Rahsia Pola Tarikh Lahir Erra Fazira

Filed under: Ilmiah, Umum

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu kita sekali lagi untuk post minggu ini. Dalam post kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog tentang ILMU NUMEROLOGY. Sepanjang Preview Percuma kami, saya memang kongsikan dengan peserta tentang ilmu ini. Seronok rasanya melihat peserta begitu teruja dengan ilmu tersebut. Seperti yang kami katakan dalam post lepas, memang sudah niat kami berikan ia PERCUMA dalam setiap sessi preview.

Namun ada juga yang bertanyakan samada ilmu ini bersalahan atau tidak dalam Islam. Pada pendapat saya secara peribadi, ilmu ini hanyalah sebagai garis panduan untuk seseorang individu tersebut MERANCANG kehidupan mereka, kerana ‘Jika Anda Gagal Merancang, Anda Sebenarnya Merancang Untuk Gagal.’ Ilmu yang kami kongsikan ini juga merupakan satu kajian sikap dan tidak langsung berunsur ramalan. Apabila mengenali sikap dan kecenderungan peribadi anda, secara tidak langsung ia memudahkan anda merancang dan memilih kerjaya/perniagaan yang sesuai.
Baca Seterusnya .. Klik Sini »

Posted by admin on November 30th, 2009

20 Comments »

Permalink

Ilmu Numerology PERCUMA dari EM

Filed under: Ilmiah

Ahad lepas baru sahaja tamat sessi Seminar PERCUMA Evolusi Minda yang pertama. Alhamdulillah sambutannya menggalakkan. EM memberi ilmu numerology secara PERCUMA dalam sessi tersebut. Wahh!! ramai gak yang mengambil kesempatan untuk berjumpa Puan Hajjah Arina in person untuk periksa maksud tarikh lahir mereka dengan lebih mendalam. Ada juga yang guna peluang ini untuk periksa tarikh lahir kekasih, suami ataupun isteri  :) .

Pada hari kedua, ramai antara peserta yang hadir dari elemen api. Antara kelebihan orang berelemen ini ialah petah bercakap dan mempunyai semangat kepimpinan. Contoh ahli politik yang berelemen ini; Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kepetahan beliau berpidato tidak boleh disangkal lagi. Peserta yang datang juga apa kurangnya. Kebanyakan orang elemen api memang pandai bercakap, pelbagai soalan diberi. Walau bagaimanapun kami selalu ingatkan peserta supaya guna ilmu ini sebagai panduan. Yang penting untuk berjaya mesti mempunyai minda yang fokus dan jelas objektifnya. Hanya minda yang terancang sahaja boleh capai impian dan kejayaan. Jika tidak, kejayaan hanyalah satu ilusi.

Ohhh lupa. Bagi sesiapa yang hendak menyertai Seminar PERCUMA Evolusi Minda ini, bolehlah mengisi  borang di bawah untuk pengesahan tempat.
Ok jumpa anda di Seminar PERCUMA Evolusi Minda. :) .


Jadual Seminar PERCUMA Evolusi Minda

Tarikh Seminar PERCUMAEvolusi Minda Masa Tempat

26hb Mac 2010 (Jumaat)
8.30mlm hingga 10.45mlm Pusat Latihan Wisma
Norbaya, No 15,
Jalan 2/4C, Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur

>klik sini lihat peta<


3hb April 2010 (Sabtu)
8.30mlm hingga 10.45mlm

17hb April 2010 (Sabtu)
8.30mlm hingga 10.45mlm

24hb April 2010 (Sabtu)
8.30mlm hingga 10.45mlm

25hb April 2010 (Ahad)
2.30ptg hingga 5.00ptg

1hb Mei 2010 (Sabtu)
8.30mlm hingga 10.45mlm

2hb Mei 2010 (Ahad)
2.30ptg hingga 5.00ptg

Isi borang berikut:

Borang Daftar Seminar PERCUMA Evolusi Minda
Wajib diisi *
1. Nama: *

2. No tel: (yang mudah hubungi) *

3. Emel: *

4. Tarikh dan Masa kelas yang ingin di hadiri: *

  • 26hb Mac 2010 (Jumaat) 8.30mlm hingga 10.45mlm
  • 3hb April 2010 (Sabtu) 8.30mlm hingga 10.45mlm
  • 17hb April 2010 (Sabtu) 8.30mlm hingga 10.45mlm
  • 24hb April 2010 (Sabtu) 8.30mlm hingga 10.45mlm
  • 25hb April 2010 (Ahad) 2.30ptg hingga 5.00ptg
  • 1hb Mei 2010 (Sabtu) 8.30mlm hingga 10.45mlm
  • 2hb Mei 2010 (Ahad) 2.30ptg hingga 5.00ptg
5. Jangkaan bilangan yg. ingin hadiri bersama anda: *

  • Hanya saya seorang
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

Posted by admin on November 24th, 2009

4 Comments »

Permalink

YES!! Bengkel “Siapa Aku” Berjaya Capai Matlamat.

Filed under: Umum

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana di atas limpah kurnianya, selesai sudah Bengkel ‘SIAPA AKU’. Kalau ditanya bagaimana perasaan saya? Jawapannya, WOW! Saya secara peribadi berasa sangat bersyukur, bangga dan teruja dengan peserta bengkel kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta kerana memberikan saya satu pengalaman indah selama 2 hari iaitu pada 14 &15 Nov 2009, yang bakal menjadi memori abadi dalam ‘BLUEPRINT’ saya. Penyertaan aktif peserta, bersoal jawab serta memberi pendapat memeriahkan suasana bengkel. Peserta begitu mesra sesama sendiri seperti sebuah keluarga besar.

Suasana ini mengingatkan saya pada pengalaman saya berseminar. Rata-rata seminar yang saya hadiri membataskan pergaulan antara moderator dan peserta. Sehingga saya pernah berazam andai kata pada suatu hari saya menjadi moderator, saya inginkan satu perhubungan mesra diantara saya dan peserta. Alhamdulillah impian tersebut menjadi kenyataan.

Boleh dikatakan 75% peserta Evolusi Minda sentiasa dapat menghubungi saya, tidak kira samada melalui emel, telefon, sms atau YM. Hubungan antara saya dan peserta amat erat. Saya sentiasa mengganggap peserta saya seperti sebahagian keluarga saya. Suasana ini dapat di lihat pada setiap kali saya mengadakan kelas follow-up percuma untuk para peserta. Dengan adanya hubungan akrab ini, saya dapat memantau perkembangan serta kemajuan diri peserta tidak kira kemajuan peribadi mahupun kerjaya atau perniagaan. Kami sentiasa bertukar-tukar dan berkongsi cerita kemajuan. Hal ini dapat dilihat dalam blog EM, dimana setiap pencapaian peserta kami kongsi bersama.

Di sini juga saya sebagai Moderator Evolusi Minda dan suami saya bagi pihak pengurusan ingin mengucapkan Setinggi-tinggi TAHNIAH kepada salah seorang peserta Evolusi Minda iaitu Yg Bhg PROFFESSOR DR ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN di atas anugerah Proffessornya dari The Open International University for Complementary Medicines. Beliau amat berbangga berkongsi cerita dengan kami semasa di dalam bengkel pada 15 Nov. Secara kebetulan beliau menerima salinan scroll tersebut pada malam 14 Nov. Pagi-pagi lagi beliau telah berkongsi berita gembira tersebut dengan saya dan seterusnya membuat perkongsian dengan semua peserta. Tahniah sekali lagi daripada kami.

Atas desakan dan permintaan yang tidak henti-henti daripada peserta Evolusi Minda meminta kami menubuhkan Alumni, insyaAllah kami akan usahakan dalam jangkamasa terdekat ini.

Sebenarnya boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima berita gembira daripada peserta-peserta Evolusi Minda. Ada sahaja pencapaian yang hendak mereka kongsikan bersama. Antaranya Kak Shahriffa, Hazrol, Nasriyah, Umi, Muzai, Bob dan ramai lagi yang tidak saya sebutkan namanya di sini. Saya amat yakin senarai ini akan terus dan terus bertambah dari masa ke semasa.

Alhamdulillah kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Allah di atas kebahagiaan dan kegembiraan ini. SubhanAllah, bahagia sangat rasanya berada di dalam keluarga besar Evolusi Minda, dan saya dengan berbesar hati ingin menjemput anda semua untuk menyertai keluarga besar kami. Evolusi Minda bakal mengadakan Seminar Asas pada 20hb DISEMBER 2009 dengan harga promosi RM380.00 sahaja. Jadi rebutlah peluang keemasan ini dan daftarlah segera sebagai keluarga Evolusi Minda.

Posted by admin on November 17th, 2009

11 Comments »

Permalink

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting