Posted by admin on March 13th, 2011
Video terakhir Puan Hjjh Arina Abbas. Al-Fathihah buat beliau.
Filed under: Umum
Assalammualaikum dan Salam sejahtera,
Saya Mohd Yusmi, (pengurus tadbir Evolusi Minda) dan suami pada Puan Hajjah Arina, dengan rendah hati mengumumkan bahawa Puan Hajjah telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada subuh hari Sabtu, 5 Mac 2011. Saya menyedari pemergian beliau pada jam 6.30 pagi di kediaman kami di Petaling Jaya. Beliau meninggal dalam tidur. Untuk pengetahuan pembaca beliau mengidap kanser servik.
Kepada pembaca dan pengikut blog Evolusi Minda. Anda pastinya terkejut dengan berita ini. Maaf sekiranya saya terlambat mengumumkannya. Buat sementara ini pihak Evolusi Minda memberhentikan semua jenis seminar termasuklah seminar percuma dan kelas susulan percuma.
Saya juga memohon maaf sekiranya semasa hidup, arwah ada menyinggung perasaan tuan puan. Secara langsung mahupun tidak. Kami minta halalkan segala-galanya.
Blog ini akan saya teruskan sehingga ada hayat sebagai wakaf ilmu. Saya doakan tuan puan terus berjaya dalam segala urusan dan bidang yang diceburi.
Di atas saya sertakan video terakhir yang dirakamkan di hospital semasa arwah mendapatkan rawatan. Bak kata arwah dalam video ini, ‘stay tune, stay fokus’
Salam
P/s: Anda juga boleh add saya di FB Fan Page saya di bawah:



March 14th, 2011 at 10:33 pm
salam en. yusmi, saya xdapat nk tgk video tu. apa2pun semoga arwah pn. arina dicucuri rahmat Allah sentiasa. Amin.
March 15th, 2011 at 12:58 am
Maaf atas kesilapan teknikal tu.. saya dah masukkan kembali videonya
March 15th, 2011 at 10:53 am
Ilmu yang diberikan adalah jariah yang membahagiakan allahyarham di akhirat
Ya Allah, rahmatilah dia, sayangilah dia, bahagiakan dia, redailah dia, masukkan dia ke syurgaMu
March 15th, 2011 at 12:22 pm
Al-Fathihah… semoga rohnya ditempatkan pada org2x yg beriman… amin
March 15th, 2011 at 5:38 pm
Salam Ayah Mie,
Alwiz be strong dan senatiasalah anda redha dengan ketentuan Allah ini.
Kita sangat sayangkan arwah tetapi Allah lebih menyayangi dirinya…miss her so much! Ah-Fatihah..
March 15th, 2011 at 5:44 pm
Salam Busu Mie,
Kita kena redha di atas ketentuan/dugaan yang Allah berikan pada kita ini.
Kita sgt sayangkan arwah namun Allah lebih menyayangi beliau..
I miss her so much..too.
Al-Fatihah.
March 17th, 2011 at 12:40 pm
Salam, saya rasa terharu atas pemergian beliau yang saya sangat kagumi dan sayangi dunia dan akhirat. Sempat saya bersamanya disaat-saat akhir dan saya ajarkan doa, “Ya Allah, jadikan sakit ku ini sebagai tukaran dengan syurgaMu, dengan mati syahid dan dengan syurga” . Dan memang wanita hebat ini mengucapkannya dengan jelas dan yakin, semoga Allah merahmati danj menempatkan roh nya bersama para Syuhada, Amin Ya abbal Alamin.
March 17th, 2011 at 10:10 pm
busu sntiasa yg terbaik….
jauh atau dekat busu ttap kekal di hati…
yg pergi tetap prgi yg masih ade teruskan lah…
doa kebaikan sentiasa mngiringi busu…
tiada setitik pun silap busu pada kami semua,
hanya yg tinggal beribu kenangan terindah tika bersama….
March 18th, 2011 at 6:01 pm
al-fatihah kpd arwah..moga roh beliau bsama para mualim…agak tkilan juga bila tau brita nh..setelah sekian lama saya mnanti utk join seminar ni, tp apakan daya, Allah s.w.t. lebih syg pd beliau, arwah pergi sebelum sempat saya menimba ilmu dgn beliau walau sekali..sedih sgt2..moga pejuangan beliau dpt diteruskn oleh yg selayaknya..al-fatihah sekali lg..hiba sgt nh….
March 18th, 2011 at 6:01 pm
al-fatihah kpd arwah..moga roh beliau bsama para mualim…agak tkilan juga bila tau brita nh..setelah sekian lama saya mnanti utk join seminar ni, tp apakan daya, Allah s.w.t. lebih syg pd beliau, arwah pergi sebelum sempat saya menimba ilmu dgn beliau walau sekali..sedih sgt2..moga pejuangan beliau dpt diteruskn oleh yg selayaknya..al-fatihah sekali lg..hiba sgt nh…
March 20th, 2011 at 12:13 pm
Salam Takziah dari kami atas permergian Puan Hajjah Arina ke Rahmatullah. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Pengalaman kami bersama beliau semasa menghadiri seminar percuma tahun lepas takkan kami lupakan.. semoga segala ilmu dan tunjuk ajar beliau dirahmati Allah. Alfatihah..
March 21st, 2011 at 2:28 pm
Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.
March 21st, 2011 at 3:00 pm
Salam,
Al-fathihah untuk arwah Puan Hajjah Arina, Ya Allah rahmatilah arwah & masukkan arwah ke dalam golongan yang dilindungiMu dari azab api neraka.
Wlupun saya kenali arwah mllui tulisan blog beliau,tp saya rasakan sgat dekat dengan beliau. Ilmu yang dikongsi bersama-sama di blog beliau moga-moga mendapat keberkatan dari Nya. amin
March 21st, 2011 at 3:05 pm
alfatehah buat puan hajjah arina..saya sempat 2 kali mengikuti seminar beliau..moga rohnya dicucuri rahmat..aminn..
March 21st, 2011 at 3:19 pm
Salam alaik, terkejut sy bce emel. Sungguh tidak disangka-sangkat. sy baru shaja merancg utk ke seminar beliau jika ad rezeki, namun Allah SWT lebih menyayangi beliau. Semoga arwah dimasukkan dalam kalangan orang yang beriman dan dimasukkan ke dalam Syurga-Mu ya Allah.
amin..
p/s: mengapa beliau meninggal? atas sebab apa?
March 21st, 2011 at 3:31 pm
Saya juga ingin mengucapkan salam takziah buat tuan sekeluarga. Al-fatihah.
March 21st, 2011 at 3:53 pm
Salam takziah untuk En Yusmi sekeluarga. Terkejut saya mendapat berita ini sbb baru merancang hendak berjumpa beliau personally. Walaupun dah lama tak bersua tetapi suaranya masih terngiang-ngiang ditelinga saya seperti baru semalam berjumpa. Allah lebih menyayangi beliau. Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang terpilih. Al-Fatihah.
March 21st, 2011 at 4:43 pm
salam, kami sekueluarga ucap takziah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh. amin
March 21st, 2011 at 7:36 pm
Alfatihah untk arwah.. ilmu yang telah diberikan oleh arwah sy teruskan amalkan hingga hari ini dh setahunh lebih..
March 21st, 2011 at 10:36 pm
Ya..Allah terkejut hana dibuatnya macam tidak percaya apa yang diperkatakan .Al-Fatihah Semoga Auntie Arina Ditempat di golongan orang-orang yang beriman . Amin .. Sedih hatiku ini ,hana baru nak share ilmu dengan Autie Arina ,banyak sudah ilmu hana pelajari kerana Auntie Arina hana tak putus2 cari ilmu baru . Nak Setanding Auntie Arina punya master mind , tidak kesampaian nampaknya hajat hana ini .
Apa yang dipesan oleh Auntie Arina tidak akan hana lupakan , terima buat en.yusmi juga .
March 21st, 2011 at 11:38 pm
Takziah saya ucapkan. Harap bersabar & redha dgn pemergiannya.
March 22nd, 2011 at 9:28 am
sangat terkejut dengan berita ini…..walaubagaimana pun, Allah lebih menyayangi beliau….mudah2an beliau di tempatkan dengan orang2 yang soleh…amin…
March 22nd, 2011 at 12:24 pm
Alfatihah…satu berita yg mengejutkan juga..da lama saya tk buka email,tp apabila buka saya dpt berita yg sememangnya mengejutkan saya..walaupun tidak pernah berua muka tetapi video2 sebelum ini dan segala mcm info dr blog ini saya jadikan panduan utk menjadi yg terbaik..semoga jasa beliau dlm mencurahkan ilmu2 yg berguna ini mendapat kerahmatan untuknya..buat En.Mie tabahkan hati dan teruskanlah perjuangan yg murni ini utk kejayan AGAMA DAN BANGSA..wasallam..
March 22nd, 2011 at 7:06 pm
Alfatihah buat Allahyarham Pn Hajjah Arina, saya dan isteri sangat terkejut dengan berita yang sangat menyedihkan ini. peluang 2kali berjumpa dengan Pn Arina sangat saya tidak dapat lupakan. semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini.
buat teman2, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau, semoga beliau sentiasa dibawah rahmat Allah. Amin.
iklas Mustakim dan Rosliza
March 23rd, 2011 at 9:51 am
Assalamualaikum
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Puan Hjh Arina Abas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang yang solehah. Semoga ilmu yang diturunkan kepada kami akan kami amalkan….
Wassalam
March 23rd, 2011 at 5:37 pm
salam takziah buat en;mohd yusmi sekeluarga.maaf sy lambat baca email.al-fatihah
March 24th, 2011 at 2:45 pm
AL Fatihah……
Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama para auliya amin….
March 27th, 2011 at 10:08 am
salam takziah…sungguh tenang pn hajjah dlm menangani penyakitnya..di sebalik dia berikan kita kegembiraan, ada kedukaan di sebalik wajahnya..semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan orang2 yang beriman…amin
March 28th, 2011 at 4:42 pm
AL-FATIHAH…sy panjatkan ke atas roh ‘Allahyarhamah Pn Arina Binti Abbas. Kak rina yang sy kenali sewaktu hayat nya, dan perkenalan yang singkat ini telah mempertemukan saya sekali lagi dgn beliau seterusnya menjadi sifu master mind pada beliau, Alhamdullillah pemergian beliau meninggalkan wasiat seperti mana dituntut Allah iaitu ilmu yang ditinggalkan kepada ribuan anak murid dan umat islam seluruhnya yang pernah membaca kupasan ilmu minda beliau…semoga ditempatkan di kalangan org yang beriman dan ahli syurga, Buat abg yusmi maaf kerana sy terlalu lewat mengetahui berita ini, sebab dh lama tak bukak email .,semoga abg yusmi menghadapi dugaan ini dgn penuh ketakwaan dan kesabaran, Sesungguhnya Allah maha mengetahui musibah yang diturunkan mempunyai seribu satu rahsia yang tidak kite ketahui…Amin untuk Allahyarhamah dan seluruh keluarga terdekat……(((…..
April 22nd, 2011 at 5:03 pm
Salam Takziah buat saudara Yusof dan keluarga terdekat Allahyarhammah,
Semoga beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solleh dan di syurga oleh Allah SWT.
Ilmu yang Allahyarhammah curahkan, sukar di cari ganti dan amatlah ‘high class’ dari motivator yang lain yang terdapat di Malaysia.
Wassalam.