YES!! Bengkel “Siapa Aku” Berjaya Capai Matlamat.

Filed under: Umum

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana di atas limpah kurnianya, selesai sudah Bengkel ‘SIAPA AKU’. Kalau ditanya bagaimana perasaan saya? Jawapannya, WOW! Saya secara peribadi berasa sangat bersyukur, bangga dan teruja dengan peserta bengkel kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta kerana memberikan saya satu pengalaman indah selama 2 hari iaitu pada 14 &15 Nov 2009, yang bakal menjadi memori abadi dalam ‘BLUEPRINT’ saya. Penyertaan aktif peserta, bersoal jawab serta memberi pendapat memeriahkan suasana bengkel. Peserta begitu mesra sesama sendiri seperti sebuah keluarga besar.

Suasana ini mengingatkan saya pada pengalaman saya berseminar. Rata-rata seminar yang saya hadiri membataskan pergaulan antara moderator dan peserta. Sehingga saya pernah berazam andai kata pada suatu hari saya menjadi moderator, saya inginkan satu perhubungan mesra diantara saya dan peserta. Alhamdulillah impian tersebut menjadi kenyataan.

Boleh dikatakan 75% peserta Evolusi Minda sentiasa dapat menghubungi saya, tidak kira samada melalui emel, telefon, sms atau YM. Hubungan antara saya dan peserta amat erat. Saya sentiasa mengganggap peserta saya seperti sebahagian keluarga saya. Suasana ini dapat di lihat pada setiap kali saya mengadakan kelas follow-up percuma untuk para peserta. Dengan adanya hubungan akrab ini, saya dapat memantau perkembangan serta kemajuan diri peserta tidak kira kemajuan peribadi mahupun kerjaya atau perniagaan. Kami sentiasa bertukar-tukar dan berkongsi cerita kemajuan. Hal ini dapat dilihat dalam blog EM, dimana setiap pencapaian peserta kami kongsi bersama.

Di sini juga saya sebagai Moderator Evolusi Minda dan suami saya bagi pihak pengurusan ingin mengucapkan Setinggi-tinggi TAHNIAH kepada salah seorang peserta Evolusi Minda iaitu Yg Bhg PROFFESSOR DR ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN di atas anugerah Proffessornya dari The Open International University for Complementary Medicines. Beliau amat berbangga berkongsi cerita dengan kami semasa di dalam bengkel pada 15 Nov. Secara kebetulan beliau menerima salinan scroll tersebut pada malam 14 Nov. Pagi-pagi lagi beliau telah berkongsi berita gembira tersebut dengan saya dan seterusnya membuat perkongsian dengan semua peserta. Tahniah sekali lagi daripada kami.

Atas desakan dan permintaan yang tidak henti-henti daripada peserta Evolusi Minda meminta kami menubuhkan Alumni, insyaAllah kami akan usahakan dalam jangkamasa terdekat ini.

Sebenarnya boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima berita gembira daripada peserta-peserta Evolusi Minda. Ada sahaja pencapaian yang hendak mereka kongsikan bersama. Antaranya Kak Shahriffa, Hazrol, Nasriyah, Umi, Muzai, Bob dan ramai lagi yang tidak saya sebutkan namanya di sini. Saya amat yakin senarai ini akan terus dan terus bertambah dari masa ke semasa.

Alhamdulillah kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Allah di atas kebahagiaan dan kegembiraan ini. SubhanAllah, bahagia sangat rasanya berada di dalam keluarga besar Evolusi Minda, dan saya dengan berbesar hati ingin menjemput anda semua untuk menyertai keluarga besar kami. Evolusi Minda bakal mengadakan Seminar Asas pada 20hb DISEMBER 2009 dengan harga promosi RM380.00 sahaja. Jadi rebutlah peluang keemasan ini dan daftarlah segera sebagai keluarga Evolusi Minda.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Posted by admin on November 17th, 2009

Permalink

11 Responses to “YES!! Bengkel “Siapa Aku” Berjaya Capai Matlamat.”

  1. Syed Ikhwan Says:

    Alhamdulillah,

    Saya bersyukur ditemukan rakan-rakan baru. Sekarang berazam menjadi seorang individu yang sangat berguna pada muslim-muslim yang lain. Yang dapat menyumbang kepada yang lain.

    InsyaAllah, kita sebagai wakil Dia, mesti membantu dan membimbing yang lain agar terus naik membangun bersama. Kita naik melalui path Creative Plane!

    Hantarkan gelombang yang positif kepada Universe!

  2. Prof. Dr. Ariffaizal Says:

    Apa yang kita lihat adalah diri kita.

    Terima kasih kak Arina meraikan saya. Sebenarnya anugerah ini adalah dari pemberian Allah dan ia adalah untuk kita semua dalam bengkel tersebut.

  3. K.Shah Says:

    Salams Untuk Pn. Arina, suami dan kawan2 sekalian.

    Alhamdullillah, majlis ilmu yang di hadiri ini benar2 memberi makna mendalam dalam kehidupan k.shah kini. Semuga Evolusi Minda terus maju dlm usaha2 murni ini.

  4. taufiqusai Says:

    Alhamdulillah..bibir ini tidak henti – henti mengalunkan syukur..puji di atas segala puji di atas HAQ yang memberi..ucapan terima kasih dan sayang buat AUNTY(PUAN HAJJAH ARINA ABBAS)merangkap guru serta sifu FIQH.x ketinggalan juga UNCLE YUS!! yang sentiasa AKTIV!! memberi input2 positive buat saya..syukur selamanya..

    “dan nescayalah jika kamu bersYukur, Akan ku tambahkan NIkMAtKU”

    kini kehidupan beransur lebih tenang & sangat harmoni..minda sentiasa bersemangat menggerakkan tubuh, ingin sentiasa menjadi yang TERBAIK di mata ALLAH..dugaan pasti menjelma namun beruntunglah bagi siapa yang dekat dengan TUHANnYA..

    di saat d uji,merintih di hadapan RABBUL JALIL,ALLAH sekalian alam..

    yakiNlah.. “CRYSTAL CLEAR”

    berseru bagi yang membaca blog ini..hadirlah ke seminar EM.. di sini ada sinar yang telah lama kita tinggalkan..

    “YA ALLAH SEMOGA EM TERUS MENDAPAT RAHMAT & NAUNGANMU”

    syukran jazilan
    jazakALLAH hu khairan Kathira”
    (taufiqusai_013 395 8192)

  5. asxiworld Says:

    assalamualaikum,.,.

    alhamdulillah,.,., sgt bersyukur,.,. SubhanaAllah,.,. Alhamdulillah,.,. AllahuAkhbar,.,.,

    itulah ucapn yg yg terbaik,.,. jika kita lihat sume peserta bengkel mgatakn begitu,.,.

    inilah khebatn EM,.,. alhamdulillah,.,. smakin kita pergi,.,. smakin byk rahsia terungkai,.,.
    n semakin kita kenal erti manusia,.,.

    dan sy sgt percaya,.,. ini lah yg sy cari,.,,,.
    alhamulillah,.,.

    NAC sgt bernilai,.,. dlm proses memahami nya,.,. sy dpti ssuatu yg ajaib,.,,. sgt pelik,.,.
    skrang sy sedang dlm proses menguasainya,.,.
    n sy sudah hampir faham bagaimana fill askar tu apabila die nk mnembak dlm pe jua keadaan,.,.

    sy sgt merasakn khidupn slepas EM sgt bbeza n bermakna,.,. alhamdulillah,.,.

    syukran jazilan kpd aunty Arina n Unc Yus,.,.
    bsyukur kpd Allah SWT krn mengumpulkan kita,.,. alhamdulillah,.,.,

  6. Hazrul Says:

    Alhamdulillah.
    syukur atas keributan yg diberi.

    Thanks, Kak Arina dan Abg Yusmi serta rakan2 seperjuangan. Program EM ini telah membuka minda kami semua dengan kesedaran yg tinggi utk kekal beriman mahupun sudah bergelar jutawan nnt.

    The more we do The more we will understand.

  7. suhaimi Says:

    Assalamualakum…

    Teruja membaca komen2 dari peserta…insyallah.. akan saya fokuskan minda untuk turut serta ke seminar ke-2..

    Sangat setuju dengan penubuhan Alumni…semoga hubungan antara bekas peserta akan sentiasa terjalin.

    Syabas Tenaga Penggerak Evolusi Minda

  8. Bukan Dr Says:

    Universiti tu ada di planet mana???

  9. Puan Hajjah Arina Abbas Says:

    Universiti tu terletak di Sri Lanka dan merupakan satu-satu universiti Alternative Medicine yang di iktiraf oleh WHO, PBB.

  10. Cikgu Saari Says:

    Arghhhh!!… terbakar ni.. terbakar ni… tak sabar nak pegi kursus “Siapa Aku”

  11. Yusmi Yusof Says:

    Sabar Cikgu sabar 30 dan 31 Jan

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting