Kami

Evolusi Minda merupakan sebuah badan penyedia kursus berkaitan Kuasa Minda.  Evolusi Minda ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan diasaskan oleh Puan Hajjah Arina Abbas dan suami beliau En Yusmi Yusof selaku penasihat dan pentadbir.  Sejak penubuhan sehingga kini Evolusi Minda tidak berhenti-henti memberi dan berkongsi ilmu berkaitan Kuasa Minda kepada masyarakat.

Alhamdulillah kami di Evolusi Minda sangat komited membantu setiap peserta memahami dan mempraktikkan setiap ilmu yang disampaikan.  Hasil daripada komitmen tersebut ramai daripada peserta kami yang dapat melakukan perubahan baik dari segi kewangan, kehidupan mahupun diri sendiri.

pn-hjjh-arina

Puan Hajjah Arina Abbas, telah terlibat secara langsung di dalam bidang metafizik sejak tahun 1992.  Beliau pada peringkat awal hanya mempelajari ilmu tersebut untuk kefahaman dan kegunaan peribadi, namun tanpa disangka minat beliau tertumpu dan mula berkembang di dalam bidang metafizik tersebut.  Atas minat yang begitu mendalam beliau mendalami bidang tersebut dan memperluaskan ilmu pengetahuannya dengan mendalami ilmu sains universal, quantum fizik dan seterusnya sains ketuhanan.

yusmi

En Mohd. Yusmi Yusof, merupakan penasihat serta pentadbir Evolusi Minda.  Beliau juga merupakan seorang yang telah terlibat di dalam bidang yang sama iaitu metafizik sejak tahun 2001.  Namun begitu beliau hanya mengambil ilmu tersebut sebagai pengetahuan dan menggunakannya lebih untuk kegunaan peribadi.  Kini beliau begitu komited untuk mengembang dan membangunkan Evolusi Minda ke peringkat yang lebih jauh.

Evolusi Minda kini mengorak langkah yang lebih besar untuk mengembangkan khidmatnya hingga peringkat antarabangsa.  Kami amat bersyukur dengan pencapaian Evolusi Minda setakat ini dan berazam untuk terus menyumbang ilmu yang amat hebat ini kepada masyarakat khususnya dan dunia amnya, demi kecemerlangan dan kebahagiaan sejagat.

Posted by admin on July 14th, 2009

Permalink

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting

manzhosin.ru fgg2006.com mas-avn.ru malysheva-art duetalmas