Posted by admin on February 24th, 2010
Ilmu Tambahan di Kelas Susulan Bengkel “Siapa Aku”
Filed under: Umum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 20hb Feb 2010 lepas telah berlangsungnya kelas susulan Bengkel “Siapa Aku”. Untuk pengetahuan, kelas percuma ini dianjurkan untuk semua peserta bengkel 1, 2 dan 3 bagi tujuan memantapkan pemahaman peserta tentang pengisian bengkel.
Apa yang menarik tentang kelas ini, Dr. Hj. Mohd Arif iaitu salah seorang peserta bengkel yang hadir telah membangunkan satu modul hebat dari pengisan bengkel tersebut. Beliau merupakan seorang pakar motivasi pelajar dan kanak-kanak. Setelah meminta izin dari Puan Hajjah Arina, beliau telah sudi berkongsi ilmu dengan peserta yang hadir.

Alhamdulillah satu input tambahan yang sangat mengagumkan, hebat dan mantap. Tahniah kepada Dr. Hj. Mohd Arif. Kami di Evolusi Minda dan semua peserta yang hadir, mengucapkan terima kasih pada beliau. Pastinya semua peserta sangat bertuah pada hari tersebut.


February 25th, 2010 at 2:26 pm
Alhamdulillah… betul3…
sy sgt berbangga dpt menjadi peserta evolusi minda…
sesi follow up bengkel ari tu…
mmg sgt3 sgt3 sgt3 hebat!!!
alhamdulillah… segala puji hanya bagi Allah SWT…
“jika kita kenal baru kita tahu,
sepatutnya kita bersyukur dengan kurniaan Allah SWT”
“kerana Allah SWT kita wujud, kerana Allah juga kita kembali”