Pemikiran Logik dalam Kehidupan

Filed under: Ilmiah

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Evolusi,

Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dalam blog post minggu ini. Apa khabar pembaca budiman? Saya sentiasa mendoakan agar pembaca berada dalam kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Minggu ini saya ingin berkongsi dengan pembaca satu topik yang tidak kurang penting dalam menguruskan kehidupan seharian. Kehebatan minda separa sedar mengatasi pemikiran logik.

Manusia secara umumnya begitu taksub dengan pemikiran logik. Setiap perkara yang dilakukan harus bersandarkan kepada pemikiran logik. Andaikata ia sedikit tersasar mereka akan bertanya, “Logik ke kalau buat macam tu?” atau ayat lain yang sering kita dengar, “Tak logik la kamu cakap ni”. Pada pendapat kebanyakkan manusia untuk melayari kehidupan, berfikir secara logik amat perlu dan penting sebab sesuatu perkara yang tidak logik pada pemikiran mereka akan dianggap pendapat orang bodoh. Malah sehingga suatu tahap ada juga pendapat yang tidak menggunakan pemikiran logik dianggap kurang waras.

Namun pembaca budiman sekalian, mari kita telusuri perjalanan kehidupan yang kita jalani sejak dari zaman kanak-kanak sehinggalah hari ini zaman millenium. Kalau umur saya kini telah lebih 40 tahun melayari kehidupan. Sepanjang itu pelbagai perkara dan situasi yang berlaku diluar batas pemikiran logik. Mungkin pembaca budiman juga ada pengalaman yang sama seperti yang telah saya lalui.

Pada zaman kanak-kanak kita merasakan rumah yang memiliki set telefon hanyalah mereka yang kaya dan telefon melambangkan kemewahan. Hari ini anak-anak di tadika juga memiliki telefon. Telefon merupakan alat komunikasi yang amat penting dalam kehidupan seharian. Andaikata telefon bimbit kita tertinggal kita sanggup patah balik demi untuk mengambil telefon yang tertinggal itu.

Telefon misalnya tercipta bukan daripada pemikiran logik. Ia tercipta daripada sebuah impian dan imaginasi yang tercetus di minda separa sedar. Pencipta telefon memulakan penciptaannya dengan satu impian dan imaginasi yang dipercayai oleh dirinya sendiri. Dia tidak mempedulikan samada orang lain percaya atau tidak tetapi yang pasti dia mempercayainya. Tiada langsung pemikiran logik masuk dalam permulaan penciptaan tersebut. Yang cuma ada ketika itu adalah kemahuan yang tinggi, keputusan yang betul, nampak ianya berhasil dengan jayanya, yakin pada diri sendiri dan komitmen yang tiada berbelah bagi.

Hari ini penciptaan telefon telah melangkaui batas pemikiran sedar, dalam sebuah alat telefon hari ini terdapat kamera, radio, internet, malah ada peralatan yang kini dilengkapi dengan perisian pejabat bagi memudahcara pengguna menjalankan tugasan. Kalau setakat ingin ‘video conference’ sudah tidak menjadi masalah lagi. Sahabat yang di luar negara mampu melihat kita secara langsung hanya dengan kemudahan 3G. Dunia dirasakan semkain kecil dan dekat.

Bagi menjayakan keajaiban ini tiada pemikiran logik yang diperlukan. Pemikiran logik hanya perlu tatkala melakukan urusan teknikal. Begitulah sebenarnya menguruskan kehidupan dengan cara yang betul. Sebenarnya untuk berjaya dalam kehidupan seseorang manusia itu harus menggunakan minda separa sedarnya tanpa dihadkan oleh pemikiran logik. Pemikiran logik hanya perlu tidak lebih daripada 10% dalam pengurusan kehidupan.

Mari kita lihat kejayaan Bill Gates menjadi billionaire dalam kehidupannya. Logikkah seorang yang ‘drop-out’ (Havard University-1975) daripada kolej mampu menjadi billionaire? Kalaulah difikir menggunakan pemikiran logik, pasti jawapannya tidak. Namun penggerak utama beliau mencapai impian adalah kepercayaan dan keyakinan di atas imaginasi yang beliau cipta di dalam minda separa sedarnya. Begitu juga semua kejayaan yang terdapat di dunia ini merupakan hasil imaginasi dan keyakinan serta kepercayaan yang tiada berbelah bagi. Kehebatan minda separa sedar dalam mencipta kejayaan gemilang sememangnya tidak sampai jika difikirkan menggunakan akal logik.

Hal yang sama juga sebenarnya boleh dikaitkan dengan penyebaran Islam di atas muka bumi ini. Banyak kejadian yang berlaku semasa Islam berkembang tidak boleh diterima dengan pemikiran logik. Pperistiwa Israk dan Mikraj contohnya; bagi mereka yang terlalu mementingkan akal logik akan menafikan perkara ini. Hanya keyakinan sahaja dapat merestui. Tetapi begitulah, Allah sebenarnya ingin memberitahu manusia bahawa terdapat satu kuasa yang jauh lebih hebat daripada akal logik. Keyakinan adalah kuncinya

Tidak dinafikan manusia memerlukan pemikiran logik tetapi seperti yang saya katakan di para atas ianya tidak melebihi 10%. Ianya digunakan untuk memastikan kehidupan teratur dan nampak lebih bertamadun. Sebagai contoh manusia perlukan rumah untuk tempat tinggal dan membina keluarga. Ia menunjukkan manusia itu telah bertamadun dan semakin maju, berbanding dengan manusia purba yang menetap di dalam gua-gua batu. Namun dalam tercetusnya idea membina rumah tetap bermula daripada imaginasi dan proses mambangunkan imaginasi tersebut.

Para pembaca budiman, penggunaan akal logik yang berlebihan sebenarnya menghadkan kemampuan manusia untuk terus maju dan menikmati kehidupan dengan lebih selesa. Pemikiran logik juga sebenarnya mengakibatkan manusia kurang yakin dengan Allah dan menjadikan mereka takut untuk berkarya.

Jika  ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan, anda dijemput untuk hadir ke Seminar PERCUMA Evolusi Minda yang berlangsung hampir setiap minggu. Anda boleh >Klik Sini< untuk  rujuk jadual dan berdaftar secara online.  Di seminar hampir 3 jam ini kami akan kongsikan ilmu minda separa sedar, metafizik dan tips-tip kejayaan.

Posted by admin on April 7th, 2010

Permalink

8 Responses to “Pemikiran Logik dalam Kehidupan”

  1. adzrollz Says:

    satu perkongsian yang membuka minda
    terima kasih

  2. Yakup Ibrahim ( Miri, Sarawak) Says:

    Fikiran Logik jika bertemu yang tak logik tak difikirkan atau diusahakan ditinggalkan macam tu tak terus untuk menggapainya, tak logik tu difikirkan atau diusahakan oleh minda separa sedar untuk ianya dimeterilisasikan dan direalisasikan…Usaha tanpa henti,tanpa jemu tak kisah orang kata apa serta dengan imiginasi yang betul…saya fikir ini lah formula untuk terus berjaya jadi bilionaire…macam Bil Gate tu…ini cuma pandanagan saya …Salam Pn. Hajah Arina , ingat tak saya sembang pada waktu malam di hotel LimeTree kuching pada Julai 2009

  3. dudin Says:

    Terima kasih atas perkongsian ilmu yg sgt menarik..
    kena berani untuk jadi mat jenin moden..

  4. puan hajjah arina abbas Says:

    salam,

    alhamdulillah adzroll, saya rasa gembira apabila perkongsian saya mampu dimanfaatkan oleh pembaca sekalian, ia mendorong saya menulis lagi :-)

    ya, saya ingat dengan en yakup. Apa khabar org mpob? Sebenarnya ramai yang faham teori tetapi apabila melakukan praktikal ramai yang separuh jalan :-)

  5. Ayu Says:

    Salam Pn Hajjah Arina,

    Saya selalu jugak membaca post pn.. tp ini kali pertama ingin meninggalkan komen.. hehe.. :D
    Saya suka post2 puan dan kalau puan masih ingat saya pernah berbalas email dgn puan beberapa kali hjg thn lepas.. saya masih simpan email puan yang terakhir, yg sedikit sbnayak mnyedarkn saya…
    Alhamdulillah skang saya sdh berada di Australia utk smbg pengajian saya..
    InsyaAllah saya akn sntiasa mencari dan mengamalkan ilmu kuasa minda, dan salah satu sumber bacaan saya adlh blog puan ini… :)
    Jika hjg thn lepas saya tidak pasti samada ingin mghadiri seminar puan, tapi sekarang, saya tercari2 masa, peluang dan rezeki utk ke sana…
    InsyaAllah, suatu hari nanti… ^_^
    Teruskn menulis puan terutama utk org2 jauh (jarak yg mghalang utk ke seminar puan)… :)

  6. Puan Hajjah Arina Abbas Says:

    W’salam Ayu,
    Ingat masih ingat lagi.. Macam mana sekarang? Harapnya lebih bersemangat dan suksess selalu

    P/s Maaf ayu kerana lambat reply :)

  7. Ayu Says:

    Assalamualaikum puan,

    Tak sangka pula puan masih igt saya.. hehe..
    Alhamdulillah, saya boleh adapt dgn suasana belajar di sini. dan sekarang saya sudah pun mmulakan langkah pertama keluar dr comfort zone utk capai impian saya. Walaupun apa yg saya buat ini tidak akan dlakukan oleh mana-mana shabat sebaya terutama kwn2 satu degree ini, sy beranikn diri mulakan jugak. dari 2 thn yg lepas sy minat online biz n skang sy dh mulakn lngkah pertama. d samping sibuk dgn assignmnt n exam yg smmgnya lgsg tiada kaitan dgn IT/bisnes, sy cuba cari masa belajar dgn lbh serius utk on9 biz nih. Sy lbh kpd langkah2 brhati krn takut gagal walaupun sy tau sy akn blaja lbh dr kegagalan. Berusaha mngurangkn risiko kegagalan sbnarnya.. hehe… bersama peningkatan usia dan ilmu, InsyaAllah saya akn berusaha utk lebih yakin. :)

    p/s: teringin mnjadi slh seorg peserta EM, nnti dpt follow up dr puan ek?

  8. free movies online Says:

    Top site, I had not noticed evolusiminda.com before in my searches!
    Carry on the superb work!

Leave a Reply

*
= 5 + 0

CommentLuv badge
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting