Kisah Usahawan Muda, Hasbul ‘Arif.

Filed under: Cerita Kejayaan Peserta, Tips Kejayaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita dengan para pembaca tentang kisah salah seorang bekas peserta Evolusi Minda. Beliau ialah Hasbul ‘Arif bin Hassan Zaki dan selepas ini kita kenali beliau sebagai ‘Arif. Mungkin ramai telah mengenali beliau namun apa yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana Hasbul ‘Arif mengaplikasikan ilmu yang beliau ada.

Hasbul ‘Arif merupakan anak kedua yang sangat kuat semangat. Sejak dari bangku sekolah lagi ‘Arif telah menanam cita-cita yang tinggi untuk jadi jutawan, dan ini merupakan penyumbang utama mengapa ‘Arif memilih untuk tidak bekerja sebaik sahaja tamat kolej dan sebaliknya terus mengejar cita-citanya dalam menjadi usahawan. Dalam perjalanan untuk menjadi jutawan, bermacam-macam cara telah dilakukan ‘Arif. Akan tetapi usahanya masih belum konsisten. Hasilnya, naik turun dan masih tidak tetap, sehinggalah pada satu hari ‘Arif diperkenalkan kepada saya oleh sahabatnya Zhafran.

‘Arif seterusnya meminta pandangan dan beberapa tips bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapainya. Setelah mendengar segala permasalahan saya mengajak ‘Arif menghadiri Seminar Asas Evolusi Minda. Alhamdulillah beliau bersetuju. Selepas seminar tersebut barulah ‘Arif tahu bagaimana untuk menjadi seorang jutawan dan yang paling penting mengekalkan pendapatannya secara konsisten. Hari ini Hasbul ‘Arif bin Hassan Zaki merupakan seorang usahawan muda yang sangat berjaya, memiliki pendapatan yang konsisten dan bertambah dari semasa ke semasa. Daripada seorang anak muda yang hanya menunggang kapcai kini memiliki Mitsubishi Lancer dan dengar kata sekarang ini ‘Arif sedang merisik-risik untuk memilik rumah bernilai RM700,000 awal tahun depan dan yang paling utama memiliki sebuah perniagaan yang terus meningkat.

Apa yang membezakan antara Hasbul ‘Arif dan mereka yang masih belum berjaya ialah, memiliki ILMU yang betul, YAKIN dengan ilmu yang dimiliki dan yang paling penting AMALKAN apa yang dipelajari dengan betul.

Para pembaca yang dihormati, ramai daripada kita mencari tips untuk menjadi jutawan atau dalam erti kata lain untuk menjadi kaya, namun berapa ramai yang betul-betul ada keyakinan dengan diri sendiri untuk menjadi kaya. Kita mesti YAKIN dengan diri kita sendiri terlebih dahulu bahawa kita mampu menjadi/mendapat apa yang kita inginkan. Seterusnya kita YAKIN dengan segala ilmu yang telah kita pelajari yang menjurus kearah tersebut. Setelah yakin dengan apa yang kita hendak kita mesti YAKIN dengan apa yang kita lakukan. Dan yang paling penting memiliki ILMU yang betul yang bakal membantu kita mendapatkan apa yang kita inginkan atau idamkan.

Para pembaca sekalian, kami di EVOLUSI MINDA sangat berdedikasi dalam membantu mereka yang ingin atau masih tercari-cari jalan penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi. Kami yakin dan percaya setiap insan mampu mencapai kehidupan yang ultimate dalam dunia ini.

Untuk mencapai segala-gala yang diidamkan apa yang penting ialah kita kena ubah cara kita berfikir. Kita mesti berfikir mengikut cara yang betul dan itu adalah satu daripada ILMU yang dikongsi di Evolusi Minda. Kami percaya setiap insan mampu berubah kerana ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN.

Posted by admin on October 21st, 2009

8 Comments »

Permalink

Apa Itu GELOMBANG ALPHA? Siri 1

Filed under: Ilmiah

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan para pembaca, apa itu Gelombang ALPHA? Saya dapati ramai yang mencari erti Alpha, Alpha Brain Wave dan segala yang berkaitan dengan Gelombang Alpha.

Apa itu Gelombang Alpha atau Alpha Wave?
Sebenarnya gelombang minda terdiri daripada 4 iaitu, Beta, Alpha, Theta dan Delta. Setiap gelombang ini memiliki frekuensi yang berbeza.

Gelombang Beta.

Ketika kita sedang dalam keadaan sibuk bekerja, mengurus atau pendeka kata dalam setiap urusan atau kehidupan biasa, gelombang minda kita berada dalam keadaan Beta. Gelombang Beta merupakan gelombang yang ‘sibuk’. Getarannya sangat rapat dan berkecamuk. Gelombang ini sangat sinonim dengan mereka yang stress, buntu fikiran, tak keluar idea, cepat tension, cepat marah, cepat meradang. Boleh dikatakan gelombang ini mempengaruhi kita menjadi lemah fikiran akibat tekanan. Namun itulah dia gelombang yang sentiasa kita miliki dan dalam erti kata lain, kita suka dengan gelombang itu. Kenapa saya kata begitu? Kerana walau dalam apa juga keadaan, kita tetap suka duduk dalam keadaan yang sibuk itu. Dengan alasan dah memang kerja saya begitu, susah, bos cerewet, kena hantar in time dan banyak lagi. Maka dari mula hingga akhir kita akan tetap duduk dalam keadaan itu, namun apa yang di cita-citakan tetap tak dapat.

Gelombang Alpha.

Gelombang Alpha pula ialah gelombang di mana ketika itu minda kita berada di tahap rehat. Ketika bila minda berada di tahap Alpha? Minda berada di tahap Alpha ketika kita sedang bersantai, memandu, mandi, dan paling utama ketika kita solat. Untuk pengetahuan para pembaca, gelombang ini merupakan gelombang yang paling utama untuk kita mencapai apa yang kita inginkan. Gelombang Alpha ini tercetus atau terjadi ketika kita berada dalam keadaan separa sedar. Contohnya ketika kita mandi, waktu mandi kita tidak berfikir benda yang serius. Kita akan berkhayal, fikiran kita akan melayang, kadang-kadang kita berfikir benda yang di luar bidang kita, kita terkhayal perkara yang kita tak ada ketika ini

Adakala, kita membayangkan kita sedang memandu kereta idaman, berada di rumah idaman, dating dengan gadis/teruna idaman. Adakala kita membayangkan memiliki perniagaan yang hebat sedangkan pada hakikatnya kita masih makan gaji. Ketika itu lah gelombang minda kita berada di tahap Alpha. Sebenarnya untuk kita memiliki apa yang kita idamkan kita mesti berada di dalam keadaan Alpha. Kreativiti juga hadir ketika minda kita berada dalam keadaan Alpha. Bila kita kreatif barulah banyak idea untuk maju akan hadir dalam minda kita. Jika dalam perniagaan kita sememangnya di kehendaki menjadi kreatif. Bagaimana untuk mendapatkan gelombang Alpha ini? Di sinilah Alpha Brain Wave, iaitu satu ciptaan muzik berbentuk digital boleh digunakan untuk membantu mendapatkan gelombang alpha ini. Muzik tersebut merupakan hasil kaji selidik pakar-pakar bagi membantu membetulkan getaran gelombang minda dan seterusnya membantu mereka yang menggunakannya untuk mendapat tahap gelombang Alpha dengan lebih cepat.

Selain itu mereka yang rajin melakukan sembahyang tahjjud dan meditasi juga mudah untuk berada di tahap Alpha. Gelombang ini merupakan frekuensi yang seiring dengan frekuensi universe. Ini bererti jika kita ingin menghantar pesanan kepada universe kita hendaklah berada dalam frekuensi yang sama dengannya. Contoh ini sama dengan frekuensi radio, jika di Melaka siaran yang sama tetapi memiliki frekuensi yang berbeza daripada Kuala Lumpur atau Terengganu. Meditasi sangat membantu dalam kita memastikan gelombang minda kita sentiasa berada di tahap Alpha.

Gelombang Theta.

Gelombang Theta pula ialah gelombang dalam keadaan rehat yang mendalam. Bermimpi atau bermeditasi yang terlalu khusyuk. Gelombang ini selalunya didapati pada mereka yang bertapa. Ada juga perawat menggunakan hynosis untuk merawat pesakitnya, perawat akan mengarahkan agar minda pesakit menukarkan gelombangnya kepada gelombang Theta. Namun gelombang ini tidak banyak membantu bagi orang seperti kita yang masih mengejar cita-cita.

Gelombang Delta.

Gelombang Delta, corak gelombang minda yang paling lambat. Gelombang ini terbentuk ketika seseorang itu berada di tahap koma, tidak sedar diri atau ditidurkan. Ketika berada di tahap ini seseorang itu tidak lagi berhubung dengan dunia nyata. Namun gelombang ini diperlukan untuk melakukan rawatan ke atas seseorang pesakit itu.

Dalam Seminar Asas Evolusi Minda, peserta didedahkan dengan teknik pernafasan yang betul, meditasi dan fokus untuk membantu peserta mendapatkan gelombang minda Alpha pada setiap masa. Gelombang ini sangat penting jika seseorang itu betul-betul ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan. Namun tidak dapat disangkal bahawa ia bukan sesuatu yang mudah kerana perlu ada semangat untuk berubah dan tahu apa yang dicari dan diinginkan sebenar-benarnya dalam hidup ini. Kita perlu tanya pada diri apakah yang aku betul-betul hendak di dalam kehidupan ini? Barulah dengan itu Alam dan terlebih-lebih lagi Allah tahu apa yang kita mahukan sebenar-benarnya sebelum memberikannya kepada kita.

Apabila kita telah ada satu ketetapan maka barulah kita ada fokus dan halatuju yang betul untuk mencapai matlamat tersebut. Jika kita masih ragu-ragu dengan apa yang kita sendiri ingin kan, bagaimana Alam ingin merealisasikan kehendak kita? Kita kena PASTI dan YAKIN dengan apa yang dicari dan dicita, setelah seiringan barulah Universe akan membantu kita untuk mencapai cita-cita kita.

Puan Hajjah Arina Abbas
Moderator Anda.

Posted by admin on October 15th, 2009

7 Comments »

Permalink

Kenapa ada Virus ‘M’?

Filed under: Ingat Mengingati

Baru-baru ini saya pernah ditanya oleh seorang pengikut EM, “Saya cukup malas terutama mengamalkan teknik pernafasan (beliau pernah belajar teknik pernafasan dengan perguruan lain sebelum ni). Dengan teknik EM ni, kita boleh rajin dan maju ke?

Selain dari tabiat semulajadi, sebenarnya yang membuat diri kita malas bukanlah kerana kita ni bersifat ‘pemalas’. Antara sebabnya kita tak beri ruang dan masa  untuk diri kita berubah. Tambahan pula dengan  ilmu yang terhad. Kita sendiri tidak tahu apa yang kita hendak. Tidak kira apa bentuk kejayaan pun yang kita idamkan, samada kebahagian keluarga, kekayaan material mahupun spiritual. Pertama sekali yang perlu kita buat ialah, tanyakan  pada diri kita “apa yang aku nak dalam hidup ni?” Sekiranya anda ada jawapan yang kukuh (dari hati & sanubari),  dengan panduan dan ilmu yang betul, anda akan dapat segala yang anda idamkan. Tiada lagi malas dan ragu-ragu dalam tindak tanduk, malah anda akan sentiasa teruja. Tetapi jika sebaliknya;  percayalah, apapun yang anda lakukan hanya sekadar angin lalu. Ia tidak akan memberikan apa-apa perubahan dalam hidup malah kadang kala memusnahkan.

Kehendak yang kukuh beserta sebab yang jitu akan menjadi satu matlamat dalam hidup. Disamping itu, tetapkan fokus anda. Dapatkan ritma dan momentum berterusan, insyaAllah segala matlamat anda menjadi kenyataan.

Inilah bezanya Evolusi Minda dengan kursus lain. Kami ‘mengubat’ punca dan  masalah dalaman peserta, kemudian diberi teknik (meditasi, pernafasan dan fokus) sebagai ‘alat’.  Ilmu numerologi dan warna sebagai ‘sokongan’. Akhirnya, kuasa minda sebagai ‘perisian’. Kami juga merungkai kesilapan-kesilapan yang mungkin anda tidak terfikir selama ini kerana ia telah menjadi kelaziman umum.

Luangkan masa untuk menonton video ini. Terdapat beberapa ilmu berguna untuk anda yang Puan Hajjah Arina kongsikan bersama.

 

Yusmi Yusof

Posted by admin on October 4th, 2009

3 Comments »

Permalink

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting

Ньюфаундленд