Posted by admin on June 8th, 2010
Berfikiran Kreatif
Filed under: Ilmiah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
“Lihat dari mata burung
Atau lihat dari bawah tempurung
Yang mana satu engkau pilih,,,,,”
Sedutan daripada bait lagu Tanya Sama Itu Hud Hud nyanyian M. Nasir. Salam sejahtera pembaca budiman. Apa khabar minggu ini ? Sihat dan ceria sentiasa dalam menjalani kehidupan dengan penuh kehebatan.
Dalam menerokai minda banyak aspek yang orang ramai tidak nampak atau terlepas pandang. Pada pendapat ramai, menerokai ilmu minda hanyalah untuk mendalami kuasa minda disamping mendapat teknik-teknik power dan hebat bagi kegunaan dalam menjalani kehidupan seharian. Teknik-teknik power ini boleh digunakan untuk menjadi hebat, terkenal, kaya, berjaya. Tidak salah sebenarnya berfikiran begitu tetapi pada hakikatnya menerokai ilmu minda adalah lebih dari itu. Menerokai ilmu minda sebenarnya adalah menerokai ciptaan tuhan yang dibentangkan di dalam alam kehidupan yang serba indah ini.
Tahukah pembaca sebenarnya mereka yang kreatif dalam hidup adalah antara manusia yang memiliki ilmu minda yang hebat. Tanpa mereka sedari sebenarnya minda mereka telah menjangkaui luar batasan manusia biasa. Seniman adalah manusia hebat, tidak kira mereka itu penulis lirik, penyanyi, pelukis, jurufoto, designer malahan pakar bedah, saintis, penulis buku, arkitek, pengukir, pengarah seni, pengarah teater, penulis skrip dan semua yang terlibat dalam bidang seni adalah pemilik kuasa minda yang hebat.
Ini adalah kerana untuk berada di dalam bidang tersebut mereka mesti mempunyai kebolehan berfikir di luar kotak. Berfikir dengan cara yang luar biasa, yang tidak terfikir oleh mereka yang biasa-biasa. Kuasa minda adalah pemikiran luar biasa. Seorang jurufoto misalnya mampu melihat daripada sudut pandang yang berbeza. Manusia biasa melihat kayu yang berlubang dan usang sebagai bahan buangan, tetapi daripada kacamata seorang jurufoto ia adalah hasil seni yang sangat indah. Manusia yang dianugerahkan dengan kuasa minda yang hebat melihat dan mendefinasikan kehidupan dengan cara yang berbeza.

Mereka melakukan perkara yang orang biasa tidak sanggup lakukan. Mereka berfikir yang orang-orang biasa tidak terfikirkan. Mereka juga berimpian yang orang-orang biasa tidak termimpikan. Kerana itulah mereka menjadi luar biasa dan menjalani kehidupan yang luar biasa. Orang-orang biasa tidak terfikir untuk memiliki pendapatan USD834 sesaat, tetapi Bill Gates melakukannya. Itulah yang membezakan kekuatan minda orang biasa dan orang yang luar biasa. Malang sekali bagi masyarakat kita terutamanya, kerana terlalu suka berfikir TIDAK BOLEH sebelum mencuba. Jadi dalam ertikata lain kalah sebelum berperang.


Sebenarnya pembaca yang dikasihi, untuk memiliki ilmu kuasa minda yang hebat sepatutnya seseorang itu perlu mempelajari menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini terlebih dahulu. Pandanglah setiap kejadian itu dengan mata hati dan pemikiran yang tenang. Selami makna kejadian tersebut, fikirkan mengapa ia dijadikan. Sebab itulah mengapa di dalam kitab suci Al-Quran sering di sebut pada penghujung ayat,… ‘bagi mereka yang berfikir’.
Allah meminta kita berfikir atas setiap sesuatu yang dijadikan dengan pemikiran yang terbuka dan tenang. Ini adalah kerana semakin kita menghayati keindahan ciptaan Allah itu, semakin kuat tenaga minda kita, semakin kreatif kita jadinya. Apabila kita mampu menghayati keindahan ciptaan Allah itu dengan sendirinya akan lahir rasa syukur, nikmat, puas, dan kagum dengan kebesaranNya. Penghayatan yang sebegini semakin meningkatkan tenaga minda kita.
Luangkan masa untuk menikmati persekitaran kita. Lihat rumput yang melata di halaman rumah kita, lihat batu yang tergolek dihujung longkang kita, lihat pepasir yang dibawa air mengalir di tepi rumah kita, lihat lumut yang meliputi simen kita. Semua kejadian itu Allah jadikan dengan jayanya. Tidak ada satu pun yang dijadikan sia-sia. Apabila kita mampu menghayati setiap kejadian itu dengan jiwa, maka percayalah, kuasa minda kita pasti akan meningkat. Maka dari itu wahai pembaca budiman, marilah kita pandang dunia dari mata burung, janganlah hanya kita pandang dari bawah tempurung. Di sini saya kongsikan beberapa gambar yang diambil oleh sahabat saya En. Radzi Haniff seorang ‘visual observer’ untuk sama-sama kita hayati.
Sabda Rasulullah “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan”, ( HR. Muslim)

Kulat pokok sawit

Fence Pole, Barded Wires; Kuala Penor, Pahang

Rain and Sand; Teluk Rubiah, Lumut, Perak

Fossil-infested Boat; Kuala Linggi, Sempadan Melaka-Seremban

Decaying Root Fiber; Ayer Baloi, Johor

Wood Pole Littered with Holes; Seberang Takir, Terengganu

Wood Snigger; Kampung Kandis, Kelantan

Wood and Metal; Lurah Bilut, Pahang.

Beach Markers; Marang, Terengganu.
Untuk mengetahui lebih tip-tip, anda dijemput menghadiri Seminar Percuma Evolusi Minda. Di seminar selama 3 jam ini, kami kongsikan Ilmu Kuasa Minda, Ilmu Minda Separa Sedar dan Kehebatannya, Metafizik dan Paradigma. InsyaAllah anda juga berpeluang bertanya jika ada sebarang kemusykilan. >Klik Sini< untuk berdaftar secara online. Jadual dan peta lokasi juga ada di sana. Selain itu, anda boleh juga hubungi En. Yusmi di talian 013-377 8004 (TEL/SMS) untuk pengesahan tempat. Jumpa anda di majlis ilmu Evolusi Minda. InsyaAllah.




June 8th, 2010 at 12:30 pm
Faktor pemakanan penting untuk menjana pemikiran kreatif. Makanan yang tinggi protein menghalang daya pemikiran kreatif.
Contohnya:
1. Soya dan segala produk soya seperti susu soya, tempe, tauhu, taufufa, fuchuk dan lain2.
2. Sayur putih yang tidak terkena cahaya matahari seperti kobis dan taugeh.
3. Susu lembu terutama susu awal lembu serta produk tenusu seperti keju, yogut dan lain2.
4. Ikan yang diproses seperti keropok, keropok lekor, fish ball, fish cake dan sebagainya.
5. Kuning telur
6. Petai dan jering
June 8th, 2010 at 2:44 pm
Kawan dari kecik makan tempe.
Banyak juga hasil kreativiti kawan hasilkan.
Pohon Dr.Faizal ulas komen tuan.
June 8th, 2010 at 4:11 pm
Salam,
Terima kasih Prof Ariff atas perkongsian yang hebat. Ramai yang tidak tahu bahawa memilih makanan yang betul membantu dalam kejayaan.
October 6th, 2010 at 4:26 pm
tq atas pkongsian hebat ini.
sy nak tumpang share kat fb sy
dan sy juga nak tumpang post kat blog sy yerk…!!
October 7th, 2010 at 3:54 pm
Alhamdulillah silalah kongsi, cuma berikan kredit pada evolusiminda.com/blog Itu sahaja.