Posted by admin on March 29th, 2010
Demo-Minda Separa Sedar
Filed under: Ilmiah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar pembaca sekalian? Agak lama saya tidak menulis di blog, bukan apa sibuk dengan persediaan untuk beberapa modul baru. Baiklah untuk pembacaan minggu ini saya ingin kongsikan tentang kehebatan minda separa sedar dan kepentingan fokus dalam mempengaruhi tindakan kita. Para pembaca boleh melakukan praktikal ini sendiri dirumah. Apabila anda mudah melakukannya, ini bererti fokus anda telah mula tajam. Fokus yang tajam amat perlu untuk berjaya dalam apa juga bidang, tidak kira dalam bidang kerjaya, pelajaran mahupun perniagaan.

Baiklah, mari kita buat teknik ini. Pertama sekali anda perlu duduk dalam keadaan tenang. Tarik nafas dan lepaskan nafas anda perlahan-lahan. Lakukan teknik pernafasan itu beberapa kali sehingga anda mula berasa tenang.
Kemudian depakan tangan anda (Langkah 2) dan rapatkan kedua-duanya(Langkah 3). Niatkan di dalam fikiran anda bahawa tangan kanan anda lebih panjang daripada tangan kiri.

Fokuskan pada niat anda dan yakin atas niat tersebut. Depa dan rapatkan tangan anda beberapa kali sehingga anda dapati bahawa tangan kanan anda melebihi panjang tangan kiri anda. (Ulangi langkah 2 dan langkah 3 beberapa kali). Jika anda cukup tenang dan fokus, anda boleh dapat hasilnya seperti gambar di bawah. Jangan takut dengan demonstrasi ini, ia hanya bersifat sementara.


Demonstrasi ini bertujuan untuk membentuk fokus dan menunjukkan bahawa minda separa sedar mampu melakukan apa yang di fikirkan oleh pemiliknya. Melalui demonstrasi ini kita juga akan lebih faham bagaimana hendak mengawal fokus dan minda separa sedar. Anda juga boleh menukar arahan kepada tangan kiri. Jika dilakukan dalam kumpulan ia akan menjadi lebih seronok.
Apabila seseorang itu semakin kerap mempraktikkan teknik ini ia mampu meningkatkan daya tumpuannya. Ia juga membuktikan bahawa minda mampu mempengaruhi tindakan. Sebenarnya seseorang individu itu mampu mengawal kehidupannya dengan syarat dia faham dan yakin dengan apa yang diinginkan dalam dirinya. Kehendak atau lebih tepat lagi ‘purpose’ (sebab) yang betul-betul ‘genuine’ (tulen) mampu mengatasi sebarang rintangan. Apabila sebab anda cukup kuat untuk membolehkan anda memiliki apa yang diinginkan dengan keyakinan yang tiada berbelah bagi, insyaAllah ia pasti menjadi kenyataan.
Kekuatan minda separa sedar ini amat sukar untuk diyakini oleh ramai orang. Namun semua orang yang berjaya tidak kira dalam kerjaya ataupun pelajaran ataupun perniagaan semuanya berpunca daripada minda separa sedar samada secara mereka meyedarinya ataupun tidak. Antara anugerah yang hebat yang Allah berikan kepada manusia adalah kekuatan minda separa sedar. Kemampuan memiliki apa sahaja yang diingini bergantung kepada kekuatan minda separa sedar seseorang individu.
Namun apa yang menghalang manusia daripada mendapatkan segala yang dingin dan diimpikan adalah perasaan tidak yakin dengan permintaan. Ramai yang bertanya pada saya bagaimana untuk mendapatkan keyakinan. Ianya sesuatu yang subjektif, agak sukar untuk di jelaskan tetapi mampu dimiliki apabila seseorang itu memahami maksud sebenar yakin. Sebenarnya keyakinan lebih mudah terasa apabila tahap kesihatan individu itu baik. Apa yang dimaksudkan dengan tahap kesihatan yang baik adalah dengan menjaga pemakanan. Kebanyakkan orang tidak tahu hubungkait kepentingan menjaga pemakanan dan kejayaan. Hal ini diakui oleh mereka yang telah berjaya. Rata-rata insan yang berjaya dan ternama menjaga pemakanan mereka.
Kami di Evolusi Minda memperkongsikan pelbagai ilmu kejayaan kepada peserta. Pelbagai teknik dan tips diberikan untuk memastikan peserta mampu mendapat yang terbaik daripada seminar kami, insyaAllah.
Anda juga dijemput menghadiri Seminar PERCUMA Evolusi Minda. Seminar yang berlangsung hampir 3 jam ini, kami kongsikan ilmu kuasa minda, ilmu minda separa sedar, metafizik dan tips-tips kejayaan. Anda boleh >KLIK SINI< untuk rujuk jadual dan mendaftar secara online.



