Posted by admin on November 11th, 2009
Tips Kejayaan-Minat dan ‘Creative Plane’
Filed under: Tips Kejayaan

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi di dalam posting minggu ini. Walaupun saya agak sibuk dalam penyediaan modul untuk Bengkel ‘Siapa Aku’ yang bakal diadakan pada 14 & 15 November ini, namun khas untuk pengikut setia blog Evolusi Minda, kali ini kita akan berkongsi ilmu tentang kejayaan.
Saya dapati ramai yang mencari tips kejayaan terutamanya agen insuran, pelajar, dan usahawan. Definasi kejayaan; mencapai sasaran yang diharapkan. Berapa lama agaknya untuk kita capai sasaran yang diharapkan? Atau adakah kita akan cukup berpuas hati sekiranya sasaran yang diharapkan itu tercapai. Bagaimanakah rupa kejayaan yang kita harapkan itu? Soalan-soalan yang begitu sering bermain di minda kita, walaupun sehingga kini masih tiada jawapan yang pasti.
Definasi kejayaan berbeza antara seorang ke seorang, kejayaan dalam erti kata lain adalah; seseorang itu dikira berjaya apabila dia mampu memiliki apa sahaja yang diinginkan dan merasa cukup puas apabila mampu berbakti, samada dari segi wang ringgit atau apa sahaja yang diperlukan oleh masyarakat tanpa memikirkan sedikit pun tentang kemiskinan. Wow! Hebat sekali definasi tersebut.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah kita hendak mencapai kejayaan tersebut? Dalam proses mencapai kejayaan, kita harus memberi perhatian dalam pelbagai sudut kehidupan. Bermula dengan perlaksanaan tanggungjawab kita yang paling kecil iaitu tanggungjawab terhadap diri sendiri sehinggalah kepada perlaksanaan yang lebih besar dan penting iaitu masyarakat dan seterusnya sejagat. Apabila kita berjaya melaksanakan tanggungjawab terhadap diri kita, maka kejayaan yang lebih besar pasti menyusul. Itu merupakan HUKUM atau LAW yang memang telah termaktub. Ini adalah kerana tatkala kita berjaya melaksanakan tugas yang kecil dengan cemerlang, alam tahu bahawa kita mampu melaksanakan tugasan yang lebih besar.
Kejayaan bukanlah milik persendirian atau milik perseorangan secara mutlak, sebaliknya kejayaan mesti dikongsi sesama manusia. Sifat tamak, dengki, bakhil, ujub dan riak harus kita buang jauh-jauh kerana ia bakal mengotori kejayaan kita. Percayalah jika kita mendapat kejayaan dengan adanya sifat-sifat tersebut, kejayaan yang kita miliki tidak akan kekal. Ia akan musnah dalam pelabagai cara. Inilah yang dikenali sebagai ‘competetive plane’.
Untuk kejayaan yang kekal kita mesti berada di dalam ‘creative plane’. Bagaimana hendak berada di ‘creative plane’? Untuk berada di ‘creative plane’ kita seharusnya mengamalkan sikap suka memberi, atau suka menolong, atau dalam ertikata lain, banyakkan bersedekah. Disiplin yang baik dan usaha yang berterusan antara kunci kejayaan yang abadi. Namun dalam apa pun usaha yang kita jalankan ‘master key’ kepada kejayaan adalah KEYAKINAN. Yakin kita adalah insan hebat. Andainya kita adalah usahawan – kita adalah usahawan yang hebat, seorang pelajar misalnya – adalah pelajar yang hebat, agen insuran yang hebat, malah siapa pun kita, yang pasti kita adalah yang TERHEBAT di dalam bidang kita. Apabila kita mampu tanamkan keyakinan bahawa kita adalah insan yang hebat, barulah kejayaan menyusul sebagai hasil daripada tindakbalas yang dilakukan oleh sistem badan kita akibat daripada pemikiran yang hebat.
Sebagai seorang Islam kita tidak boleh lari daripada menjadi hebat kerana ALLAH itu Maha Hebat. Lihat hasil kerja ALLAH iaitu manusia itu sendiri. Tidakkah kejadian manusia itu hebat? Oleh sebab itu, kita disarankan untuk melakukan setiap tugasan yang diberi dengan sehabis baik, pastikan kualitinya terbaik, tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendapat hasil yang hebat.
Kejayaan bukanlah terjadi dalam satu malam. Ia adalah hasil usaha yang berterusan tanpa memikirkan kegagalan. Apakah yang mendorong seseorang itu untuk terus melakukan sesuatu tugasan tanpa memikirkan kegagalan adalah minat yang mendalam. Untuk itu, tips kejayaan yang utama – pilihlah kerjaya yang kita suka dan berasa seronok setiap kali memikirkannya. Inilah yang dinamakan ‘I play with my work’. Kita akan sentiasa teruja setiap kali memikirkan tugasan kita, dan setiap rintangan yang datang menjadi satu cabaran yang seronok untuk kita hadapi, tiada keluh kesah atau rungutan yang terdengar. Kualiti RESULT yang terhasil sentiasa meningkat dari sehari ke sehari.
Apabila ini terjadi, alam @ universe tahu bahawa kita suka dengan apa yang kita lakukan dan dengan sendirinya alam akan bersama-sama membantu kita untuk mencapai apa yang kita namakan KEJAYAAN. Tanpa kita sedari, ketika ini kita tidak lagi memikirkan kejayaan tetapi apakah sumbangan yang boleh aku lakukan, kerana tatkala ini nikmat kejayaan yang kita raih itu adalah apabila kita mampu membuat insan lain tersenyum.
Definasi kejayaan sangat luas, namun yang pasti kita hanya mampu mengenal apa itu kejayaan setelah kita kenal diri kita. Tanyalah diri kita ‘SIAPA AKU’ sebenarnya?
Puan Hajjah Arina Abbas
Moderator Anda


November 11th, 2009 at 8:16 am
Bila saya mengikuti article nie saya teringat pada kata-kata seorang penulis buku Barat “you are what are you think about”. Memang benar untuk mencapai kejayaan tidak boleh ada sama sekali perasaan merasai kegagalan. Syabas puan, suatu kupasan yang cukup menarik berkaitan hal ‘kejayaan’.
November 12th, 2009 at 4:01 pm
asalamualaikum,terima kasih puan walaupun sya belum menghadiri seminar puan dan inshallah akan sya hadir .sya seorang paranormal puan telah membuka cebisan cebisan minda sya yg terlindung ,terima kasih,wasalam
November 12th, 2009 at 5:12 pm
Terima kasih En Fendi dan En Zaidi kerana luangkan masa membaca artikel ni. Salam perkenalan.
Saya satu masa dahulu juga berurusan dengan orang-orang paranormal terutama dalam bidang perkerisan
November 15th, 2009 at 11:43 pm
kejayaan yang terbaik ialah, bila kita mampu buat insan lain tersenyum….bagi saya memang best! setuju sangat