Pengertian Kepentingan

Filed under: Umum

Assalamualaikum dan Salam Evolusi,

Apa khabar pembaca sekalian? Sudah lebih kurang 2 minggu saya tidak menulis di blog. Sibuk dengan urusan berpindah pejabat. Kini Evolusi Minda telah mula beroperasi di pusat latihan kami sendiri yang bertempat di Batu Caves. Peserta insyaAllah akan lebih selesa dengan suasana pusat latihan kami yang baru ini. Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah di atas limpahan kurniaNya kini kami maju setapak lagi dalam memberi dan menyampaikan ilmu-ilmu minda kepada insan sejagat.

Minggu ini saya ingin berkongsi cerita tentang satu topik yang ditimbulkan oleh salah seorang peserta saya yang lepas. Beliau menalifon saya dan bertanya tentang kepentingan. Menurut ceritanya, dia berasa agak kurang senang bila ada orang mengatakan yang dia membuat kerja atas kepentingan. Lalu dengan perasaan yang bercampur baur antara marah dan keliru juga sedikit tertekan dia meminta pendapat saya. “Apa pendapat akak (panggilan peserta yang dah serasi) betul atau tidak saya buat kerja atas kepentingan? Kalau ikut rasa saya tak la macam tu, tapi bila orang tu kata macam tu saya jadi bingung. Macamana ni kak ?’” Saya hanya memandang terus ke matanya sambil tersenyum.

“Kepentingan menentukan’ judgement’ kita” menurut kata penulis buku Membongkar Misteri DAJJAL dan 2012: Di Ambang Armageddon, Nurani Ma’arif yang juga merupakan salah seorang peserta Evolusi Minda dalam pertemuannya dengan saya baru-baru ini sambil melawat premis baru kami. Menurut beliau lagi boleh dikatakan setiap ‘judgement’ yang kita perbuat berlandaskan atas kepentingan.

Dalam setiap tindak tanduk yang kita lakukan kita sememangnya tidak boleh lari daripada memikirkan tentang kepentingan. Mengapa kita bersikap baik dengan kedua ibubapa ? Tidak lain dan tidak bukan kerana tidak mahu menjadi anak derhaka. Bukankah itu merupakan satu kepentingan. Setiap perlakuan yang kita buat pasti atas sesuatu kepentingan. Jika dilihat dari satu perspektif lain kepentingan itu juga sebenarnya adalah ‘purpose’ (sebab) dan untuk memiliki apa yang diidamkan perlu ada purpose yang cukup kuat. Dengan kata lain untuk berjaya, kaya di dunia dan akhirat perlu ada kepentingan, perlu ada purpose.

Setiap orang perlu memikirkan kepentingan yang ada dalam sesuatu gerak kerja yang ingin dilaksanakan sebelum melaksanakan pekerjaan tersebut. Ini adalah untuk memastikan bahawa pekerjaan tersebut dilakukan dengan sehabis baik usahanya dan ia juga menjanjikan hasil kerja yang terbaik. Kepentingan amat perlu sebenarnya bagi menjamin kualiti dalam kehidupan. Bila seseorang itu melaksanakan sesuatu tugas dengan adanya kepentingan pastinya dia akan memberi yang terbaik demi menjamin kepentingannya terjaga.

Namun apa yang selalu menjadi masalah apabila kepentingan disalah gunakan. Kepentingan digunakan untuk menindas orang lain, menganiaya orang lain, merosakkan kehidupan orang lain. Itu yang salah. Sebagai manusia kita sememangnya tidak boleh lari daripada melakukan sesuatu tanpa mempunyai alasan atau kepentingan peribadi. Itu hak mutlak seorang manusia dalam menjalani kehidupannya.

Jika kita lihat Allah sendiri menciptakan manusia atas kepentingan.
Dalam Al-Quran dinyatakan, ‘tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu’–Adz Dzariyaat (56). Atas kepentingan maka manusia dan jin itu dijadikan oleh Allah.

Sebenarnya dalam mengatur hidup seharian kita membuat keputusan berdasarkan kepentingan. Adakalanya satu keputusan itu terpaksa dibuat demi menjaga kepentingan sesuatu pihak. Dan kita tanpa sedar sememangnya membuat banyak keputusan berdasarkan atas kepentingan. ‘Not to worry’, sebenarnya tidak menjadi kesalahan malah semenangnya perlu kita melakukan sesuatu berdasarkan KEPENTINGAN. Mulai daripada hari ini fikirkan apakah kepentingan yang aku dapat apabila aku melakukan kerja atau tugasan ini?

Sekiranya kepentingan itu bermanfaat dan mampu menjadi daya tujah untuk kita melakukan yang terbaik, ‘why wait?’ teruskan sahaja usaha murni itu dan buat sehabis baik. Yakinlah bahawa hasil daripada usaha yang sehabis baik itu pasti hebat dan bakal menjadi pemangkin semangat kepada usaha yang lebih hebat lagi. Sehingga berjumpa lagi di post yang lain, ingatlah Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan.

Evolusi Minda menjemput anda untuk hadir ke Seminar PERCUMA Evolusi Minda yang berlangsung hampir setiap minggu. Anda boleh >Klik Sini< untuk rujuk jadual dan berdaftar secara online. Seminar hampir 3 jam ini kami kongsikan ilmu tentang tenaga, ilmu minda separa sedar, metafizik dan tips-tip kejayaan. Kami jelaskan perkaitan secara langsung ilmu-ilmu tersebut dengan kehidupan / kejayaan. Anda juga berpeluang bertanya Puan Hjjh Arina jika ada sebarang kemusykilan.


Alhamdulillah, pada 9 Mei telah berlangsung Seminar Asas Evolusi Minda. Kami ucapkan selamat datang ke keluarga Evolusi Minda pada semua peserta baru.

Posted by admin on May 10th, 2010

Permalink

6 Responses to “Pengertian Kepentingan”

  1. Prof. Dr. Ariffaizal Says:

    Assalamualaikum.

    Tahniah dah ada office baru.

    Tempat dan lokasi keseluruhannya bagus, tp susunan geomensinya (fung shui) dia salah sikit.

    Soalan cepu emas ni, perasan tak, cuba cari kat mana

  2. Yusmi Yusof Says:

    W’salam Proff. Terima Kasih…
    Kalau mengikut saya belajar Interior Design dulu di Spiral Stairnya.. tak tahulah kat ner tu Proff.. main teka tekinya pulak :)

  3. Aniza J Says:

    Assalamualaikum…..

    Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada puan arina diatas tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan pada saya dan suami secara personal.

    Ilmu yang puan telah berikan dan sampaikan…saya akan gunakan untuk menjadi insan yang hebat didunia dan akhirat.

    Terima kasih.

  4. admin Says:

    W’salam.. Sama-sama… tak menjadi masalah.. jangan lupa kelas susulan nanti, InsyaAllah kita jumpa lagi

  5. Prof. Dr. Ariffaizal Says:

    Tepat sekali, mmg di Spiral Stairnya. Ia tak sepatutnya menjadi penghalang antara stage depan dan audiens

  6. Yusmi Yusof Says:

    Apa boleh buat Proff dah memang dah ada kat situ.. Tapi tak pe kami dah ‘slowdown’ kan energy spiral stair tu ngan pokok.. minda set tak de masalah insyaAllah ok.. :)

Leave a Reply

*
= 4 + 2

CommentLuv badge
 characters available

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting