‘Berikan ROH’ Pada Bisnes Anda

Filed under: Tips Kejayaan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Evolusi
Alhamdulillah. Minggu ini saya ingin berkongsi satu input yang berlainan sedikit ceritanya dengan pembaca. Kali ini ceritanya agak kontroversi iaitu tentang ‘roh’ dalam bisnes. Jangan takut ini bukan cerita seram atau hantu, tetapi ia adalah satu fakta yang perlu ada dalam bisnes anda. Apa kaitannya ‘roh’ dan bisnes? Bagaimana nak berikan ‘roh’ dalam bisnes? Roh siapa yang nak diberikan? Amboi banyaknya persoalan yang timbul.

Kita tahu bahawa apabila disebut perkataan ‘roh’, pastinya ia berkait dengan kehidupan. Untuk mempastikan sesuatu benda itu hidup ia mesti ada roh. Tak kiralah, pokok ke, haiwan ke, organisma atau batu; pastinya ada roh. Malah apa sahaja yang ada disekeliling kita ini ada ‘roh’nya tersendiri walaupun ia tidak hidup secara umumnya.

Contohnya, kerusi yang kita duduk setiap hari, pastinya apabila ditukar dengan kerusi yang lain atau yang baru, kita akan terasa kelainannya. Atau; apabila kita cuba-cuba nak duduk atas kerusi bos kita, pastinya terasa seolah-olah dia (boss) akan tahu, walaupun pada hakikatnya tidak.

Contoh yang lain pula, sebuah lukisan yang dilukis dengan jiwa pasti akan menimbulkan satu perasaan bila kita merenungnya, atau sebuah tulisan yang ditulis dengan hati juga akan menghidupkan ‘roh’nya. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘roh’ dalam perniagaan.

Sesebuah perniagaan yang mempunyai ‘roh’ akan nampak ceria, nampak aktif, pekerja yang terlibat di dalamnya sentiasa riang, perniagaan itu sendiri, berdaya maju, berdaya saing, mampu membesar dan maju dengan baik. Namun bagi sesebuah perniagaan yang tidak memiliki ‘roh’ akan kusam, mundur, pekerja di dalamnya sentiasa tension, banyak masalah dalaman dan yang paling sedih keadaannya seolah-olah ‘hidup segan mati tak mahu’. Apa sebenarnya ‘roh’ ini?

‘Roh’ yang dimaksudkan adalah rangkuman daripada semangat, tenaga fokus, impian, ‘determination’, momentum, kreativiti dan minat yang ada pada tuan empunya perniagaan tersebut. Tahukah anda tanpa roh ini sebenarnya amat susah bagi sesebuah perniagaan untuk terus hidup dan berjaya. Perniagaan yang tidak ada roh di dalamnya akan menghadapi pelbagai permasalahan dalam menjalankan aktivitinya setiap hari.

Sebagai tuan empunya perniagaan, anda perlu tahu bagaimana untuk memberikan ‘roh’ pada perniagaan anda. Keadaan ini sama sahaja seperti kita menonton sebuah drama yang tiada karektor di dalamnya. Pastinya drama tersebut hambar dan tidak menimbulkan minat bagi kita untuk terus menonton. Dalam apa situasi sekalipun roh penting dalam menentukan hala tuju dan kemajuan serta kejayaan sesebuah perniagaan. Untuk memastikan keadaan ini, pemilik perlu meletakkan ‘tenaga fokus’ yang tinggi pada perniagaannya. Selain itu, dia juga harus memastikan momentum perniagaannya sentiasa berterusan. Apa yang paling penting, minat dan ketekunan pemilik dalam mempastikan perniagaannya mampu berjalan dengan lancar. Hubungan baik dengan pekerja dan pelanggan perlu dititik beratkan. Berikan tenaga pada perniagaan tersebut dengan sentiasa bersikap positif dan berfikiran terbuka.

Minat memainkan peranan yang sangat utama dalam kejayaan sesebuah perniagaan. Perniagaan yang memiliki ‘roh’ yang kuat adalah perniagaan yang terhasil atas dasar minat pemiliknya terhadap perniagaan tersebut. Apabila minat ada, pastinya tiada tekanan terhadap pemilik perniagaan. Apabila tiada tekanan pastinya pemilik akan sentiasa mampu melahirkan idea-idea kreatif dalam usaha memajukan atau mempromosikan perniagaannya. Perniagaan tersebut pastinya akan terus hidup dan berkembang dengan jayanya.

Perniagaan yang memiliki ‘roh’ yang kuat amat sukar untuk disaingi atau ditumbangkan kecuali pesaing tersebut juga memberikan ‘roh’ yang lebih kuat pada perniagaannya. Walau bagaimanapun, jangan takut, kerana perniagaan yang memiliki ‘roh’ di dalamnya tidak akan mudah gagal, kecuali pemiliknya sendiri mula berhenti memberi ‘roh’ ke dalam perniagaan tersebut.

Premis perniagaan yang memiliki ‘roh’ ini, akan sentiasa meriah dengan kunjungan pelanggan. Manakala pelanggan pula berasa suka untuk ke premis perniagaan tersebut. Kunjungan pelanggan yang tidak putus-putus ini mencipta tenaga yang berterusan, dan tenaga inilah yang mempastikan perniagaan tersebut sentiasa maju.

Bukan tujuan saya di sini untuk mempromosikan mana-mana bisnes, cuma kita ambil sebagai contoh untuk lebih memahami situasi. Perniagaan yang mampu kita contohi adalah perniagaan SATE KAJANG HJ SAMURI. Perniagaan ini bermula dengan niat dan fokus yang tajam dari pemiliknya iaitu Y. Bhg Dato’ Haji Samuri bin Juraimi. Dari asalnya hanya kandar sate dan berjaja dari rumah ke rumah, kini Sate Hj Samuri mampu membuka franchise dan dikormesilkan hingga ke tahap yang ada pada hari ini. Saya amat yakin dengan ‘roh’ yang ditanam oleh pemilik dan fokus serta momentum yang berterusan oleh pihak pengurusan, bisnes sate ini mampu pergi lebih jauh hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Oleh yang demikian, marilah kita pastikan setiap perniagaan yang kita ceburi harus diberikan ‘roh’ di dalamnya. Hal ini bukan sahaja menjamin kejayaan perniagaan tetapi ia juga mempastikan agar perniagaan yang dibina berkekalan. InsyaAllah.

Evolusi Minda sentiasa kongsikan ilmu dengan umum. Dapatkan pendedahan ilmu minda separa sedar, metafizik, tips-tips kejayaan dan perkaitan minda & wang secara PERCUMA di Seminar PERCUMA Evolusi Minda. >Klik Sini< untuk keterangan lanjut, jadual dan berdaftar secara online.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Posted by admin on February 28th, 2010

Permalink

4 Responses to “‘Berikan ROH’ Pada Bisnes Anda”

  1. K.Shah Says:

    Salam Arina dan Yus,

    Sesuatu yg tak terfikir oleh k.shah pasal tajuk diatas memainkan peranan yg penting dalam dunia perniagaan. Memang sedar akan keujudan ‘roh’ atau ‘batin’ dalam apa jua mahluk atau kejadian alam Allah ini, tapi kita sering terlepas pandang hal2 seperti ini. terima kasih kerana menyedarkan kembali diri k.shah akan kekuatan ‘roh’ ini dalam perniagaan. selamat maju jaya.

  2. zaharey at kerja dari rumah Says:

    Ini satu lagi sumber inspirasi bagi saya.
    Mungkin ada 2 jenis roh. Kalau kita jalankan bisnes dengan penuh ikhlas maka roh baik akan muncul tapi kalau jalankan bisnes tanpa keikhlasan maka roh jahat akan muncul. Sekadar menambah pendapat:)

  3. nuranbos Says:

    Benar. Kita akui bahawa sesuatu pekerjaan dengan hati ada rohnya. Keikhlasan menambah cahaya dan kecemerlangan perniagaan. Roh dalam perniagaan dan pekerjaan memang tak siapa pandang. Kalau ada pokok yang dikatakan ada penunggu senang2 je percaya.

  4. Yakup Ibrahim ( Miri, Sarawak) Says:

    Roh dalam perniagaan…penghayatan perniagaan tersebut…msesti ada feelingnye baru ada ummmh.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting