Posted by admin on December 7th, 2009
Kenapa M. Nasir bergelar “SIFU”…
Filed under: Ilmiah

Assalammualaikum dan Salam Evolusi
Dalam hutan, Ada taman
Dan dalam taman, Ada puterinya
Dalam baju, Ada cinta
Dan dalam cinta, Ada segala-galanya
Dalam awan, Ada hujan
Dan dalam hujan, Ada lautan
Dalam aku, Ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua
Bait lagu di atas dipetik daripada Lagu ADA, nyanyian Sifu M. Nasir. Wow ! Bila sebut sahaja nama Sifu M. Nasir badan saya akan meremang keseluruhannya. Itu belum lagi menonton konsert beliau. Konsert belum bermula tetapi peminat telah mula histeria. Menjerit-jerit nama beliau. Beliau keluar sahaja untuk mula menyanyi peminat akan terus bernyanyi bersama tanpa perlu diminta oleh Sifu M. Nasir. Adakalanya beliau hanya perlu memulakan rangkap pertama sahaja dan selebihnya akan dinyanyikan oleh penonton dengan semangat. Konsert yang berlansung selama 2 jam dirasakan seolah-olah sepuluh minit sahaja. Tidak puas, dan penonton akan terus menjerit-jerit dan meminta lagi. Begitulah biasanya senario yang dapat dilihat pada konsert Sifu M. Nasir. Energi yang Sifu keluarkan mampu mempengaruhi seluruh dewan tidak kira betapa besar sekali pun dewan yang digunakan. Itulah kehebatan pengaruh Sifu M. Nasir.
Ilmu apa yang Sifu M. Nasir ada sehingga beliau mampu memukau penonton dan peminat? Ilmu pengasih kut,,, atau ilmu pukau,,, atau ilmu pelaris,,, Hmmm, sebenarnya apa yang ada pada Sifu M. Nasir adalah ilmu minda yang hebat. Beliau kenal minda dan dalaman beliau sebenar-benarnya. Kelebihan ini beliau gunakan untuk berinteraksi dengan penonton dan peminat. Dengan kekuatan minda separa sedar beliau, Sifu M. Nasir mampu memukau serta membuat penonton terpana dengan persembahannya. Mari kita lihat rentetan kehidupan Sifu M. Nasir dalam industri seni tanahair.
Sifu M. Nasir tidak dilahirkan sebagai insan yang bertuah di dalam industri seni. Nasib beliau tidak sebaik Dato’ Siti Nurhaliza, kerana sememangnya dilahirkan dengan elemen yang mengawal industri seni terutama nyanyian iaitu elemen AIR/2. Sebaliknya Sifu M. Nasir adalah insan yang elemen dirinya dikawal oleh elemen industri seni. Beliau memiliki elemen Logam-6 manakala industri seni berada di dalam elemen Api. Mengikut kajian sekiranya seseorang itu berada didalam kerjaya yang mengawal elemen dirinya, maka agak susah untuk maju atau pergi jauh dalam bidang tersebut.


Ternyata keadaan ini bertentangan sekali dengan kehidupan Sifu M. Nasir. Lihat ketika beliau mula menjinakkan diri dalam industri seni tanahair. Ketika itu zaman cetak rompak berleluasa. Ramai artis yang mengeluh kerana sukar untuk mencari makan akibat lanun cetak rompak. Datang pula zaman rock dimana beliau lalui zaman tersebut dengan tabah walaupun seribu dugaan melanda. Artis rock berambut panjang tidak dibenarkan membuat persembahan dalam televisyen. Tiba pula suatu keadaan beliau tidak boleh memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh sebuah stesyen tv swasta atas alasan bukan warganegara. Namun itu bukan alasan untuk beliau mengalah, malah lagu yang beliau pertaruhkan dengan bersandarkan pada nama orang lain menjadi juara dan sehingga kini Isabella menjadi salah sebuah lagu yang tiada tandingan. Letih dengan birokrasi beliau bertukar arah kepada industri lakonan. Namun beliau tidak bertemu dengan kepuasan maka beliau beralih semula dalam industri muzik. Perjalanan yang panjang serta berliku mematangkan beliau serta memperkenalkan beliau dengan ragam dan telatah manusia.
Apa agaknya yang menyebabkan beliau kebal daripada kawalan tersebut? Ala,,, dia tu M. Nasir memanglah lain. Pasti ramai yang beranggapan begitu. Dimanakah lainnya beliau dengan kita ? Sebenarnya apa yang ada pada Sifu M. Nasir dan yang tidak ada pada ramai peminat beliau adalah kekuatan minda serta keyakinan diri. Beliau begitu yakin dengan apa yang beliau lakukan, tahu apa beliau inginkan, kenal apa yang dicari, fokus pada kerjaya, tahan tekanan, dipasak pula dengan minat yang begitu mendalam memperkukuhkan lagi jati diri beliau. Selain itu ilmu kerohanian yang ampuh, minda separa sedar yang hebat serta dalaman yang mantap, semangat juang serta disiplin yang beliau asuh pada diri memberi beliau nama serta kedudukan yang sangat hebat sehingga bergelar SIFU.
Percayalah apa juga halangan dan rintangan mampu kita atasi dengan syarat kita memiliki minda separa sedar yang hebat serta kerohanian yang ampuh. Kita kenal DIA, seperti bait lagu ADA,
Dalam aku, Ada DIA
Dan dalam DIA
Ada kita ada semua
Puan Hajjah Arina Abbas
Moderator Anda.
Video Seminar PERCUMA Evolusi Minda
Daftar Seminar Percuma Sekarang!!


