Posted by admin on December 22nd, 2009
Apa Itu Gelombang Alpha?-Siri 2
Filed under: Ilmiah, Tips Kejayaan
Salam Evolusi Selamat berjumpa lagi dalam post minggu ini. Seperti yang pernah dijanjikan, saya ingin menyambung perkongsian tentang Gelombang Alpha. Seperti yang diterangkan pada post yang lepas gelombang Alpha sangat sesuai untuk mendapatkan apa yang dinginkan. Dalam post kali ini kita berkongsi dengan lebih mendalam tentang gelombang alpha.
Ramai di antara kita menggunakan gelombang minda beta dalam pekerjaan seharian. Semua perkara yang kita lakukan menggunakan minda sedar atau conscious mind. Setiap pekerjaan mesti ada logik, mesti mengikut aturan, mesti kena dengan susunan. Itu semua dilakukan dengan minda sedar. Terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh minda sedar sehingga menyebabkan gelombangnya menjadi begitu padat. Itu tidak termasuk lagi dengan penyelesaian masalah, mana masalah rumahtangga, anak-anak, kewangan. Contohnya ini dah akhir tahun, tak lama lagi persekolahan bermula, mana masalah, anak masuk sekolah, mana masalah bas sekolah, buku sekolah, tuisyen dan terlalu banyak untuk difikirkan. Ini semua dilakukan dengan minda sedar. Keadaan ini mendorong kepada
Baca Seterusnya .. Klik Sini »
Muat Turun Video Bengkel ‘Siapa Aku’ Ke-2
Filed under: Cerita Kejayaan Peserta, Ilmiah
Salam Evolusi
Syukur, selesai sudah bengkel kedua ‘SIAPA AKU’. Berlainan sekali bengkel kali ini, kerana ia disertai oleh anak-anak muda yang sangat berdaya saing. Terima kasih kepada Kak Long, Umi, Amy, Ihsan, Bob Dan Muzai. Pengalaman bersama merka sangat berbeza dengan kumpulan pertama. Kalau pada bengkel pertama dulu pesertanya rata-rata orang-orang hebat yang mempunyai latar belakang. Tapi kumpulan kedua ini pula semuanya fresh tentang ilmu mengenal diri. Namun komitmen yang mereka tunjukkan sangat hebat. Terima kasih sekali lagi.
Baiklah kali ini saya ingin bercerita tentang anak muda yang juga peserta bengkel yang datang dari jauh, iaitu Sarawak.
Baca Seterusnya .. Klik Sini »
Kenapa M. Nasir bergelar “SIFU”…
Filed under: Ilmiah
Assalammualaikum dan Salam Evolusi
Dalam hutan, Ada taman
Dan dalam taman, Ada puterinya
Dalam baju, Ada cinta
Dan dalam cinta, Ada segala-galanya
Dalam awan, Ada hujan
Dan dalam hujan, Ada lautan
Dalam aku, Ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua
Bait lagu di atas dipetik daripada Lagu ADA, nyanyian Sifu M. Nasir. Wow ! Bila sebut sahaja nama Sifu M. Nasir badan saya akan meremang keseluruhannya. Itu belum lagi menonton konsert beliau. Konsert belum bermula tetapi peminat telah mula histeria. Menjerit-jerit nama beliau. Beliau keluar sahaja untuk mula menyanyi peminat akan terus bernyanyi bersama tanpa perlu diminta oleh Sifu M. Nasir. Adakalanya beliau hanya perlu memulakan rangkap pertama sahaja dan selebihnya akan dinyanyikan oleh penonton dengan semangat. Konsert yang berlansung selama 2 jam dirasakan seolah-olah sepuluh minit sahaja. Tidak puas, dan penonton akan terus menjerit-jerit dan meminta lagi. Begitulah biasanya senario yang dapat dilihat pada konsert Sifu M. Nasir. Energi yang Sifu keluarkan mampu mempengaruhi seluruh dewan tidak kira betapa besar sekali pun dewan yang digunakan. Itulah kehebatan pengaruh Sifu M. Nasir.
Ilmu apa yang Sifu M. Nasir ada sehingga beliau mampu memukau penonton dan peminat? Ilmu pengasih kut,,, atau ilmu pukau,,, atau ilmu pelaris,,, Hmmm, sebenarnya apa yang ada pada Sifu M. Nasir adalah ilmu minda yang hebat. Beliau kenal minda dan dalaman beliau sebenar-benarnya. Kelebihan ini beliau gunakan untuk berinteraksi dengan penonton dan peminat. Dengan kekuatan minda separa sedar beliau, Sifu M. Nasir mampu memukau serta membuat penonton terpana dengan persembahannya. Mari kita lihat rentetan kehidupan Sifu M. Nasir dalam industri seni tanahair.
Baca Seterusnya .. Klik Sini »

