Posted by admin on January 17th, 2010
Kesihatan, Makanan dan Kejayaan; Apa Kaitannya?
Filed under: Ilmiah, Tips Kejayaan
Salam Evolusi
Manusia dan makan tidak boleh dipisahkan. Ini juga menyebabkan industri pemakanan semakin banyak yang tumbuh. Makanan segera, bazar ramadhan, restoran, kopitiam dan pelbagai lagi tempat makan dibangunkan. Industri makanan semakin maju dan ramai yang mampu menjadi jutawan melalui industri makanan. Namun terlalu ramai yang tidak tahu antara tips kejayaan yang utama adalah menjaga pemakanan (food intake). Ia bukan satu mitos atau dongengan tetapi satu kenyataan yang harus diberi perhatian dengan serius. Pemakanan yang terjaga menjamin kejayaan dan seterusnya kekayaan.
Pemakanan yang sihat harus dititik beratkan sejak daripada bayi lagi. Ibubapa harus menjaga dengan teliti pemakanan bayi untuk menjamin bayi itu membesar dengan sempurna dan yang paling penting kesihatan mindanya terpelihara.
Rasulullah s.a.w juga bersabda,
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.
Masalah utama yang terdapat pada kita terutama orang kita adalah tidak mengambil berat soal pengambilan makanan. Sehingga tercipta kata-kata, ‘aku apa pun makan, tolak batu ngan kayu jer’. Tahukah anda untuk menjadi berjaya atau kaya apatah lagi untuk menjadi jutawan hebat kita perlu menjaga pemakanan kita. Perut yang sihat memastikan fokus yang baik. Fokus yang tajam memastikan kejayaan dalam perniagaan.
Ramai yang tidak tahu, bahawa fokus bersangkutan dengan kesihatan perut. Jika perut tidak sihat, fokus juga tidak akan menjadi tajam. Ini dengan sedirinya akan mengganggu perjalanan bisnes yang dilakukan. Apabila fokus tidak bagus dengan sendirinya rezeki menjadi sempit.
Bagaimana keadaan ini berlaku? Apa hubungkaitnya perut dengan fokus? Baiklah, mari kita tengok hubungkaitnya, apabila kita makan sesuatu makanan, ia akan masuk kedalam perut dan dicernakan. Boleh dikatakan 90% makanan yang dimakan adalah bersifat asid dan asid ini pula sifatnya panas.
Mari kita lihat bagaimana asid ini mempengaruhi kita. Kita ambil contoh satu organ sahaja, iaitu perut. Perut, hati dan limpa mempunyai frekuensi organ yang sama. Apabila sesuatu makanan yang bersifat asid masuk ke dalam perut, pankreas akan merembeskan lebih banyak asid untuk mencernakan makanan tersebut. Ini mengakibatkan asid yang berlebihan dan asid ini akan diserap ke dalam darah dan seterusnya diedarkan ke seluruh badan termasuk otak. Asid akan mempengaruhi otak menjadi lembab, kurang kreatif dan seterusnya meletihkan badan.

Asid-asid yang berlebihan ini akan berkumpul dan membentuk kristal. Inilah antara punca penyakit gout, gastrik, batu karang dan hepatitis. Apabila badan menjadi panas akibat asid yang berlebihan ini, perasaan dengan sendirinya akan terganggu. Seseorang itu akan merasa keliru, was-was, kurang keyakinan, malas, letih dan hilang selera makan. Keadaan ini juga akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah telinga, mulut kering dan pecah, mudah demam, suhu badan tidak seimbang.
Bayangkan apabila kita melakukan perniagaan, kita sering berasa keliru tidak mampu membuat keputusan dengan baik, was-was dengan semua tindakan, bagaimanakah perniagaan itu hendak mencapai kejayaan? Mampukah kita memperbesarkan perniagaan tersebut? Kita menjadi runsing, cepat putus asa, terganggu dengan masalah peyakit yang ada dan dengan sendirinya kurang tumpuan dan sentiasa berasa letih dan lemah. Bolehkah kita mencapai impian untuk menjadi kaya apatah lagi jutawan dengan keadaan dan situasi yang begini? Jauh sekali.
Jangan ikut perasaan, kalau niat untuk menjadi berjaya atau kaya itu sangat kuat, jagalah pemakanan anda. Percayalah bahawa semua orang-orang yang berjaya menjaga pemakanan mereka. Semua organ-organ yang ada di dalam badan kita ini sebenarnya mempunyai tenaga frekuensi yang berbeza. Untuk memastikan kejayaan atau kekayaan menghampiri kita, kita wajib menjaga tenaga dan frekuensi organ-organ ini dengan baik. Apabila semua tenaga organ-organ dalam badan kita sentiasa berada di tahap 100% maka percaya dan percayalah kejayaan dan kekayaan mudah menjadi milik anda.
Ini adalah sebab utama mengapa Rasulullah s.a.w sangat menitik beratkan soal pemakanan. Baginda sendiri amat menjaga pemakanan baik dari segi khasiatnya mahupun dari segi kesuciannya. Mari kita lihat sunnah yang Rasulullah bawa, iaitu memakan kurma sebagai amalan.
Mengapa baginda berbuat demikian? Antara sebab utamanya adalah kerana baginda mempunyai tugas besar iaitu menyebarkan Islam sehebat mungkin. Untuk tugasan hebat ini, baginda harus memiliki kesihatan yang unggul, fokus yang sangat tajam, kebolehan membuat keputusan dengan cepat (fast decision making), mempunyai tenaga minda yang tinggi agar mampu menpengaruhi umat untuk memeluk Islam. Tidak hairanlah mengapa baginda sehingga hari ini menduduki tangga pertama orang yang paling berpengaruh di dunia menurut satu sumber kajian seorang penulis buku dari Amerika Syarikat.
Apa kaitannya kurma dengan kejayaan baginda? Kurma, kismis, delima, merupakan sebahagian daripada makanan yang bersifat alkali dan apabila diambil dengan kadar yang berpatutan mampu membantu meneutralkan asid yang ada di dalam badan seseorang. Seperti yang kita tahu, asid mengganggu kesihatan, tetapi alkali yang terdapat pada makanan ini mampu mematikan keracunan asid tersebut. Apabila badan kita neutral tidak ada gangguan pada pemikiran dan ketetapan fokus menjadi tinggi. Mental menjadi kuat dan kita mampu merancang strategi dengan baik.
Inilah sebab mengapa Rasulullah bersabda,
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Dan baginda bersabda lagi,
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Malah banyak lagi hadis-hadis sahih yang menceritakan tentang kebaikan menjaga pemakanan. Jadi mula daripada sekarang bagi sesiapa yang mempunyai impian untuk berjaya, menjadi orang hebat dan kaya, maka jagalah pemakanan anda.
Dapatkan lebih tips kejayaan, ilmu tenaga dan ilmu minda separa sedar dalam Seminar PERCUMA Evolusi Minda. Sms atau telefon En Yusmi di talian 013-377 8004 untuk pengesahan tempat. Anda juga boleh daftar borang di web kami. Jadual seminar dan maklumat lanjut ada di sana. >Klik Sini<.



January 17th, 2010 at 5:33 pm
Ayat Al Quran yang berbunyi :~
Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.(surah Al AN’AM)6 : 99
ALHAMDULILLAH, sangat menarik post kali ini, kaitan makanan & manusia pasti tidak dapat di pisahkan. Makanan yang halal akan membawa kepada pembentukan sahsiah yang baik bagi seseoarang individu.
Demikian ayat Al Quran yang berkaitan akan makanan:~
5:88. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.(surah Al maidah)
demikian terjemahan Rasulillah yang seakan berbunyinya :
“makanan itu akan menjadi darah daging manusia, makanan yang baik akan membentuk sahsiah yang mulia, sedang makanan yang haram akan membentuk hati yang gelap dan bersifat mazmumah serta doanya juga sukar di kabulkan Allah”
January 18th, 2010 at 8:03 am
Terima kasih atas perkongsian hebat ini…
January 18th, 2010 at 12:37 pm
Sama-sama.
January 18th, 2010 at 4:42 pm
Lepas nie nak cari kurma dan seangkatanya…
January 18th, 2010 at 5:48 pm
Perkongsian info yang menarik.
Saya ada juga terbaca satu buku, lupa judulnya, berkenaan makanan yang terbaik patut kita makan, untuk kecergasan minda dan kesihatan.
Nak cari buku tu dah tak jumpa lagi.
PS : Menarik saya membaca dan mendengar ebook dan video Puan
January 19th, 2010 at 1:51 am
saya nak control makan mcam mana plak Puan Arina.
daily makan kat luar..
January 19th, 2010 at 2:46 pm
Aqill boleh pilih makanan yg nak dimakan walaupun beli di luar.
January 30th, 2010 at 1:09 am
Salam Puan,
Info PENTING dan wajib diamalkan tetapi malangnya selalu Orang Kita ABAIKAN menganggap kesihatan tak perlu dijaga dan makan apa saja ketika sihat. Apabila dah sakit, kronik pula.. smuanya dah terlewat untuk mencari penawar penyakit.
Sebaik-baik ubat adalah PENCEGAHAN. Tetapi ada jugak yang berdegil tidak mahu berpantang tetap dg cara pemakanan yg kurang sihat walaupun dah ada penyakit 3 serangkai, contohnya.
Kesal saya dengan SIKAP & TABIAT PEMAKANAN KURANG SIHAT MASYARAKAT. Emm.. bila agaknya nak berubah senario sekarang ni.
Mohon kebenaran untuk copy artikel diatas.
terima kasih.
January 30th, 2011 at 12:11 pm
Assalamualaikum…
Tujuan saya menulis di ruangan ini adalah kerana; saya berpendapat; salah satu kaedah membersihkan atau merawat organ yg rosak adalah dengan men-singkir-kan kotoran atau lendir lupus yg masih melekat di sekitaran dalaman badan. Contoh; penyebab hidung gatal, tersumbat, bersin atau ringkasannya resdung, adalah kerana terdapat lekatan lendir yg sepatutnya keluar dari tubuh tapi tak keluar. Ia tersekat. Lendiran ini (berupa kahak pekat kuning) adalah salah satu faktor kuman2 perosak melekat dan tidak dapat ‘di-rembes-kan’ ke saluran penghadaman. Setakat ni, saya telah mencoba satu kaedah yg begitu berkesan bagi menghapuskan lendiran tersekat ini, tidak kira betapa tebal sekalipun melalui kaedah traddisional yg berkesan dan selamat. Banyak lendir2 pekat keluar melalui hidung dan saluran najis selepas mengamalkannya. Rawatan ada di web page:
Rawatan mengeluarkan lendir, kahak, nanah dan kuman2 tersekat
Boleh jadi ia menjadi ‘advantage’ untuk menolong bahagian yg dijangkiti mendapat kesihatan semula. Lagipun, kerosakan sesebuah organ selalunya terjadi adalah kerana terdapat lekatan kuman. So, tak rugi mencuba. Thanks.