Posted by admin on November 6th, 2009
Minat Pendorong Kejayaan-Syabas!! Dr. Ariffaizal & Dr. Aishah
Filed under: Cerita Kejayaan Peserta, Tips Kejayaan

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dilimpahi rahmat dan kegembiraan yang tiada terhingga. Kalau dalam post yang lepas kita berkongsi cerita tentang kejayaan Hasbul ‘Arif anak muda yang telah berjaya dalam bidang forex, kali ini saya ingin berkongsi satu lagi kejayaan. Beliau yang saya maksudkan adalah Prof. Dr. Ariffaizal bin Mohd Nor Ariffin, seorang pengamal perubatan Alternatif dan juga penulis blog www.rawatankesihatan.com.
Pada petang 4 Nov 09, telefon saya berdering. Pandangan mata terus beralih ke skrin paparan, tertera nama Dr. Ariffaizal. Beliau merupakan bekas peserta Evolusi Minda – peserta Seminar Asas & Personal Coaching (lihat testimoni) dan antara peserta yang akrab dengan saya. Beliau sentiasa berhubung dengan saya dan kami selalu berkongsi ilmu. Beliau seorang yang rendah hati, sangat mudah mesra dan antara sikap yang paling murni yang ada pada Dr Arif dan isterinya Dr Aishah adalah sikap prihatin dan suka menolong.
Tatkala menjawab telefon detik hati saya seolah tertanya, ‘Aik, kenapa Dr. telefon aku petang-petang ni’.
Pada kebiasaannya beliau akan menelefon saya samada sebelah pagi atau paling lewat tengahari, namun panggilan petang itu mengundang sedikit tanda tanya.
Setelah menjawab salam, beliau terus bertanya, ‘Akak sihat hari ni?’
‘Alhamdulillah, kenapa Dr. sense saya tak sihat ker?’, jawab saya dengan perasaan yang bertambah keliru.
‘Eh! Tak la, saja tanya’, beliau menjawab selamba.
Apa pun saya tetap fokus agar berita baik yang bakal disampaikan. Minda saya terus positif. Sebelum sempat saya mengajukan pertanyaan yang seterusnya, beliau terus menyambung, ‘Kak, hari ini saya rasa sangat gembira’.
‘Kenapa?’ saya bertanya.
‘Artikel tentang ubat baru saya Attitute Therapy dah keluar dalam akhbar Utusan, tapi edisi Utara la kak. Lepas tu saya menerima panggilan yang tidak putus-putus daripada orang ramai yang berminat dengan perubatan saya.’ jawab beliau.
‘Fuh! lega saya, Alhamdulillah, alhamdulillah,’ jawab saya dan perasaan saya ketika itu berbaur antara lega, gembira serta bangga. Seluruh anggota badan saya bergetar dan saya dapat rasakan setiap sel saya bergetar pada frekuensi yang lebih daripada biasa. Hanya kesyukuran yang tiada terhingga dapat saya panjatkan kehadrat Illahi atas kegembiraan ini. Beliau terus bercerita tentang pencapaian dalam menghasilkan satu penemuan baru di dalam bidang Perubatan Alternatif – iaitu mengenali penyakit melalui sikap seseorang. Beliau dan isteri, banyak membuat kajian terhadap sikap manusia, atas hasil kajian yang dibuat akhirnya mereka berjaya menghasilkan ubatan yang mampu merawat masalah penyakit dan seterusnya mengubah sikap seseorang itu.
Sikap yang positif amat penting bagi menentukan kejayaan seseorang dalam apa bidang sekali pun. Sebagai contoh, jika seseorang itu mempunyai masalah dibahagian perut, besar kemungkinan emosinya juga bermasalah. Dia akan kurang fokus dalam pekerjaannya dan seterusnya bermasalah dalam berhubung dengan orang. Jika sikap ini ada pada seseorang, pasti susah untuk dia berjaya. Penyakit seperti ini memerlukan rawatan dalam bentuk Alternatif. Setelah dirawat dan pulih, orang itu pasti akan berubah sikapnya. Inilah penemuan yang sangat hebat dan amat berjasa pada masyarakat. TAHNIAH Dr. Arif & Dr. Aishah.

Tidak sia-sia keputusan yang diambil oleh beliau iaitu melakukan perniagaan yang kita minat. Pada bulan Ramadhan yang lepas, beliau ada berjumpa dengan saya dan meminta beberapa pandangan tentang perniagaan yang bakal beliau ceburi.
Satu sahaja tips saya kepada beliau, ‘Dr. semua orang yang berjaya adalah kerana membuat pekerjaan yang mereka minat. Kalau Dr. tanya akak, pendapat akak, Dr. buatlah apa yang Dr. percaya dan minat.’ Beliau memandang saya sambil tersenyum lalu menjawab, ‘Ok, kak.’
Ternyata dan telah terbukti usaha Dr. Arif dan isterinya Dr. Aishah yang berdasarkan minat dan percaya pada diri, membuahkan hasil yang sangat berharga bukan sahaja untuk mereka namun kepada manusia sejagat.
Setelah tekun mendengar Dr. Arif bercerita dengan penuh perasaan dan excitement, saya pun mencelah, ‘Dr. nanti waktu Dr. datang menghadiri BENGKEL SIAPA AKU pada 14&15 ni, bawalah satu suratkhabar tu untuk akak, akak nak baca dan simpan artikel tu.’
Spontan jawapannya, ‘Saya dah poskan satu untuk akak, esok sampai. Lambat kalau nak tunggu 14&15 ni.’

Untuk makluman pembaca, Dr. Arif dan isterinya Dr. Aishah, bakal mengikuti Bengkel ‘SIAPA AKU’ yang akan diadakan pada 14 & 15 November ini. Bengkel ini bakal mengupas dan meleraikan permasalah dalaman diri kita.
Sudah banyak seminar yang kita hadiri, sudah berpuluh buku self-help yang dibaca, bermacam pendapat yang diambil dan tidak kurang nasihat yang diminta, namun entah dimana silapnya kita masih belum berjaya. Inilah yang bakal dirungkai dalam bengkel ‘Siapa Aku’ nanti. Saya akan membantu peserta untuk membangunkan dalaman yang selama ini tertidur. Kita gerakkan dia dan sedarkan dia daripada lena yang panjang. Setelah kita bangunkannya, kita berikannya TUGASAN. Kini segala keputusan, segala tindakan, segala perasaan berdasarkan DALAMAN dan LUARAN hanya mengikut. Dengan cara ini sahajalah kita mampu pergi jauh dan mencapai segala yang diimpikan.
Setelah kenal dan bangunkan Dalaman, barulah YAKIN boleh bersandar. Berbeza dengan keadaan sekarang iaitu segala hal diurus oleh LUARAN, sedangkan kita tahu bahawa pergerakan Luaran kita amat terhad dengan ruang dan masa, berbanding pergerakan Dalaman yang tidak terhad. Mungkin ulasan saya ini agak mengelirukan kepada sesetengah pembaca. Untuk mendapat kefahaman yang lebih, saya sarankan agar anda menjadi peserta Evolusi Minda. Mari kita evolusikan cara berfikir kerana Anda adalah Apa Yang Anda Fikirkan.
Puan Hajjah Arina Abbas
Moderator Anda


November 6th, 2009 at 9:05 am
Tahniah pd Dr.Ariffaizal & Dr.Aishah (Mr and Mrs Sense) atas kejayaan memperkenal rawatan alternatif berdasarkan sikap. Ini pertama kali saya dengar tentang rawatan ini. Kalau Mr & Mrs Sense terbitkan ebook mengenai rawatan ni pasti ramai yang nak order
November 6th, 2009 at 9:15 am
Assalamualaikum Puan,
Saya berminat utk mengetahui tentang kursus ini. Selain dari 14 & 15hb, bila lagi akan diadakan kursus Evolusi minda ini ? dimana ia diadakan dan berapakah bayarannya ?
Terima kasih.
November 6th, 2009 at 10:45 am
Salam Zuraida, sememangnya ada pada bulan Dis akan datang… dengan hanga promosi hujung tahun.. cuma saya belum maklumkan pada semua.. Zuraida boleh dlihat di http://www.evolusiminda.com/modul-promosi.html
November 11th, 2009 at 12:50 am
Alhamdulillah, setinggi2 syukur & tahniah..buat DR. syukur2… =) subhanALLAH wabihamdih,subhanALLAH hal adzim.
November 17th, 2009 at 10:12 am
Salams Dr. Arif dan Dr. Aisyah, tahniah dia atas kejayaan memberangsangkan dan usaha yang tidak kenal jemu. syukur dapat bertemu semula pada 14 dan 15hb lepas. Gembira dapat menimba ilmu yang dicari dan akan dijadikan panduan..Untuk Arina, Syabas sepanjang mengikuti kursus2 yang dianjurkan, ‘Siapa AKU’ benar2 membuat kak Shah teruja dan menangis kegembiraan bukan kesedihan. Air mata yang mengalir hadiah untuk diri sendiri yg telah lama terabai tanpa arah tujuan yang betul..tahniah sekali lagi untuk Arina dan Suami..semuga Evolusi Minda dapat menjana umat islam kita dalam perbagai bentuk..wassallam
November 17th, 2009 at 6:05 pm
alhamdulillah baru dapat masuk blog ni walaupun slow…. sebelum lansung tak dapat. Besar kemungkinan saya tak konsisten kerana saya ada masalah di perut. Ia dah lama tahun 99 lagi saya kena. minum air suam pun boleh muntah. pernah terlepas exam final penting yang menyebabkan paper tu di akhir semester baru dapat repeat.