Posted by admin on June 14th, 2010
Panggilan Terakhir: Seminar PERCUMA Evolusi Minda
Filed under: Umum
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya memanjatkan kesyukuran yang tiada terhingga kepada Allah kerana Seminar Percuma Evolusi Minda semakin di kenali ramai. Sejak program ini diperkenalkan pada Nov 2009, boleh dikatakan saya menerima peserta hampir dari seluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.
Ada yang datang dari Johor, Kuantan, Bandar Mu’azam Shah, Felda Jengka, Kemaman, Perlis, Perak, Melaka, Kajang, Semenyih, Seremban, Sijangkang, Banting, Tanjung Malim, Tawau, Sabah dan sekitar Kuala Lumpur. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana menghadiri Seminar Percuma kami. Malah, kami pernah mendapat perhatian Akhbar Sinar Harian pada Januari lepas sebagai salah satu program kemasyarakatan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput pembaca yang masih belum menghadiri seminar percuma kami untuk datang dan mendapatkan ilmu-ilmu yang kami kongsikan kepada peserta. 20hb Jun 2010 ini merupakan seminar percuma yang terakhir untuk awam sehingga berakhirnya Syawal. Di seminar percuma 3 jam ini, kami memperkongsikan pelbagai ilmu sebagai pendedahan awal kuasa minda dengan peserta.
Antara ilmu yang kami kongsikan adalah, pengenalan kepada minda iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Saya menerangkan dengan jelas dan terperinci apa masalah yang biasanya dihadapi oleh orang ramai dalam membangunkan tenaga minda. Mengapa ramai daripada kita menjadi kurang kreatif dan adakalanya menemui jalan buntu dalam penyelesaian masalah. Ini semua merupakan masalah dengan tenaga minda. Saya juga menjelaskan sebab-sebab tenaga minda lemah dan perkaitan ilmu minda secara langsung dengan kehidupan mahupun kejayaan.


Saya juga menyentuh masalah potensi diri. Apa yang menyebabkan ramai orang tidak dapat menyerlahkan potensi diri mereka, ini ada kaitan dengan paradigma dan persepsi. Penerangan dan pengenalan awal kepada paradigma juga diberikan dalam sessi percuma ini.
Selain itu saya juga berkongsi tentang warna dan perananannya, pemakanan dan bagaimana ia mempengaruhi kejayaan untuk peringkat awal. Namun percayalah dalam sesi selama 3 jam ini peserta akan mendapat pendedahan ilmu yang amat berguna dan bermanfaat. Saya juga membuka ruang kepada peserta untuk bertanya soalan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang mana-mana topik yang saya huraikan.
Oleh yang demikian, janganlah lepaskan peluang keemasan ini. Jemputlah datang ke Seminar Percuma Evolusi Minda untuk mendapatkan sedikit sebanyak ilmu yang mampu digunakan untuk kehidupan seharian anda. Apa tunggu lagi daftarlah nama anda sebagai salah seorang peserta Seminar Percuma Evolusi Minda >Klik Sini<.
Segala keterangan lanjut, jadual dan peta lokasi ada di sana. Anda boleh juga hubungi En. Yusmi di talian (013-377 8004) untuk pengesahan tempat.




September 24th, 2010 at 3:40 pm
as’salammualaikum..sy seorang pelajar dri kedah,bila akan diadakan sminnar lgi? trima kasih..
October 4th, 2010 at 2:11 am
W’salam.. Saudara boleh rujuk di http://www.evolusiminda.com/seminar-percuma-em.html