Simpan Duit dengan “SEBAB”

Filed under: Ilmiah

Alhamdulillah kita berpeluang untuk bertemu lagi dalam blog post minggu ini.

Hari ini orang mula sedar tentang kepentingan menyimpan. Oleh sebab itu kita dapati banyak institusi kewangan bersaing menyediakan plan-plan simpanan yang hebat untuk menarik pelanggan. Ini satu fenomena yang sangat baik kerana rancangan kewangan yang disediakan memudahkan kita memilih dan mengatur simpanan untuk hari tua. Ilmu tentang pengurusan kewangan juga disediakan oleh badan-badan tertentu untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menyimpan samada untuk kegunaan ketika kecemasan atau kegunaan hari tua. Apa pun alasan yang kita ada untuk membuat komitmen simpanan itu adalah tindakan yang sangat bijak.

Namun tahukah anda bahawa setiap sen yang kita simpan mesti mempunyai sebab yang kukuh. Apabila kita menyimpan dengan sebab yang betul-betul kuat simpanan itu akan kekal dan mampu digunakan atau dikembangkan kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah. Tetapi sekiranya anda tidak mempunyai sebab untuk simpanan tersebut, sekadar menyimpan untuk hari tua tanpa ada alasan yang kukuh atas kegunaannya, percayalah duit anda itu akan habis atau hilang tanpa anda sangka-sangka. Bawa bertenang, ikuti dahulu penjelasan saya sebelum anda membuat andaian.

Cuba anda lihat di sekitar anda, pasti anda pernah berjumpa dengan manusia yang pada suatu ketika dahulu kaya raya tetapi kini hanya mampu menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang tidak berharta malah bertambah buruk lagi dibebani hutang yang terlalu banyak. Kemana agaknya duit mereka yang bernilai jutaan ringgit itu pergi? Ada diantaranya gagal dalam perniagaan yang diceburi, ada yang terlibat dalam bencana, ada yang ditipu, ada yang habis tanpa disedari dan banyak lagi kejadian yang mereka alami.

Mungkin pada pendapat anda ia berlaku secara kebetulan atau itu adalah takdir yang telah ditentukan untuk mereka. Walau apapun persepsi yang anda buat tentang kejadian tersebut, tetapi yang nyatanya ia berlaku kerana mereka tidak mempunyai sebab yang betul-betul kukuh untuk menyimpan duit tersebut.

Secara teknikal dan menurut kajian yang telah dibuat, duit yang disimpan tanpa sebab yang kukuh mudah dipengaruhi oleh anasir negatif seperti penipuan, pelaburan yang merugikan, kegagalan dalam bisnes, kecurian dan lain-lain bencana.

Fenomena ini sama seperti kehidupan seorang manusia. Jika seseorang individu itu tidak tahu sebab atau ‘purpose’ dia hadir kedunia ini, kehidupannya akan mudah terpengaruh dengan gejala negatif. Individu begini biasanya kita kategorikan sebagai tidak mempunyai hala tuju kehidupan. Baiklah, saya ingin kongsikan dengan pembaca cara orang-orang kaya yang berjaya mengagihkan simpanan mereka dan meletakkan sebab yang kukuh untuk simpanan tersebut.

Samada kita inginkan kekayaan, inginkan kejayaan, inginkan kesihatan, atau apa sahaja keinginan kita, ia mesti jelas. Kalau inginkan kekayaan, kita mesti tahu berapa banyak jumlah kekayaan yang kita inginkan, RM1000, RM10,000, RM100,000 atau lebih. Kalau kejayaan menjadi matlamat, ia juga mesti jelas. Berjaya macam mana? Inginkan kenaikan pangkat daripada kerani kepada eksekutif, atau daripada ‘manager’ ke ‘senior manager’, atau ingin mendapatkan ijazah kepujian, atau master atau apa sahaja. Semua kehendak itu mesti jelas. Apabila kemahuan kita jelas, minda sedar akan menghantar isyarat kepada minda separa sedar untuk melaksanakan tindakannya. Begitu juga dengan simpanan, sebab menyimpan itu mesti jelas agar ia tidak hilang begitu sahaja.

Semua orang kaya di dunia ini mempunyai sebab yang cukup kukuh dengan simpanan yang mereka ada. Mereka membahagi-bahagikan simpanan mereka kepada beberapa bahagian untuk digunakan mengikut keperluan yang tertentu. Di sini saya kongsikan pecahan asas yang digunakan oleh mereka dalam menjana lebih banyak lagi kekayaan. Simpanan mereka dibahagikan kepada 5 bahagian utama. Anda boleh menukar keperluan tabungan mengikut kehendak anda. 10% untuk tabung pemberian (sedekah), 10% untuk tabung ilmu, 10% untuk pelaburan jangka pendek, 10% untuk jangka panjang dan 60% untuk keperluan semasa.

Kita boleh mulakan dengan kadar yang paling minima iaitu RM10.00 sehari atau seminggu atau sebulan, terpulang. Secara asasnya, simpanan tersebut dibahagikan kepada 5 buah tabung tidak kira apa pun jenis tabungnya. Pembahagian tabungan tersebut adalah seperti berikut:

10% – Tabungan Pemberian (sedekah) - RM1.00

10% -Simpanan Jangka Pendek – RM1.00

10% – Simpanan Jangka Panjang - RM1.00

10% -Tujuan Menuntut Ilmu - RM1.00

60% – Keperluan Tahunan - RM6.00

Tabung sedekah digunakan untuk membeli hadiah atau apa sahaja atas tujuan pemberian. Percayalah lebih banyak kita memberi lebih banyak yang kita akan dapat
Simpanan jangka pendek pula digunakan untuk menggandakan simpanan, misalnya melabur di saham amanah.
Simpanan jangka panjang lebih kepada penjanaan pendapatan pasif (passive income), contohnya simpanan ini digunakan untuk membeli tanah dan membuat rumah sewa, atau membeli rumah kedai yang telah siap untuk disewakan, atau apa sahaja yang boleh menjana pendapatan pasif.
Tabung ilmu digunakan untuk membayar yuran seminar atau membeli buku yang berkaitan dengan ilmu kewangan atau pembangunan diri.
Manakala keperluan tahunan pula untuk membayar segala cukai-cukai tahunan, pembiayaan yuran pengajian anak-anak, membayar duit pendahuluan rumah/kereta dan mungkin untuk membeli buku persekolahan anak-anak.

Mari kita lihat dengan kadar RM10.00 sehari sahaja, dihujung bulan tanpa anda sedari simpanan anda telah menjadi RM300.00. Fikirlah telah berapa banyak RM10.00 yang anda bazirkan tanpa tujuan. Hanya dengan kesedaran menyimpan sebanyak RM10.00 sehari, anda mampu memiliki simpanan RM3650.00 setahun. Percayalah, simpanan yang mempunyai sebab yang kukuh akan berkat dan bertambah tanpa anda sedari. Anda boleh gandakan simpanan bila ada kemampuan.

Pelbagai ilmu kami kongsikan di Seminar PERCUMA Evolusi Minda. Untuk keterangan lanjut dan jadual sila KLIK SINI.

Posted by admin on January 26th, 2010

Permalink

3 Responses to “Simpan Duit dengan “SEBAB””

  1. adzrollz Says:

    Apa yang penting…simpan wang..!!!
    sekarang dh start balik menabung,
    duit simpanan dulu habis camtu je,rugi lak rasenya.

    p/s:seminar percuma evolusi minda bila nak datang area kuantan lak?

  2. Yusmi Yusof Says:

    Setakat ni kami belum ada keluar dari KL untuk Seminar Edisi PERCUMA EM En Adzrollz.. :)

  3. Fiqh Says:

    SURAH AL BAQARAH

    2:265. Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat

    SELAMAT MENABUNG & MEMANFAATKAN PINJAMAN ALLAH KEJALAN YANG DI REDHAI ^.~

Leave a Reply

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting