Posted by admin on May 24th, 2010
Cerita Gerai Burger
Filed under: Cerita Kejayaan Peserta
Assalamualaikum dan Salam Evolusi,
Salam ceria, salam sejahtera dan salam penuh kejayaan buat pembaca yang di sayangi. Alhamdulillah saya amat bersyukur pada Allah atas limpah kurniaNya dapat bertemu pembaca lagi pada minggu ini. Hmm, semakin hari semakin seronok manjalani kehidupan ini. Pelbagai rencah dan resepi kehidupan dilalui menjadikan kita semakin matang dan semakin bijaksana dalam meniti usia dewasa. Minggu-minggu yang saya lalui penuh dengan pelbagai cerita. Banyaknya cerita yang dikongsikan oleh peserta-peserta saya yang tersayang.
Dikesempatan ini saya mengucapkan sekalung TAHNIAH buat Puan Suriani, Cik Hjjh Pa’izah, Puan Rosmawaty, Encik Hifdzi, Saudara Hasbul ‘Ariff, Prof Dr Ariffaizal, Puan Mastura, Puan Nik Salwani, En Hasbullah, Puan Umi, Dr Saifullah, dan peserta-peserta yang lain yang tidak sempat saya sebutkan nama yang juga telah mencapai impian mereka tidak kira besar atau kecil. Pencapaian mereka adalah kebanggaan buat saya. Saya selalu bagi tahu peserta, “Aplikasikanlah segala teknik yang saya kongsikan dan amalkanlah apa yang dipelajari dalam seminar, sebab apa yang anda lakukan adalah untuk kejayaan anda, saya menumpang gembira atas pencapaian yang anda buat.”
Minggu ini saya ingin kongsikan satu lagi kisah kejayaan peserta Evolusi Minda. Semoga kisah ini mampu menjadi pemangkin kepada pembaca dan peserta lain. Peserta ini tidak mahu namanya di kenali sebab katanya, ‘Segan la kak.’ Baiklah, kerana sudah berjanji, jadi saya harus tepati, Zaini (bukan nama sebenar), merupakan salah seorang peserta saya yang sememangnya saya tahu setakat ini tidak pernah lagi tinggal segala teknik yang saya kongsikan dengannya walaupun, telah lebih kurang 8 bulan lepas beliau mengikuti kelas saya.

Perbualan Saudara Zaini dengan Puan Hajjah Arina >>Klik pada gambar untuk besarkan<<
Baru-baru ini saya berpeluang ‘chatting’ dengan Zaini di YM (melalui YM En. Yusmi), memandangkan jarak jauh maka beliau hanya akan berhubung dengan saya melalui YM. Setelah memulakan cerita, saya seperti biasa akan bertanya perkembangan para peserta. Menurut Zaini, beliau kini memberi tumpuan pada gerai burgernya. Dengan bersungguh-sungguh beliau bercerita tentang perancangan untuk membuka cawangan gerai burgernya pada bulan Jun ini di 2 lokasi berbeza. Mendengar cerita Zaini yang begitu bersungguh-sungguh menjadikan saya terpanggil untuk bertanya berapa pendapatan sehari beliau. Agak mengejutkan saya apabila beliau menjawab, ‘Sale sekarang ni dah sampai RM1k semalam.’ Wow ! Satu jawapan yang membuat saya terpegun bercampur gembira dan bangga.
Alhamdulillah, inilah yang sentiasa saya mohon pada Allah, iaitu berikan kejayaan buat semua peserta Evolusi Minda. Untuk berjaya sebenarnya kita tidak perlu memikirkan perniagaan yang hebat-hebat, apa yang penting adalah teknik yang betul, fokus, kehendak yang tinggi, dan yang paling penting ialah membuat keputusan yang betul.
Sekalung TAHNIAH daripada saya dan suami juga Team Evolusi Minda buat Saudara Zaini. Beliau membuktikan dengan kemahuan yang tinggi, keyakinan dan teknik yang betul beliau mampu meraih pendapatan RM1000.00 sehari hanya dengan memiliki satu gerai burger. Saya amat yakin dengan penambahan cawangan gerai burger Zaini pendapatannya akan berlipat ganda, InsyaAllah. Untuk Saudara Zaini, ‘saper kata mat burger tak boleh jadi JUTAWAN ? Betul tak Zaini ?’ All the best to you.
Untuk mengetahui lebih tip-tip, anda dijemput menghadiri Seminar Percuma Evolusi Minda. Di seminar selama 3 jam ini, kami kongsikan Ilmu Kuasa Minda, Ilmu Minda Separa Sedar dan Kehebatannya, Metafizik dan Paradigma. InsyaAllah anda juga berpeluang bertanya jika ada sebarang kemusykilan. >Klik Sini< untuk berdaftar secara online. Jadual dan peta lokasi juga ada di sana. Selain itu, anda boleh juga hubungi En. Yusmi di talian 013-377 8004 (TEL/SMS) untuk pengesahan tempat. Jumpa anda di majlis ilmu Evolusi Minda. InsyaAllah.



