Rahsia Pola Tarikh Lahir Erra Fazira

Filed under: Ilmiah, Umum

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu kita sekali lagi untuk post minggu ini. Dalam post kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog tentang ILMU NUMEROLOGY. Sepanjang Preview Percuma kami, saya memang kongsikan dengan peserta tentang ilmu ini. Seronok rasanya melihat peserta begitu teruja dengan ilmu tersebut. Seperti yang kami katakan dalam post lepas, memang sudah niat kami berikan ia PERCUMA dalam setiap sessi preview.

Namun ada juga yang bertanyakan samada ilmu ini bersalahan atau tidak dalam Islam. Pada pendapat saya secara peribadi, ilmu ini hanyalah sebagai garis panduan untuk seseorang individu tersebut MERANCANG kehidupan mereka, kerana ‘Jika Anda Gagal Merancang, Anda Sebenarnya Merancang Untuk Gagal.’ Ilmu yang kami kongsikan ini juga merupakan satu kajian sikap dan tidak langsung berunsur ramalan. Apabila mengenali sikap dan kecenderungan peribadi anda, secara tidak langsung ia memudahkan anda merancang dan memilih kerjaya/perniagaan yang sesuai.

Oklah. Mari kita lihat pola tarikh lahir salah seorang Diva tanahair iaitu Erra Fazira. Erra dilahirkan pada 9.02.1974. Mengikut pengiraan berdasarkan tarikh lahir ini, Erra merupakan individu yang berelemen TANAH – 5. Individu tanah ini merupakan ejen kepada perubahan. Erra merupakan artis pertama yang menggunakan nombor gandaan dalam hantaran beliau (RM33,333.33). Individu ini juga agak teliti dengan pengurusan kewangan, seorang yang berprinsip, namun dia adalah seorang yang degil, dan suka memberontak.

Mengikut rajah segitiga tarikh lahir Erra, beliau memiliki kombinasi nombor yang banyak menyokong kejayaan beliau dalam industri seni tanahair. Elemen tanah yang dikuasai oleh Erra disokong oleh elemen Api yang mana industri seni terutama hiburan terletak dibawah elemen ini. Ditambah dengan ciri-ciri positif beliau iaitu, berdisiplin, komitted, bersikap professional, dan berdaya maju serta semangat juang yang tinggi melayakkan beliau berada di tahap sekarang ini.

Kombinasi nombor tarikh lahir yang terdapat dalam pola segitiga tersebut antaranya ialah nombor 123 yang menunjukkan beliau memiliki kekuatan suara dan 426 pula menunjukkan rezeki beliau datang daripada suara. Sememangnya kombinasi ini dimiliki oleh ramai artis dan juga penceramah/motivator. Selain itu kombinasi 753 yang dimiliki beliau menunjukkan beliau amat mudah bergaul dengan orang kenamaan. Kombinasi 459 yang dimiliki oleh Erra membantu beliau dalam kehidupan kerana individu ini memiliki deria ke-6 yang sangat kuat. Pola 669 pula menunjukkan bahawa Erra sangat sesuai menjalankan perniagaan dan mudah sukses dalam perniagaan yang diceburinya.

Lihatlah kajian selidik yang dilakukan ini, dengan mengetahui pola kombinasi dari tarikh lahir seseorang individu itu lebih mudah untuk merancang kehidupan. Dengan adanya ilmu ini seseorang itu tidak perlu menghabiskan banyak masa dengan membuat pekerjaan yang tidak bersesuaian dengannya. Menurut kajian sikap yang dijalankan pola tarikh lahir mempengaruhi 80%-90% kehidupan individu. Sungguhpun begitu, kajian numerology ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Mari kita lihat lihat bagaimana pola tarikh lahir Dato’ Siti Nurhaliza mempengaruhi kehidupan beliau. .

Beliau merupakan seorang yang memiliki elemen AIR– 2. Kalau mengikut kajian numerology beliau mengawal industri muzik tanahair. Ini amat bertepatan kerana dengan kelahiran beliau dalam industri muzik tanahair, industri tersebut menjadi begitu hebat, dan setiap tindakan yang dilakukan oleh Dato’ Siti menjadi perhatian dan ikutan masyarakat. Keadaan ini boleh dilihat daripada kisah cintanya hinggalah kepada perkahwinan penuh sensasi beliau sehingga mampu menjadi sumber pendapatan kepada sesetengah media hiburan :) .

Hendak tahu pola tarikh lahir Dato’ Siti? Dan pola tarikh lahir anda? Ketahuilah nombor asas, elemen, faktor sokongan dan kawalan anda. Anda dijemput hadir ke Seminar Percuma Evolusi Minda yang bakal diadakan pada setiap hujung minggu. Kami akan kongsikan Ilmu Numerology ini secara PERCUMA dengan anda. Bukan itu sahaja, anda boleh bertanya apa sahaja ilmu berkaitan minda dan masalah anda pada Puan Hajjah Arina. InsyaAllah beliau akan perjelaskan.

Ajaklah rakan-rakan anda datang bersama. Cuma anda perlu hubungi kami untuk pengesahan tempat.

Daftar Seminar Percuma Sekarang!!

Posted by admin on November 30th, 2009

Permalink

20 Responses to “Rahsia Pola Tarikh Lahir Erra Fazira”

  1. Nor Ismaliza Ismail Says:

    Assamualaikum ,

    Bolehkah saya mengetahui lebih terperinci disebalik tarikh lahir samada dari kerjaya,perkahwinan, perniagaan samada dari segi positif & negatif. Tarikh lahir saya 31/07/1975. Masa lahir pada pukul 6.30 pagi.

    Terima kasih.

    NOR ISMALIZA BINTI ISMAIL

  2. wan Says:

    terima kasih krn brkongsi ilmu ini memang ada ketepatannya antara 80 hingga 90%.Ilmu ini sy perlajari semasa seminar psikologi tempoh hari.

  3. mira Says:

    assalamuallaikum…
    mgkn jg bnda ne btl kn
    ble tlng chekn utk sy
    19011990

  4. fendi Says:

    knowlegde is power… Yang tersirat dan yang tersurat dalam tarikh lahir kita… Macam-macam rahsia dapat kita pelajari… Kenal diri, tahu kekuatan diri, atasi kelemahan diri menentukan kejayaan yang bakal kita raih…
    fikir-fikirkanlah…

  5. admin Says:

    W’salam Mira dan Salam Evolusi

    Mira elemen API nombor akar 3. Memiliki kekuatan suara namun selalu salah guna. Terlibat dengan kewangan. Sangat berdikari, mudah berjaya dengan usaha sendiri. Mudah terusik, baran dan pergerakan wang yang aktif – boros.

    Kerjaya yang sesuai – agen insurans, perbankan, pengurus restoran, perunding kewangan.

    Begitulah serba ringkas pola tarikh lahir mira. Untuk makluman mira dan semua pembaca, kami tidak memberi konsultasi di sini, kerana kami telah membuka ruang tersebut di Preview Percuma kami.

  6. admin Says:

    Nor Ismaliza Ismail
    Assamualaikum ,
    Bolehkah saya mengetahui lebih terperinci disebalik tarikh lahir samada dari kerjaya,perkahwinan, perniagaan samada dari segi positif & negatif. Tarikh lahir saya 31/07/1975. Masa lahir pada pukul 6.30 pagi.
    Terima kasih.

    W’salam
    Menurut tarikh lahir. Ismaliza seorang yang sayangkan keluarga tapi agak suka turut kata hati, Materialistik atau suka barangan yg branded. Suka melancong/tidak suka duduk diam, banyak ilmu dan kuat bercakap.

    Seorang yang minat mencari duit dan jika berniaga mudah untung.

    Ada no gabungan 13, menurut kajian 70% berkahwin dengan bangsa asing. Dalam segi spiritual Ismaliza seorang yang agak tenang tapi agresif dalam segi fizikal. Ini secara umum. Jika ingin terjemahkan tarikh lahir ini secara terperinci, saya nasihat Ismaliza hadir preview PERCUMA kami. Di sana saya akan sense energy Ismaliza lebih tepat.

  7. jamil Says:

    Assalamualaikum..
    Sy berminat la nk mengetahui
    tentang diri saya..
    Bole tolong check kn utk sy..
    tarikh lahir saya 31/03/1989
    Terima Kasih..

  8. Yusmi Yusof Says:

    Salam Semua Pembaca,
    Sehingga kini kami mempunyai lebih 30 orang yang meminta kami menyemak tarikh lahir mereka.

    Sebenarnya, tujuan saya memberi Kelas Numerology Percuma adalah untuk anda mengambil peluang mempelajarinya dan menggunakannya sendiri. Maka rebutlah peluang ini. Dan sememangnya ia PERCUMA dalam preview kami.

    Bagi mereka yang telah menghantar tarikh lahir mereka.. ada yang berkesempatan kami jawab.

  9. jamil Says:

    salam…
    sy berminat untk hadir..
    tapi jauh sngt dr tmpt sy..
    kawasan penang x ade ke?
    sbb tu sy tanya terus je..

  10. Motivasi Kerja Says:

    Assalamualaikum. Salam perkenalan. Benarkan percuma? Masih ada preview ke? Boleh maklumkan saya jika ada kursus ini lagi?

  11. admin Says:

    W’salam along,
    Terlalu ramai yang bertanya pada kami soalan ini. Sememangnya Ilmu Numerology ini kami berikan PERCUMA dalam sessi preview Evolusi Minda. Sila rujuk pada post terbaru. Ada video kami sediakan. Video tersebut kami rakan semasa sessi preview

  12. nur Says:

    salam..blh tgk kan utk sy..
    sy msih student & nak tau hala tuju sbnar sy..
    12121988..tq

  13. nana Says:

    ada lagi ruang preview selepas 13 disember? saya berminat utk hadir. Terima kasih.

  14. admin Says:

    Belum ada dalam perancangan lagi Nor. Saya nasihatkan subcribe blog ini untuk info akan datang.. di kanan atas tu.. masukkan emel dan sahkan langganan di emel Nor nanti.

  15. wan Says:

    keyakinan dan usaha yg gigih akan membawa kejayaan

  16. rusyaidi Says:

    ooo

  17. KHAIRI Says:

    salam Pn.Hjh Arrina,

    Saya amat berminat untuk mempelajari ilmu numerology dan kuasa minda terutamanya cara untuk menguasai minda separa sedar. Untuk makluman pn. saya mempunyai mp3 gelombang alpha di mana saya telah beberapa kali menggunakannya..walaubagaimanapun saya belum lg dpt mengaplikasikan sepenuhnya kerana sewaktu mendengar gelombang alpha saya akn menjadi mengantuk. adakah terdapat kesan2 tertentu sewaktu menggunakan gelombang alpha tersebut?
    selain itu utk makluman pn. elemen saya ialah besi/logam dimana tarikh lahir saya adalah 28/06/1983 walaubagaimanapun saya masih belum dapat mengenali kekuatan dan kelemahan saya secara mendalam dan tepat. Minda panduan daripada Pn.Hjh Arrina.

  18. Puan Hajjah Arina Abbas Says:

    Salam Evolusi,

    Terima kasih atas comment saudara Khairi. Untuk makluman saudara, mp3 gelombang alpha sememangnya akan membuatkan kita mengantuk. Ini kerana gelombang alpha membantu minda untuk relaks. Ketika minda berada dlm keadaan relaks inilah sebenarnya amat sesuai untuk menghantarkan permintaan melalui minda separa sedar. Sebenarnya untuk mendapatkan hasil yang optimum drp muzik tersebut saudara mesti mengaplikasikan juga teknik pernafasan dan meditasi. Saya nasihatkan hadir ke Seminar Percuma kami, insyaAllah akan saya terangkan dengan lebih lanjut.

    Utk mengetahui kekuatan/kelemahan, banyak faktor yang terlibat. Antaranya faktor kawalan dan sokongan. Besi cthnya mengawal kayu, disokong oleh tanah dan dikawal oleh api. 3 elemen ini memainkan peranan dalam menentukan kekuatan/kelemahan saudara. Dtglah dan percayalah luangan masa saudara tidak akan kami persiakan. InsyaAllah kami akan kongsikan pelbagai ilmu dalam Seminar Percuma Evolusi Minda.

  19. KHAIRI Says:

    Terima kasih. Insya Allah saya berminat untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Pn. Arina.

    Untuk bermeditasi berapakah masa yang diperuntukan sekurang-kurangnya dan waktu bilakah yang sesuai samada siang atau malam?

  20. Puan Hajjah Arina Abbas Says:

    Untuk permulaan bermadai lebih kurang 3 minit sahaja. Memngikut indidividu. Bagi mereka yang tidak pernah melakukannya ada beberapa kesan sampingan awal seperti pening, kepala berdenyut dan sebagainya. Berkenaan masanya, boleh bila2 kecuali masa yang diharamkan sembahyang.

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting

rassvet-kabel.ru start-rjev.ru ditauto.ru pskdecor alt-remeslo