Aura & Medan Tenaga Elektromagnetik Tubuh Badan

Filed under: Ilmiah

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Evolusi,

Pembaca yang dikasihi apa khabar minggu ini? Saya yakin anda sentiasa ceria dan bahagia dalam melayari kehidupan seharian. Ada yang bersedih? Hmm, kenapa agaknya anda bersedih? Sebenarnya perasaan yang kita alami hanyalah merupakan cetusan dan terbitan yang kita cipta. Seperti kita melihat sebuah peta, sebenarnya sebuah peta tidaklah mewakili sempadan sesebuah negeri. Ia hanya menunjukkan situasi dan keluasan kawasan tersebut tanpa sebarang ikatan sah kepada kawasan asal.

Begitu juga dengan perasaan kita, kita bersedih bukanlah kerana kita seorang penyedih tetapi kita berada dalam situasi atau kawasan kesedihan. Kita sebenarnya mampu keluar daripada kawasan tersebut jika kita memasuki kawasan kegembiraan. Tak faham? tidak mengapa, nanti suatu hari saya akan menulis post blog yang berkongsi info tenang perkara tersebut. Minggu ini saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca tentang medan elektromagnetik badan kita atau lebih dikenali sebagai aura.

Bila sebut medan elektromagnetik ramai yang tertanya-tanya apakah bendanya itu, tetapi bila diringkaskan kepada aura, ramai yang tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala kerana sudah faham :-) . Pada suatu ketika dahulu ramai yang bercerita tentang aura dan ramai yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan aura. Apa agaknya aura itu dan bagaimana ianya terjadi?

Pembaca budiman, tubuh badan kita sebenarnya telah direka  oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.

Mungkin ada pembaca yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.

Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura. Apa kegunaan lingkaran tenaga ini. Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Kita selalu mendengar orang berkata, orang-orang hebat memiliki aura yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat dalam bidang yang kita ceburi.

Contoh gambar aura yang diambil mengguna ‘Kirlin Photograph’.

Baiklah di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan aura atau lingkaran tenaga elektromagnetik yang hebat. Seperti yang telah saya kongsikan di atas tadi, medan tenaga ini bermula daripada kelenjar pineal atau ubun-ubun di bahagian atas kepala dan bercantum semula dihujung tulang sulbi. Tips yang pertama yang perlu pembaca ambil perhatian adalah menjaga kekuatan kelenjar pineal dan tulang sulbi. Mari kita lihat fungsi kelenjar pineal dan tulang sulbi pada manusia.

Kelenjar pineal menjaga kekuatan semangat dan kekuatan keyakinan kepada manusia. Apabila kelenjar pineal ini lemah maka seseorang manusia itu akan menjadi lesu, tiada mood. Bayangkan apa akan terjadi pada individu yang lesu, lemah dan sentiasa tiada mood. Pastinya prestasi kerjanya akan terganggu dan dia tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan potensi dirinya.

Ok, sekarang kita lihat pula fungsi tulang sulbi. Tulang sulbi menjaga darah, otot, tulang, saraf, usus. Jika tenaga tulang sulbi ini lemah seseorang manusia itu akan mudah diserang penyakit yang berkaitan dengan darah, seperti darah tinggi, leukimia, kebas, cirit-birit, buasir, sembelit, kekejangan, hilang deria sentuh. Bila dilihat pada penyakit yang terhasil daripada kelemahan struktur tulang sulbi, secara automatik kita boleh mentafsirkan bahawa mereka ini adalah orang yang pastinya tergolong adlam kumpulan yang tidak produktif.

Jadi secara umumnya untuk seseorang itu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya tumpuan yang serius haruslah diberi kepada kekuatan tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi. Itulah juga sebab mengapa kini terdapat banyak produk aura atau tenaga di pasaran. Produk-produk ini secara tidak langsung membantu individu meningkatkan aura atau tenaga lingkaran elektromagnetik badan. Selain itu, menjaga pemakanan adalah amat penting dalam mempastikan tahap tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi kuat.

Lingkaran tenaga elektromagnetik atau energy fluks amat sensitif. Ia boleh berubah-ubah mengikut daya pemikiran seseorang dan getaran denyutan jantung. Ini bermakna, apabila seseorang itu, tidak tenteram atau kerisauan, atau ketakutan, maka lingkaran tenaga atau fluksnya akan terganggu. Itulah sebab utama mengapa kekuatan organ-organ yang terlibat harus di ambil berat.

Apabila seseorang individu itu memiliki tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi yang kuat, percayalah dia mampu berada di tahap kegemilangan yang diimpikan oleh semua manusia. Begitulah sebenarnya bagaimana seorang manusia itu berbeza dengan seorang manusia yang lain. Sebenarnya perbezaan itu tidak perlu terjadi bila semua manusia tahu dan mengambil berat menjaga kekuatan lingkaran tenaga atau energy fluks mereka.

Jika  ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan, anda dijemput untuk hadir ke Seminar PERCUMA Evolusi Minda yang berlangsung hampir setiap minggu. Anda boleh >Klik Sini< untuk  rujuk jadual dan berdaftar secara online. Seminar hampir 3 jam ini kami kongsikan ilmu tentang tenaga,  ilmu minda separa sedar, metafizik dan tips-tip kejayaan. Kami jelaskan perkaitan secara langsung ilmu-ilmu tersebut dengan kehidupan / kejayaan. Anda  juga berpeluang bertanya Puan Hjjh Arina jika ada sebarang kemusykilan.

Gambaran Sekitar Seminar PERCUMA Evolusi Minda.


Posted by admin on April 13th, 2010

Permalink

4 Responses to “Aura & Medan Tenaga Elektromagnetik Tubuh Badan”

  1. rossa Says:

    Fantastic sharing… Thank you… <3 <3 <3…

  2. Muhammad Nurani Maarif Says:

    Artikel yang hebat. Walaupun ringkas saya dapat memahaminya. Terima kasih atas sharing ini. Saya mengikuti penulisan Pn. Hajjah dan journey ini semakin jauh dan fantastik, tahniah.

    Setakat ini hanya penulis Barat yang membuat ulasan aura & lingkaran elektromagnetik ini. Kita muslim memerlukan hujah sains & logik bg membongkar keyakinan org yang tidak yakin. Bukan semua orang dapat merasa jelira (seronok) dgn membaca al Quran (kerana kurangnya iman). Dan ada ketika kita memerlukan hujah dari posisi ini sains & logik.

    Kini saya faham mengapa zikir & yoga dibuat pada posisi duduk – kerana poin akhir tenaga tamat di area kelenjar pineal dan berlaku contact langsung area hujung ini dengan bumi. Barangkali berlaku proses recharging. Saya juga takjub dgn kejadian tubuh biologikal manusia yang muncung keatas kepala seolah-oleh membentuk antena dan reciver bagi doa, wallahualam. Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik kejadian.

  3. Muhammad Nurani Maarif Says:

    Pembetulan: Opps, maaf bukan tamat di kelenjar pineal tapi di tulang sulbi. Kata guru saya tulang itu ibarat mikro chip ketika kiamat semua akan musnah kecuali tulang sulbi manusia. Ketika manusia dibangkitkan maka tulang sulbi ini akan menjana tubuh manusia yang baru jika orang itu beriman maka tubuhnya akan dibina dari cahaya tetapi jika orang itu dikalangan mujrimin-berdosa dia akan dibina dengan tubuh haiwan yang hina seperti anjing, babi dan serigala. Dia mengenali orang tetapi orang tidak mengenalinya. Dulu mikro chipnya duduk dalam PC Acer tapi telah dipindahkan ke Laptop Dell. Hanya satu sharing mudah-mudahan bermanfaat. Doa untuk Pn Hajjah dan Bro Yusmi. Moga suksess dan sihat selalu.

  4. Evolusi Minda » Blog Archive » Latihan ‘Chi Ball’ atau ‘Bola Tenaga’ Says:

    [...] serius, minggu ini mari kita santai-santai sedikit. Seperti yang pernah saya ceritakan dalam post blog yang lepas, badan kita mempunyai tenaga elektromagnetik. Namun ada pembaca yang tertanya-tanya betul ker ada [...]

Leave a Reply

*
= 5 + 9

CommentLuv badge
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting