Posted by admin on October 27th, 2009
Kelas Susulan dan Ulangkaji PERCUMA Peserta Evolusi Minda
Filed under: Cerita Kejayaan Peserta, Ilmiah, Umum
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah selesai sudah kelas follow-up Evolusi Minda untuk bekas-bekas peserta Seminar Asas EM. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan pada peserta yang hadir. Kehadiran anda menunjukkan bahawa skala kejayaan anda semakin meningkat. Ini adalah kerana semua orang yang berjaya sangat suka kepada majlis ilmu, terutama ilmu yang boleh membantu mereka untuk terus berjaya. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir, insyaAllah kalau ada rezeki EM akan buat lagi lain kali.
Saya amat teruja dengan peningkatan yang para peserta tunjukkan. Rata-rata peserta yang betul-betul mengamalkan segala teknik yang diajar dalam seminar asas, semuanya menunjukkan peningkatan yang positif. Salah seorang peserta yang memang memeranjatkan saya peningkatannya ialah Saudara Hazrul.
Ketika Seminar Asas EM, Hazrul begitu senyap, tidak bertanya soalan. Bila saya tanya, ‘‘ada apa-apa soalan’’, Hazrul jawab, ‘‘kena buat dulu baru tau, puan’’. Saya senyum saja masa tu. Walau bagaimanapun, semalam bila saya bertanya pada beliau tentang sebarang peningkatan selepas menghadiri Seminar Asas EM, jawapan yang diberi amat menakjubkan dan membuatkan saya terkesima.
Dalam tempoh tidak sampai 3 bulan menyertai kursus EM, beliau dinaikkan gaji sebanyak 2 kali, dan dinaikkan pangkat. InsyaAllah awal tahun depan beliau bakal menjalankan perniagaan sendiri dalam bidang penyelenggaraan elektrik. Syabas dan tahniah saya ucapkan pada Saudara Hazrul, dan saya doakan agar beliau akan terus maju dalam segala bidang yang beliau ceburi.
Begitulah sekiranya kita mengamalkan apa yang dipelajari, insyaAllah, pasti akan ada perubahan yang berlaku. Kepada semua bekas peserta Seminar Asas EM, amalkanlah teknik yang kami beri sewaktu seminar. Anda pasti akan merasai perubahan yang ketara pada diri anda. Yakin dengan ilmu, tenang dalam menjalani kehidupan, dan tuailah hasilnya dengan penuh kegembiraan kerana Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan.
Puan Hajjah Arina Abbas
Moderator Anda


October 28th, 2009 at 12:47 am
Sejak belajar numerology, kita rasa terbatas. Selepas faham “paradigma” kita rasa bebas.
Rugi saya tak datang, tapi alhamdulillah saya dah “download mind” kak Arina awal-awal
October 28th, 2009 at 1:19 am
Assalamualaikum. Pertama sekali terima kasih untuk Puan Hajah Arina kerana menjemput saya hadir di Kelas Susulan dan Ulangkaji ini. Keduanya terima kasih juga kpd Sdr Hasbul Arif dan Dr Ariffaizal kerana sudi berkongsi pengalaman dan serba sedikit nasihat kpd saya baru-baru ini.
Walaupun di calendar saya dah dicatit 25 Oktober 2009 namun di minda, saya catitkan sebagai 24 Oktober (Sabtu). Manakala 25 Oktober pula telah saya setkan di minda saya untuk fokus kpd ulangkaji nota dan contoh-contoh soalan CUTE (Unit Trust -UT) utk exam dd 31 Oktober ini.
Namun, saya tidak dizinkanNya ke sana pada hari Ahad (atas kelalaian saya sendiri). Sedangkan saya beriya-iya ‘rush’ ke Wisma Norbaya, meninggalkan suami dan anak-anak di rumah, makan tengah hari bersendirian.
Walau apapun, sebagai seorang peserta yang telah menyertai Evolusi Minda, saya terus mengaplikasikan setiap hari (terutama Pernafasan dan Meditasi serta Fokus,) apa yang telah diajar oleh Puan Arina tersebut. Memang memberi kesan bila saya betul-betul fokus dan yakin, alhamdulillah!
Terima kasih sekali lagi kepada Puan Hajah Arina, dengan izin Allah SWT saya dapat dan terus menerima ilmu dari beliau. Amin!