diri sendiri untuk menjadi kaya. Kita mesti YAKIN dengan diri kita sendiri terlebih dahulu bahawa kita mampu menjadi/mendapat apa yang kita inginkan. Seterusnya kita YAKIN dengan segala ilmu yang telah kita pelajari yang menjurus kearah tersebut. Setelah yakin dengan apa yang kita hendak kita mesti YAKIN dengan apa yang kita lakukan. Dan yang paling penting memiliki ILMU yang betul yang bakal membantu kita mendapatkan apa yang kita inginkan atau idamkan.

Para pembaca sekalian, kami di EVOLUSI MINDA sangat berdedikasi dalam membantu mereka yang ingin atau masih tercari-cari jalan penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi. Kami yakin dan percaya setiap insan mampu mencapai kehidupan yang ultimate dalam dunia ini.

Untuk mencapai segala-gala yang diidamkan apa yang penting ialah kita kena ubah cara kita berfikir. Kita mesti berfikir mengikut cara yang betul dan itu adalah satu daripada ILMU yang dikongsi di Evolusi Minda. Kami percaya setiap insan mampu berubah kerana ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Posted by admin on October 21st, 2009

Permalink

8 Responses to “Kisah Usahawan Muda, Hasbul ‘Arif.”

  1. adzrollz Says:

    perh..satu kisah yang seakan-akan dengan diri aku la…cam da tau kuasa minda ni mmg power tp time nak apply tu…kdang xkonsisten, was2, pon salah satu faktor gak

  2. fendi Says:

    Mudah-mudahan lebih ramai lagi anak-anak melayu
    yang berjaya dan mencapai taraf jutawan, dapat
    membantu orang lain…

  3. Dr. Ariffaizal Says:

    Emm… selepas setahun ikuti seminar Evolusi minda. Tahniah!

    Satu perkara nak tanya kat kak Arina, sepatutnya berapa lama nak tetapkan setting tempoh untuk capai matlamat? Tetapan tempoh ini dibuat atas faktor apa?

  4. Puan Hajjah Arina Abbas Says:

    salam Dr Arif,

    Ok, penetapan setting sebenarnya mengikut kekuatan keyakinan seseorang. Seseorang itu perlu tahu matlamat, hala tuju, dan apa yang kita benar-benar hendak dalam hidup ini, sebelum menetapkan sesuatu setting.

    Selain daripada disiplin, ilmu yang betul, usaha yang berterusan, namun faktor yang paling kuat mempengaruhi ketetapan tempoh ialah “yakin-pasti”. Nanti bila kita jumpa kita hurai lebih lanjut lagi :)

  5. Rashid Says:

    Salam Hormat,

    Teknik pernafasan, berfikir dan BERDOA yang diajarkan semasa mengikuti seminar evolusi minda memang berkesan. Saya dapat apa yang saya pinta dari yang maha kuasa.
    Kini, Alhamdulillah saya mampu untuk membeli belah dengan selesa di PAVILION. Alhamdulillah.
    Semoga lebih ramai lagi yang membuka mata dan merebut peluang untuk menyertai Seminar Evolusi Minda dan berjaya seperti saya.

    Salam Hormat,
    Usahawan Multi Level,
    Jurutera Automotif Nasional.
    Rashid

  6. admin Says:

    Alhamdulillah En Rashid,
    Seronok bila saya tahu perkembangan anda. Semoga anda berterusan sukses dalam kehidupan.. :D

  7. Labanon Says:

    Yeah, saudara Arif sememangnya seorang yang hebat dan konsisten dalam berusaha untuk mendapatkan apa yang di impikan.

    Semoga semua dapat mencontohi teladan positif yang dipamerkan oleh beliau. ;)

  8. fauzi Says:

    anda seorang yg hebat tahniah mg terus cemerlang

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting