‘Value Energy’ vs ‘Money Energy’

Filed under: Ilmiah, Tips Kejayaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

“More Values for Money… kita akan pastikan, rakyat dapat lebih nilai dari wang dikeluarkan”. Begitulah seruan kerajaan. Saya tak nak cakap hal politik di sini. Sebenarnya tulisan saya minggu ini tentang value atau dalam bahasa dipanggil nilai.

Bagi sesiapa yang baru mengikut blog ini atau tulisan saya. Janganlah pula terkejut. Sebenarnya blog ini bukan blog ekonomi ataupun usahawan. Evolusi Minda tetap dan masih perkongsikan ilmu-ilmu minda. Tapi kita perlu tahu bahawa usahawan-usahawan besar dunia sudahpun guna ilmu minda dan ilmu usahawan untuk mengawal pasaran dunia. Jadi tak salah jika kita ada kesedaran ilmu usahawan.

Pembaca yang saya muliakan.
Value adalah satu perkara yang subjektif. Ia boleh jadi susut atau pasang; turun atau naik; mengikut kehendak pasaran. Boleh dikatakan value ini sama cair seperti juga wang. Terdapat 3 perkara asas yang memperngaruhi value, iaitu ; keperluan, kehendak dan kepercayaan.

Value dalam Jenama
Contohnya jenama kereta seperti Mazda. Jika anda beli kenderaan ini di Malaysia, bayar sahaja deposit dan lekat sahaja nombor plat. Harganya mungkin akan turun 15%-20%. :) Mungkin tidak berlaku pada kereta buatan Jepun yang lain seperti Toyota atau Honda. Tapi tahukah anda pada tahun 2009, Mazda merupakan kereta import yang mendapat jualan tertinggi di Australia. Value adalah sesuatu yang bergantung pada kehendak masyarakat setempat. Jika tinggi permintaan maka tinggi juga nilainya.

Value Mengikut Zaman
Value juga boleh berubah-ubah mengikut era dan masa. Value sebuah I-Pod pada seorang anak muda 22 tahun tidak sama dengan seorang bapa yang berumur 53 tahun. Kini seorang kanak-kanak 8 tahun tidak mendengar rentak lagu yang sama dengan abangnya yang berumur 18 tahun. Semua ini mempengaruhi kehendak pasaran dan secara langsung mempengaruhi turun naik nilai.

Dalam zaman globalisasi dan kepesatan teknologi hari ini, kehendak pasaran sangat mencabar. Pengurus pemasaran syarikat gergasi tidak duduk diam dan sentiasa memikirkan cara-cara terbaru meningkat value produk mereka dalam pasaran. Terutama mereka yang terlibat dalam industri yang pantas seperti kosmetik, telemunikasi, komputer dan fesyen.

Saya rasa dengan beberapa contoh dan cerita di atas, anda dapat mengetahui bahawa nilai atau value ini sangat penting dalam perniagaan. Value ini umpama tenaga yang membolehkan wang datang secara berterusan. Apabila tenaga value ini selari dengan kehendak dan keperluan masyarakat. Anda tidak perlu risau, pastinya kejayaan dan kekayaan dalam genggaman. InsyaAllah.

Walau bagaimanapun sebagai peniaga anda perlu bina value dalam setiap produk anda. Tidak kiralah apa jua barangan yang anda jual samada nasi lemak, produk kelangsingan badan, ubatan mahupun bidang perkhidmatan. Anda perlu bina value dalam produk tersebut. Pilih jenama yang sesuai dan hebat. Serlahkan kelainan produk anda yang menyebabkan semua orang perlu berlanggan dengan anda. Dapatkan testimonial pelanggan dan bina kepercayaan masyarakat kepada produk anda.


InsyaAllah jika anda mula berniaga dengan teknik di atas. Pastinya anda nampak perubahan positif dalam perniagaan tersebut kerana tenaga yang dinamakan value telah menyerap masuk dalam produk anda. Ia mampu memanggil pelanggan dan mereka sanggup mengeluarkan wang bagi mendapatkan produk tersebut.

Peniaga yang bijak tahu apa yang dikehendaki oleh masyarakat. Jika dia seorang pengusaha pakaian, beliau tahu warna, fesyen dan fabrik yang diminati dan mempunyai permintaan. Apakah konsep kedai pakaian yang disukai pelanggan? Siapa sasaran? Umur, jantina kualiti dan harga? Semua ini jelas. Tenaga minda seorang peniaga perlu lebih tinggi dari pelanggan, barulah beliau dapat kenal pasti pasaran.


Minda peniaga yang hebat mampu menjual satu batang pen yang pernah digunakan oleh arwah datuknya dengan 30 kali ganda kerana sentimental value-nya. Minda seorang designer yang hebat mampu mencipta produk yang kekal lama value-nya dalam pasaran seperti selipar jepun. Hari ini kita masih guna selipar jepun untuk mengambil air sembahyang di masjid atau surau. Bayangkan sudah berapa dekad produk ini berada dalam pasaran, tetapi masih ada permintaan. Fikir-fikirkan. :)

Evolusi Minda sentiasa kongsikan ilmu dengan umum. Dapatkan pendedahan ilmu minda separa sedar, metafizik, tips-tips kejayaan dan perkaitan minda & wang secara PERCUMA di Seminar PERCUMA Evolusi Minda. >Klik Sini< untuk keterangan lanjut, jadual dan berdaftar secara online.

Yusmi Yusof
Pengurus Evolusi Minda

Posted by admin on March 15th, 2010

Permalink

4 Responses to “‘Value Energy’ vs ‘Money Energy’”

  1. CikguTaufiq Says:

    Dalam Surah Al Fathir ada menjelaskan..

    35:29. Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi,

    kebijkasanaan dalam merancang sesuatu, dalam segala hal yang kita ingin lakukan memberi keuntungan dalam jangkamasa yang panjang di dalam kehidupan..malah berkekalan sehingga boleh di dujadikan bekalan…

  2. zah Says:

    Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

    Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.
    Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

    Apabila ditanya, jawabnya…
    Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

  3. Nazri Kuantan Says:

    hm…
    semalam baru balik dari seminar puan..
    retasa begitu bersemangat sekali..
    teriam kasih Puan, En Yusmi, Cikgu Taufik dan rakan2 peserta..
    #######################
    Terima ksih buat kak zah yang share kan ttg strategi sahabat Rasulullah Abd Rahman Auf…
    Amat berguna buat perjalanan saya sebagai usahawan nanti..

  4. arcy Says:

    rsa nye bkn pniagaan unta tu,dia mniaga tamar..cba check blk sirah..
    wallahualam

Leave a Reply

*
= 5 + 2

CommentLuv badge
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting