Fahami & Kenali Minda Anda

Filed under: Ilmiah

Assalamualaikum & Salam Evolusi,

Minda merupakan topik bualan yang paling hangat akhir-akhir ini. Kemana sahaja anda pergi pasti ada sahaja yang bercakap tentang minda. Dengan minda seseorang itu mampu membengkokkan sudu. Dengan minda seseorang itu mampu terapung daripada kerusi. Dengan minda seseorang itu mampu berjalan atas bara api dan banyak lagi keajaiban yang mampu dilakukan dengan kuasa minda.

Begitu ramai yang bercerita tentang kuasa minda. Semua orang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat atau memiliki kuasa minda. Pelbagai produk dikeluarkan di pasaran untuk meningkatkan kuasa minda. Pelbagai teknik dipelajari untuk membangunkan kuasa minda. Namun setelah begitu banyak perkara dilakukan, sayangnya kuasa minda masih belum diperolehi, tenaga minda masih belum kuat, di mana silap agaknya. Apa yang masih kurang?

Pembaca budiman, tahukah anda sebelum kita boleh membangunkan kuasa minda, sebelum kita boleh meningkatkan kuasa minda, terlebih dahulu sebenarnya, kita mesti kenal minda kita. Tahu bagaimana ia berkerja, fahami sifatnya, kenali fungsinya baru kita boleh meningkatkan tenaganya. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Baiklah mari kita kenali sifat-sifat minda itu terlebih dahulu.

Tenaga minda manusia lebih kurang seperti tenaga bateri. Cuma yang membezakan tenaga minda manusia dan tenaga bateri adalah sifatnya. Walau apapun yang terjadi tenaga minda tetap ada, ia tidak akan habis atau musnah. Berbeza dengan tenaga bateri, iaitu lama kelamaan ia pasti akan habis tidak kira samada kita guna atau pun tidak. Tenaga minda bertahan selagi manusia itu hidup. Inilah kelebihan yang dijadikan Allah untuk manusia. Nafas yang kita hela setiap saat itu memastikan tenaga minda tetap menerima oksigen walaupun tidak banyak. Namun ia cukup untuk membantu tenaga minda terus ada bagi membolehkan manusia terus hidup.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya, apabila kita marah, kita sedih, kita stress, tertekan, putus asa neuron-neuron otak kita kan melemah dan akhirnya tercabut daripada cantuman. Apabila ini kerap berlaku maka tenaga minda manusia akan menjadi lemah. Hal ini juga yang mempengaruhi kepada permasalah tekanan perasaan, pelupa, panyakit alzhemier, nyanyuk dan hilang ingatan. Selain itu, apabila tenaga minda lemah, seseorang manusia itu akan selalu berada dalam situasi tidak yakin, berasa rendah diri, takut untuk bersaing, rasa tidak mampu dan kecewa. Masalah ini juga kita kenali sebagai salah satu penyakit mental. Bayangkan apa akan terjadi pada manusia yang dihinggapi penyakit mental ini?

Selain itu ramai manusia suka menghabiskan masa mereka dengan menonton televisyen atau membaca majalah-majalah hiburan terutama gossip. Kalau surirumah pula banyak menghabiskan masa dengan berbual kosong tanpa ada topik atau pengkhususan perbincangan. Ada juga individu yang suka berceritakan hal orang atau mengumpat. Ramai yang suka menghabiskan masa dengan melepak di kedai mamak, di tepi jalan, di kompleks membeli belah. Sebenarnya aktiviti ini membantu melemahkan tenaga minda manusia. Jika kita melihat sekeliling kita, pasti kita akan dapati begitu ramai manusia yang sangat lemah tenaga minda mereka.

Hal ini jugalah yang menyebabkan begitu ramai orang yang ingin berniaga tetapi hanya mampu bertahan setengah jalan. Untuk menjadi usahawan hebat, seseorang individu itu perlu memiliki tenaga minda yang hebat. Ia merupakan kriteria wajib bagi seorang usahawan. Andaikata seseorang itu tidak memiliki tenaga minda yang hebat cita-cita untuk menjadi usahawan hanyalah berlaku dalam angan-angan. Bagaimana untuk mendapat tenaga minda yang hebat?

Para pembaca yang dikasihi, minda manusia sememangnya dibekalkan dengan tenaga, tetapi tenaga yang ada sekadar mencukupi untuk kita menjalani kerja-kerja seharian. Apakah maknanya ini? Ini bermakna, tenaga minda yang ada cukup untuk kita berfikir seperti biasa-biasa, menjalani kehidupan yang biasa-biasa, mendapat pendapatan yang biasa-biasa. Untuk menjadi manusia luar biasa, yang mendapat pendapatan yang luar biasa, yang menjalani kehidupan yang luar biasa, seseorang manusia itu perlu meningkatkan kuasa mindanya kepada tahap yang luar biasa.

Bagaimana untuk mendapatkan tenaga minda yang luar biasa ini? Seperti mana yang kita ketahui bahawa minda memerlukan oksigen untuk menjalankan aktivitinya. Agar aktiviti minda lebih aktif maka kapasiti oksigen perlu ditambah ke dalam badan kita. Dengan kapasiti oksigen yang banyak, maka kemampuan tenaga minda akan meningkat. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mendapat oksigen yang lebih antaranya, bersenam, melakukan teknik pernafasan dan menjaga pemakanan. Darah yang mengandungi oksigen yang berlebihan ini akan mengalir masuk ke dalam otak dan seterusnya aktifkan neuron-neuron yang lemah.

Semakin banyak neuron yang aktif dan bernyala, semakin tinggi tenaga minda kita. Apabila tenaga minda tinggi seseorang individu itu mampu memiliki kemampuan yang hebat dan tinggi. Ini adalah antara faktor bagaimana manusia mendapat kehebatan mereka. Untuk itu saya sarankan para pembaca berusaha menambah kapasiti oksigen dalam tubuh dan seterusnya minda anda pasti akan lebih kuat kemampuannya.

Jika ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan, anda dijemput untuk hadir ke Seminar PERCUMA Evolusi Minda yang berlangsung hampir setiap minggu. Anda boleh >Klik Sini< untuk rujuk jadual dan berdaftar secara online. Seminar hampir 3 jam ini kami kongsikan ilmu tentang tenaga, ilmu minda separa sedar, metafizik dan tips-tip kejayaan. Kami jelaskan perkaitan secara langsung ilmu-ilmu tersebut dengan kehidupan / kejayaan. Anda juga berpeluang bertanya Puan Hjjh Arina jika ada sebarang kemusykilan.

Posted by admin on April 19th, 2010

Permalink

4 Responses to “Fahami & Kenali Minda Anda”

  1. CikguTaufiq Says:

    S U R A H A R – R U U M

    30:24. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.

    Maha Suci Allah yang menjadikan Manusia itu, sangat lengkap yang bisa menguruskan Bumi ini.

  2. zaidi Says:

    Terima kasih evolusi…

  3. abd rahman ali Says:

    salam…puan,

    tajuk ini memang baik. nak fahami dan kenali minda macam2 cara. minda atau akal adalah makhluk Allah yang paling besar. maksud akal diambil dari kata2 arab iaitu egal @ ikatan. ini memberi maksud akal perlu diikat.

    nak ikat akal perlu kepada mengenal penciptanya. jadi kita perlu pastikan yang kita benar2 mengenali Allah untuk kita mengenali akal kita…

  4. mama putri Says:

    ada tak plan nak ke sabah..saya teringin nak blajar ilmu nih

Leave a Reply

*
= 4 + 3

CommentLuv badge
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting