Posted by admin on December 15th, 2009
Muat Turun Video Bengkel ‘Siapa Aku’ Ke-2
Filed under: Cerita Kejayaan Peserta, Ilmiah

Salam Evolusi
Syukur, selesai sudah bengkel kedua ‘SIAPA AKU’. Berlainan sekali bengkel kali ini, kerana ia disertai oleh anak-anak muda yang sangat berdaya saing. Terima kasih kepada Kak Long, Umi, Amy, Ihsan, Bob Dan Muzai. Pengalaman bersama merka sangat berbeza dengan kumpulan pertama. Kalau pada bengkel pertama dulu pesertanya rata-rata orang-orang hebat yang mempunyai latar belakang. Tapi kumpulan kedua ini pula semuanya fresh tentang ilmu mengenal diri. Namun komitmen yang mereka tunjukkan sangat hebat. Terima kasih sekali lagi.
Baiklah kali ini saya ingin bercerita tentang anak muda yang juga peserta bengkel yang datang dari jauh, iaitu Sarawak.
EM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Murzaini Omarzuki dan Bob Syuqireen Salleh di atas komitmen yang diberikan. Anak muda berdua ini sanggup datang dari Sarawak semata-mata ingin menyertai bengkel ‘SIAPA AKU’. Menurut mereka, mereka yakin dengan pengisian bengkel yang mantap itu dapat mengubah kehidupan mereka kepada satu kehidupan yang lebih baik. Ini bermula dengan borak-borak di YM pada suatu malam. Saya ‘approach’ Muzai ketika itu bila nampak beliau online. Saya bertanyakan kepada beliau tak nak ke ikut bengkel Siapa Aku. Ketika itu beliau terus memberikan satu jawapan positif. Menurut beliau, melalui satu buku yang beliau dan sahabatnya Bob, pernah baca bertajuk ‘Trading Chaos’ di tulis oleh Bill William, kata Bill untuk berjaya dalam hidup baik untuk spiritual ataupun material seseorang itu mesti mengenal diri. Ini bermakna untuk kejayaan dunia dan akhirat kita mesti kenal diri. Itulah yang menggerakkan Muzai dan Bob datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri bengkel Siapa Aku.

Murzaini atau lebih selesa dengan panggilan Muzai, berusia 24 tahun, seorang yang berjiwa usahawan. Rentetan bermula, selepas beliau mengikuti kursus EM pada bulan Julai lepas di Sarawak. Selepas mengikuti Seminar Asas EM, pemikiran Muzai berubah, dia mengamalkan semua teknik yang diajarkan dalam Seminar Asas. Semua urusan perniagaan Muzai menjadi hebat, kalau sebelum itu Muzai menjual burger hanya sebanyak 18-20 biji semalam, selepas mengikuti seminar penjualan burger Muzai meningkat secara drastik sehingga 90-100 biji semalam. Urusniaga forexnya juga menghasilkan keuntungan, dan penjualan ebaynya juga menghasilkan pendapatan yang lumayan. Maknanya selepas bulan Julai itu, Muzai begitu sibuk dengan cashflow yang tidak berhenti-henti. Alhamdulillah syukur sangat kepada Allah atas limpahan rezeki kepada Muzai. Daripada seorang penggangur kini Murzaini Omarzuki adalah seorang yang bergelar usahawan dan selepas menghadiri bengkel Siapa Aku, Muzai berkata, bahawa dia sudah dapat melihat masa depan yang sangat gemilang di hadapan. InsyaAllah, kami di EM sentiasa mendoakan kejayaan buat para peserta.
Bob Syuqireen lebih senang dikenali dengan panggilan Bob, berusia 29 tahun bekerja dengan LKIM, kini sedang dalam perancangan untuk berhenti dan meneruskan usaha beliau dalam bidang pembenihan ikan keli. Bob juga antara peserta yang konsisten dalam melaksanakan teknik yang diajarkan dalam Seminar Asas. Munurut Bob, banyak perubahan selepas mengamalkan teknik tersebut. Bob terpaksa memandu selama 5 jam untuk ke tempat kerja, ini menyebabkan beliau selalu mendapat sakit belakang yang agak serius, tetapi selepas mengamalkan teknik yang diajar di seminar kini beliau lebih sihat dan aura yang dikeluarkan ketika kami bertemu di bengkel sangat mengagumkan saya. Ternyata aura Bob sangat berbeza dengan Bob yang saya kenal ketika di Sarawak. Menurut Bob, selepas menghadiri seminar, beliau mengamalkan teknik yang diajar. Tanpa beliau sedari peluang datang begitu banyak sehingga beliau terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Bob mendapat tender membekalkan anak ikan keli ke seluruh Sarawak, dan permintaan terus meningkat dari masa ke semasa. Kini selepas menghadiri bengkel Siapa Aku, semangat Bob semakin tebal dan insyaAllah sebaik sahaja balik ke Sarawak beliau akan menumpukan terus usaha pembenihan ikan keli. EM mendoakan kejayaan juga buat Bob.
Ohh.. sebelum terlupa EM mengucapkan tahniah kepada En. Zul Ihsan dan En, Khalix (peserta bengkel lepas) kerana memenangi pakej penginapan dalam dan luar negara dari kami. Terdapat 12 voucher dalamnya. Mereka menjadi 2 peserta terawal mendaftar dan berbayar untuk Bengkel “Siapa Aku?”. Tahniah!! Sekali lagi.
EM juga ada sertakan sedutan video Bengkel Siapa Aku, pembaca dinasihatkan untuk muat turun video tersebut. Dapatkan tips2 dari video tersebut. Jumpa lagi



December 15th, 2009 at 7:01 am
~ ALHAMDULILLAH WASYUKURILLAH ~
Setinggi – tinggi syukur buat tuan yang empunya Dunia. Dari masa ke masa input didalam evolusiminda semakin hari semakin mantap & sarat dengan ilmu yang sangat mengujakan. Tahniah buat Aunty N uncle yang tidak jemu – jemu terus berkongsi ilmu buat kami semua, terutama bekas – bekas peserta evolusiminda.
pengisian yang penuh dengan manfaat.tahniah juga buat peserta bengkel “siapa aku II”.
yang pastinya ilmu ini sangat bermanfaat untuk dunia & akhirat.
perjuangan evolusiminda akan terus mengalir.. insyaAllah..
didoakan agar kesihatan aunty n uncle baik selalu.moga dapat terus mencurahkan ilmu – ilmu yang sangat berguna ini pada seluruh jiwa – jiwa umat yang ada. salam evolusi.
p/s : kepada yang belum menikmati pengisian seminar evolusiminda, anda belum terlambat..sertailah..anda pasti teruja..
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
December 15th, 2009 at 11:47 pm
wau,macam bagus je. mana ada promosi cerita yg tak bagus kan. tahniah kepada anda yg dah kenal diri sendiri. nantilah sy kumpul duit dulu. kesian saya masih belum diri sendiri.
Tapi syukur dgn rezeki Allah taala
December 16th, 2009 at 1:26 am
December 16th, 2009 at 7:23 am
assalamualaikum,
saya nak bertanya bolehkah saya mengikuti kursus siapa aku yang akan datang, untuk makluman saya pernah mengikuti kursus mind power dan reiki sebelum ini?
wassalam
December 16th, 2009 at 7:53 am
W’salam En Nazly,
InsyaAllah boleh.. kami akan buat sekali lagi dengan harga pengenalan pada pada 26 & 27hb Dis 2009, termasuk 1 kelas follow-up. Kiranya 2+1. Kalau tuan pernah ada asas InsyaAllah boleh..
December 17th, 2009 at 3:21 am
As’kum Sifu… Hehehe.. Nama baru nih…
Pertama2nya ingin dipanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan kesih sayang Nya dapat diisi hati & jiwa ini dengan RAHSIA NYA yang sangat HEBAT… Alhamdullillah…
To all peserta2 kursus “SIAPA AKU?” II.. Semoga dapat kita manfaatkan ilmu yg telah diterima dari ALLAH dengan penuh keimanan & be the BEST.. InsyaALLAH…
To My Sifu, My Mentor.. THANK YOU so very very much for all the sharing & caring…. ALLAH jua yg dapat membalas segala ilmu yg telah di perturunkan kepada kami tanpa syarat… ^_^
SALAM MAAL HIJRAH TO ALL… Semoga Tahun Baru ini nanti dapat kita sama-sama diberikan lebih banyak lagi keberkatan rezeki, kesihatan & keimanan dari NYA.. Semoga kita sama2 dapat menjadi manusia HEBAT… Aminnn..
December 21st, 2009 at 12:29 pm
Salam,
Puan, ada lagi tak seminar Evolusi Minda utk bulan January nanti? Bila dan di mana?
Saya sangat kagum dgn kisah kejayaan saudara Muzai dan Hasbul Ariff. Saya pun mahu berjaya mcm mereka
December 21st, 2009 at 10:24 pm
InsyaAllah pada awal atau pertengahan Februari, En Khairul. Kami akan maklumkan pada En Khairul.. dan kami bercadang untuk adakan sessi preview percuma juga.
January 3rd, 2010 at 10:16 pm
berapa bayaran untuk mengikuti kelas siapa aku
January 4th, 2010 at 1:45 am
Yuran untuk bengkel “siapa aku adalah
RM750 untuk 2 hari. Tarikh terdekat ialah 30 dan 31 Jan 2010. Bengkel “Siapa Aku?” adalah kesinambungan dari seminar asas kami.