Posted by admin on May 17th, 2010
Latihan ‘Chi Ball’ atau ‘Bola Tenaga’
Filed under: Umum
Assalamualaikum dan Salam Evolusi
Selamat bertemu lagi, minggu ini saya ingin berkongsi teknik dengan para pembaca. Sekian lama kita asyik bercerita tentang perkara serius, minggu ini mari kita santai-santai sedikit. Seperti yang pernah saya ceritakan dalam post blog yang lepas, badan kita mempunyai tenaga elektromagnetik. Namun ada pembaca yang tertanya-tanya betul ker ada tenaga elektromagnetik tu. Baiklah, minggu ini kita belajar bagaimana hendak merasa medan tenaga elektromagnetik itu. Ia juga di kenali sebagai ‘chi’. Saya akan kongsikan bagaimana hendak menghasilkan ‘chi ball’ atau ‘bola tenaga’ tersebut.
‘Chi ball’ atau ‘bola tenaga’ ini juga biasa dilihat dalam cerita-cerita kartun jepun seperti Dragon Ball dan Naruto. Dalam siri kartun Dragon Ball, Goku menggunakan bola tenaga untuk melawan musuh. Dia menggunakan bola tenaga sebagai senjata. Apa yang Goku lakukan adalah membayangkan bola tenaga itu seperti bola api yang keras dan menjadikannya senjata untuk menumpaskan musuhnya. Untuk mendapatkan kehebatan seperti Goku, latihan yang mantap serta disiplin yang tinggi amat diperlukan. Selain itu keyakinan dan fokus yang amat tajam memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya.
Baiklah mari kita belajar teknik bagaimana hendak merasai bola tenaga ini. Mula-mula gosokkan kedua belah tapak tangan anda dan fokuskan ia menjadi agak panas, seperti dalam gambar. Kemudian jarakkan tangan anda. Rapat dan renggangkan kedua belah telapak tangan anda. Janganlah pula rapat sehingga kedua telapak bercantum. Rasa dan fokus pada medan tenaga yang terbentuk di antara kedua belah tapak tangan tersebut.


Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, tarik dan tahan nafas ketika pergerakkan ini dilakukan. Anda akan merasakan seolah-olah ada belon anjal yang tidak kelihatan di antara kedua belah telapak tangan anda. Itulah medan tenaga yang terbentuk. Semakin anda fokus anda akan dapat merasakan medan tenaga tersebut menjadi semakin besar dan lebih nyata. Itulah bukti yang menunjukkan bahawa medan tenaga wujud. Andainya percubaan pertama gagal, cuba lakukan lagi dan pastikan anda fokus melakukannya. Perlu diingatkan elakkan membuat latihan ini di kawasan berangin. Kalau boleh lakukan di dalam bilik. Selamat mencuba.
Seronok dengan perkongsian ini? Alhamdulillah. Saya ingin menjemput anda menghadiri Seminar Percuma Evolusi Minda. Dalam seminar tersebut saya kongsikan pelbagai input yang menarik tentang minda dan tenaga minda. Bagaimana untuk mendapatkan apa yang anda inginkan? Pendedahan ilmu metafizik. Mengenali minda separa sedar dan kehebatannya serta banyak lagi input yang menyeronokkan dalam seminar percuma selama 3 jam ini.
Hubungi En. Yusmi untuk pengesahan tempat di talian 013-3778004 (TEL/SMS); ATAU isi borang untuk berdaftar secara online di web http://www.evolusiminda.com/seminar-percuma-em.html.
Jumpa lagi..




May 22nd, 2010 at 9:17 am
wah memang dpt rasa la…aku ingat kalau selalu buat camni boleh jadi can Goku ni…power la!!!
Harap dapat banyak lagi demo selepas ni.
TQ.