Kemaafan Dendam Yang Terindah-Tips Kejayaan Dunia & Akhirat

Filed under: Ilmiah, Tips Kejayaan

Salam terakhir
Salam teristimewa
Kepadanya ku memohon keampunan
Melaluinya ku beri kemaafan
Kepadamu,,,,,,,,

Satu rasa yang sangat rumit untuk di nyatakan adalah rasa maaf. Samada ingin memaafkan atau ingin memohon kemaafan. Namun tindakan ini adalah satu tindakan SAKTI atau AJAIB dalam perjalanan menuju kejayaan. Tahukah anda untuk seseorang itu mencapai impian dalam kehidupan dia mesti mampu memaafkan dan memohon kemaafan. Tiada rasa dendam, tiada rasa marah, tiada rasa kecil hati, tiada rasa tertindas. Semua rasa yang boleh menimbulkan kemarahan haruslah dihapuskan daripada ‘kamus rasa’ diri anda. Sememangnya satu tindakan yang amat sukar dilaksanakan, namun itulah kebenarannya.

Selagi seseorang itu tidak mampu menghadirkan rasa kemaafan dalam dirinya, perjalanan untuk dia mencapai kejayaan masih jauh dan sukar. Perasaan dendam atau terguris yang masih terpendam dalam jiwa dan jauh dilubuk hati akan menjadi halangan dalam bentuk tenaga hitam menyelitupi diri seseorang. Tenaga hitam ini menghalang lain-lain tenaga yang ingin ditarik atau “attract”oleh individu berkenaan.

Tenaga hitam ini akan bertindak sebagai perisai kepada individu tersebut. Ia mengakibatkan tindakan dua hala iaitu, menghalang tenaga kehebatan atau potensi seseorang itu keluar dari dalam diri dan juga menghalang tenaga kejayaan atau kekayaan yang berada di luar untuk menghampiri anda.

Perkara ini sememangnya tidaklah mudah untuk dilaksanakan bagi sesetengah individu, tetapi jika alasan untuk berjaya itu sangat kuat, maka saya percaya anda mampu melakukannya. Ia bukan sahaja sesuatu yang perlu untuk berjaya tetapi juga merupakan tuntutan dalam Islam agar kita saling bermaafan. Lakukan setiap malam sebelum tidur, pohon kemaafan dan berilah kemaafan, lihat hasilnya, anda pasti akan tersenyum selepas itu.

Rasa yang hadir apabila kita mampu memaafkan seseorang yang pernah menyakiti atau melukakan hati kita sehingga cedera dan hancur, merupakan satu perasaan sakti yang indah. Bayangkan dalam minda anda, bahawa anda bertemu dengan individu tersebut, hulurkan tangan dan nyatakan ‘Aku maafkan segala kesalahanmu dan aku juga memohon kemaafan daripadamu’. Lihat reaksinya, rasakan getaran dalam diri anda, dan nampakkan bahawa anda berpelukan dan masing-masing saling bermaafan.

Biarkan airmata keinsafan mengalir laju sehingga semua sebak di dada seolah-olah semakin hilang dan menjadi ringan. Lakukan amalan ini setiap malam sehingga tiada lagi perasaan yang bernama dendam dan marah di dalam jiwa anda. Percayalah anda akan rasa lebih hebat dan lebih ceria selepas itu. Jangan biarkan perasaan negatif menyelubungi diri anda dan menutupi potensi diri anda hanya kerana sesuatu permasalahan, kerana kehidupan anda lebih bermakna dan kejayaan anda lebih bererti. Jangan jadikan alasan disebabkan oleh perasaan negatif ini anda tidak boleh mencapai impian.

Sempena kedatangan tahun baru ini saya menyeru kepada semua pembaca agar saling maaf bermaafan. Semoga perjalan kita disepanjang tahun baru ini lebih bermakna dan segala impian pasti menjadi kenyataan. Ayuh kita aturkan jejak, susunkan gerak, tegakkan tunjak bersama-sama menuju kearah kejayaan dan kesempurnaan dunia dan akhirat.

Saya Puan Hajjah Arina binti Abbas beserta suami Encik Mohd Yusmi bin Md Yusof dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran yang tiada terhingga, ingin mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua pembaca dan pengikut EM serta melalui laman ini juga kami memberi seribu kemaafan kepada sesiapa sahaja yang pernah mengenali dan berhubung dengan kami, alhamdulillah. Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431 dan SELAMAT DATANG TAHUN 2010, hulurkan kemaafan tingkatkan perjuangan, gapailah kejayaan.

Kami di EM masih lagi meneruskan Promosi Seminar Asas EM atas permintaan ramai. Kepada sesiapa yang masih belum berpeluang hadir ke Seminar PERCUMA Evolusi Minda, anda di jemput hadir.  Kami kongsikan pengenalan ilmu minda, paradigma , warna dan pelbagai ilmu metafizik lain.  Untuk mengetahui jadual dan mendaftar sila >KLIK SINI<.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Posted by admin on January 5th, 2010

Permalink

One Response to “Kemaafan Dendam Yang Terindah-Tips Kejayaan Dunia & Akhirat”

  1. FIQH Says:

    Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.
    ~Al Baqarah 2:263~

    Demikianlah indahnya didikan Ayat – Ayat Allah dalam mendidik hati – hati insan supaya lembut, & saling memaafkan. Allah yang Maha Pengampun akan kesalahan hamba-hambanya.

    Justeru itu, sifat pemaaf juga mampu menjernihkan hati serta mampu menghubungkan silaturrahim antara semua makhluk, rasa dendam akan membinasakan diri.

    Di ruangan ini juga, saya ingin memohon maaf pada semua, andai ada kekhilafan yang pernah terzahir dengan nyata mahupun sembunyi. Moga kita menjadi insan yang senantiasa baharu dari segala segi, umpama bayi yang baharu di lahirkan. InsyaAllah hu Taala Minal Aminin. ^.^ salam kemaafan bersamanya akan ada kejayaan..

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting