Posted by admin on June 23rd, 2010
Kepentingan Minda Usahawan
Filed under: Umum

Kadang kala kehidupan hari ini agak mendesak. Kos kehidupan meningkat dari hari ke sehari. Bagi menampung tujuan tersebut, ramai antara kita menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Pelbagai bidang diceburi, bermacam sektor di terokai, ratusan industri diceburi. Tumbuhnya usahawan seperti cendawan selepas hujan. Ada usahawan internet, usahawan MLM, usahawan biotech, usahawan tani, usahawan forex dan banyak lagi cabang yang tidak mampu ntuk dinyatakan. Begitu ramai yang menceburi bidang ini namun yang betul-betul berjaya dan bertahan hanyalah segelintir sahaja. Mengapa ini berlaku?
Ramai usahawan tidak tahu bahawa mereka sebenarnya memerlukan satu tool yang dikenali sebagai Minda Usahawan untuk memastikan mereka boleh bertahan lama dan terus maju dalam industri. Terlalu ramai usahawan yang memperlekeh perkara ini. Pada mereka itu hanyalah isu remeh temeh sahaja. Apa yang lebih penting adalah modal dan contact (kabel) untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Sebab itulah ramai yang mencari ‘contact’ daripada mencari ilmu berniaga. Sikap inilah yang mengakibatkan ramai usahawan gulung tikar setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan.
Mungkin ramai yang tidak tahu definasi usahawan dan peniaga. Usahawan adalah mereka yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan terus membesarkan perniagaannya sehingga mampu membentuk empayar. Manakala peniaga pula memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dan terus mengusahakan perniagaan kecil-kecilan itu sampai bila-bila. Jadi pilihlah dengan tenang kategori yang mana satu ingin anda ceburi – usahawan atau peniaga. Namun walau yang mana satu menjadi pilihan anda, Ilmu tentang Minda Usahawan perlu dimiliki. Apa gunanya ilmu ini? Apa hubungkaitnya ilmu minda ini dengan kejayaan sebagai usahawan?
Baiklah mari kita telusuri ilmu ini dan hubungkaitnya dengan kejayaan seseorang usahawan itu. Seorang usahawan perlu memiliki tenaga minda yang lebih kuat dan tinggi daripada pengguna atau pembeli. Keadaan inilah yang memastikan terjadinya proses jual beli. Mari kita tengok bagaimana kita selalu berakhir sebagai pembeli sesuatu produk. Seorang usahawan merupakan ‘problem solver’ kepada pengguna. Jika seorang usahawan itu mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pengguna maka dia berjaya melakukan jualan.

Bayangkan situasi ini; Anda memerlukan sebuah laptop untuk kegunaan peribadi. Permasalahannya – sebuah laptop. Jadi untuk menyelesaikan masalah anda, anda mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah kompleks yang terkemuka yang menyediakan ratusan jenis dan jenama laptop. Di kompleks ini anda mendapati begitu ramai peniaga yang bersaing untuk melariskan jualan mereka. Percaya atau tidak anda hanya akan TERJUAL kepada seorang daripada ramai-ramai peniaga yang ada. Bagaimana ini berlaku? Penjual yang telah MENJUAL anda itu sebenarnya telah menyelesaikan masalah anda iaitu laptop.
Apa yang ada pada penjual yang berjaya menawan hati anda untuk menjadi pelanggannya berbanding penjual yang lain. Selain daripada faktor rezeki, kemungkinankah dia ada pelaris yang power. Ah! Karut. Sebenarnya tenaga mindanya mengatasi tenaga minda penjual lain termasuk anda. Ini adalah merupakan faktor utama untuk melariskan jualan. Tenaga minda yang kuat dan hebat mampu menewaskan pesaing yang ada dan meraih jualan yang berlipat ganda. Wow! Bagaimana nak tingkatkan tenaga ini?
Tenaga minda ini hanya boleh ditingkatkan dengan ilmu minda yang betul. Ilmu minda harus dipelajari, ia tidak boleh datang dengan sendiri. Melalui ilmu minda yang betul ini barulah Minda Usahawan terbentuk. Selain daripada itu anda memerlukan input usahawan yang betul. Seorang usahawan perlu memiliki minda yang kreatif, agresif, proaktif, positif, berani membuat keputusan, tidak takut pada risiko yang berkadaran dan perlu yakin pada diri sendiri.
Apabila usahawan itu memiliki ilmu Minda Usahawan dia tidak lagi takut untuk menjual. Permasalahan yang ada pada ramai usahawan adalah tidak tahu bagaimana hendak menjual. Perkataan MENJUAL seolah-olah taboo pada mereka. Akan tetapi jika dihayati betul-betul mana ada satu perniagaan yang tidak memerlukan anda menjual. Jika anda tidak mahu menjual percayalah anda pasti KENA JUAL. Fikirlah dengan rasional, semua bentuk perniagaan hanya akan terjadi apabila ada transaksi jual dan beli. Usahawan yang takut kepada jualan adalah mereka yang sebenarnya telah gagal berniaga sebelum memulakan perniagaannya.
Menjual perlu kepada latihan yang berterusan. Sebenarnya tanpa anda sedari sejak lahir lagi anda telah dilatih untuk menjual. Anda menangis bila kelaparan, ibu anda tidak tahan dengan tangisan itu terus menyediakan susu dan seterusnya menyuapkan kepada anda. Satu proses jualan telah berlaku. Ibu anda telah TERJUAL dengan tindakan anda lalu mengalah dan membayarnya dengan susu. Namun skill menjual yang ada ini semakin hari semakin tumpul, anda semakin kurang yakin dengan skill yang ada. Apatah lagi bila anda perlu bersaing dengan adik beradik yang lain dalam proses menjual.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila adik anda mampu MEMBELI ibubapa anda dengan lebih mudah berbanding anda. Lama kelamaan keyakinan anda musnah, anda berasa kecil dan tidak berdaya. Anda teruskan dengan kehidupan seharian bersama perasaan tersebut. Semakin hari semakin murung, potensi diri semakin hilang, keyakinan semakin pudar. Inilah antara sebab mengapa anda gagal menjadi penjual yang baik. Sebab itu apabila anda mendengar perkataan MENJUAL ianya seolah-olah satu penghalang untuk anda melakukan perniagaan tersebut.
Walaubagaimana pun jika latihan menjual ini diteruskan dan tiada perasaan gundah apabila berhadapan dengannya, anda akan mampu meningkatkan perniagaan anda sedikit demi sedikit. Jika latihan ini semakin mantap dan MENJUAL tidak lagi menjadi masalah utama percayalah satu hari nanti anda akan mampu MENJUAL dengan menggunakan minda separa sedar, sama seperti anda memandu kereta. Anda tetap boleh kendalikan kenderaan anda dengan baik walaupun sambil menjawab telefon
. Apabila keadaan ini berlaku jualan anda akan menjadi laris tidak kira apa juga produknya.
EM sangat teruja untuk berkongsi ilmu minda ini bersama pembaca. InsyaAllah, banyak input berguna yang kami kongsikan. Semua ilmu yang kami kongsikan mampu merangsang minda anda dan sangat bermanfaat dalam kehidupan.
Daftar Seminar Percuma Sekarang!!




June 23rd, 2010 at 10:52 am
Contoh yang berkenaan laptop tu memang kena dengan diri aku sebab awal bulan ni aku nak beli laptop kat pcfair kuantan…peniaga manalah yg ada aura yg kuat yang mampu menarik aku…
June 23rd, 2010 at 2:34 pm
satu post yang paling menarik saya pernah baca di blog EM.mmg masa mula2 nak berniaga dahulu , ada barrier TAKUT nak menjual. sesuatu yang pahit yang saya perlu terima, tapi itulah kebenaran.
June 23rd, 2010 at 10:59 pm
Kita tgk sekarang ni org china rata2 mendahului org melayu dlm berbisnes, cina muslim takperlah. Ni cina nonmuslim lebih power minda dia dari muslim.
Adakah kita nak kata minda org islam kita lemah..? tergamakkah Puan berperasangka begitu,ini faktor teknikal bisnes mcm layanan dan pujuk rayu lalu minda seseorang terpedaya. Takder kena mengena dgn pelaris power pon..
Islam no1 dan perkara2 utk org islam berlandaskan wahyu yg takboleh difikir dgn minda, yg penting hati kita suci,minda tu stahu saya bermaksud mind dlm bahse ibundanya fikiran, like feeling lah.
Minda akan ikut hati jika hati kita bersih,mind bukannya alat utk kita guna bagi membetulkan kehidupan…sbb 17x sehari kita dipaksa telakkan minda kita setaraf dgn kaki…
Okey…sorylah puan jika sy terkasar, sbb saya rasa skrgni minda saya terganggu, hari ni bisnes merudown…slm
June 26th, 2010 at 7:46 pm
Terima Kasih kepada En. Joghie di atas satu pendapat yg agak baik. Tulisan saya di atas sebenarnya tidak merujuk kepada
mana-mana pihak sekalipun. Maaf sekiranya tuan tersinggung.
Sebenar untuk memiliki tenaga minda yg tinggi, kita boleh perolehi dari pelbagai cara. Antara perkara yang membantu tenaga minda
meningkat ialah dengan ILMU. Selaras dengan sabda Rasullullah yang bermaksud:
“Menuntut ilmu merupakan kewajiban bagi setiap muslim”
Dan Sabda Baginda lagi;
“Barang siapa yang menginginkan dunia(kebahagian dunia),maka hendaklah ia berILMU;
Barang siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berILMU;
Dan barang siapa yang mengkehendaki kedua-duanya,maka ia pun harus berILMU.”
Ilmu ini letaknya dalam minda. Apabila minda mempunyai ilmu, maka sekaligus tenaganya akan meningkat.
Ilmu ibarat software (perisian) untuk satu komputer. Lebih banyak software yang bermanfaat, maka lebih tinggi kemampuan
dan kebolehan komputer tersebut. Begitulah ia diibaratkan.
Sama juga dengan minda, kita tidak boleh menggunakan software minda orang pekerja untuk berniaga, apatah lagi
mengguna software minda orang aawam untuk seorang peminpin. Semua ini berkaitan dengan ilmu, kerana dari ilmu itu timbulnya kesedaran.
Dengan izin Allah, Dia akan mencampakkan kesedaran kedalam hati-hati orang yang berilmu. Dari ilmu kita tahu mana betul dan salah.
Begitu juga dalam perniagaan;
Mungkin orang Cina mahir dalam ilmu berniaga. Minda mereka terlatih untuk memperolehi kemahiran menjual. Tapi mungkin setakat itu sahaja
kemampuannya. Mungkin tidak pula dengan urusan akhirat bagi kaum mereka.
Berniaga atau menjual melibatkan pelbagai ilmu dalamnya; contohnya ilmu;
1) Berurusan dengan manusia,
2) Mengenal pasti permintaan dan sasaran;
3) Mampu menyelesaikan masalah pelanggan dan memuaskan hati mereka;
4) Ilmu Produk dan promosi
5) Teknik jualan.
6) Teknik FOKUS dalam perniagaan
Semua di atas antara ilmu keusahawanan.
Apabila ia telah diperolehi dan dikuasai, kita memerlukan ilmu berikut pula;
1) Menguruskan kewangan dan kekayaan;
2) Menjana sumber kekayaan lain,
3) Simpanan jangka pendek, seperti untuk pelaburan pendidikan (ilmu) dan hadiah;
4) Simpanan jangka panjang, seperti untuk pelaburan perniagaan lain dan asset;
Ilmu-ilmu ini mampu meningkatkan tenaga minda dan memberi kesedaran spiritual pada pemiliknya.
InsyaAllah anda akan pandang dunia dari sudut yang berlainan.
Sabda Baginda:
“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Jika diamati, untuk cemerlang dalam pelajaran dan mendapat markah 9/10, tidak juga mudah.
Begitulah juga dengan perniagaan. Sememangnya berniaga itu tidaklah mudah.
Kerana ia memerlukan ilmu, semangat, fokus dan istiqamah.
“Apakah manusia mengira, mereka dibiarkan menyatakan kami beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?” al-Ankabut (29:2)
Wallahu a’lam
July 6th, 2010 at 12:18 am
Assalamualaikum,
Walaupun saya bukanlah pelajar Puan,
Tetapi ingin saya katakan bahawa apa yang di ajar oleh Puan (Saya cuma lihat silibus)
Adalah benar.
Saya aplikasikan dalam kehidupan dan ternyata berubah 180 darjah.
Pernafasan, pemikiran yang tenang, adalah kunci kepada segala idea2 dan inspirasi2 yang bernas dan jitu.
Di harap, suatu hari nanti dapat saya bertandang ke seminar Puan.
“Saya adalah seorang yang suka dan cinta pada IlmuNya”
July 22nd, 2010 at 4:19 pm
Assalamualaikum…
Baru berkesempatan melayari website puan atas kesibukan yang tak terurus. Segan pula rasanya nak mengaku ‘anak murid puan’!!! Pun begitu, teknik-teknik yang saya terus amalkan seperti penafasan dan fokus amat membantu ‘menenangkan’ perjalanan fikiran dan fokus saya. Banyak juga perkara yang sudah saya capai. Terima kasih banyak2.
July 22nd, 2010 at 4:23 pm
salam puan, baru berkesempatan melayari blog puan. dan artikel puan amat mengenai dan terpakai untuk saya, ‘bekas anak murid’ puan. Teknik-teknik yang dipelajari terus saya lakukan dan banyak perkara telah saya capai, walaupun belum 100%. Alhamdulillah fikiran dah tak berserabut…. Terima kasih banyak2.
July 26th, 2010 at 2:02 pm
Puan,
Artikel di atas membuka minda saya, saya ingin bekerja sendiri dan memantapkan minda usahawan saya, namun saya sedikit gusar sebab tanggungan ada dan perbelanjaan keluarga hampir 4000 sebulan…
Namun ketakutan kuat di samping tekanan dalaman untuk saya berhenti kerja dan memulakan perniagaan juga kuat….
Apakah jalan terbaik yg patut saya lakukan.
September 15th, 2010 at 5:40 pm
salam puan,bagaimana kalau pelanggan saya nak perkhidmatan syarikat saya tp kerajaan takde budget untuk mereka..kesian kan buat saya(yg tepaksa bayar gaji pekerja) dan pelanggan..moga2 tahun depan budget kerajaan bertambah di sektor teknologi tinggi… idea banyak tapi bound oleh keterbatasan oleh pelbagai sumber.. bersabar je la..
November 9th, 2010 at 8:46 am
Bekerja sendiri atau berniaga adalah sunnah. Namun ia memerlukan kekuatan dalaman. Saya nasihatkan saudara Wan perolehi dulu ilmu2 berbaitan peniagaan dan selok beloknya. Beli buku berkaitan motivasi dan perniagaan setiap bulan. Kemudian bacanya sekurang-kurang sebulan satu buku. InsyaAllah dengan ilmu, ia menambah keyakinan.