Kisah Bazaar Ramadhan

Filed under: Tips Kejayaan

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah.
Ramai usahawan yang mengambil peluang untuk menambah pendapatan dari kehadiran Ramadhan. Banyak barakah Ramadhan yang boleh diceritakan. Tapi kali ni EM nak cerita dari sudut keusahawanan. InsyaAllah akan datang kita cerita tentang energy Ramadhan.
Kenapa EM selalu bercerita tentang usahawan? Sebab EM mahu masyarakat Islam tukar paradigma tentang keusahawanan. Melalui keusahawan; kita ada kekuatan ekonomi. Apabila masyarakat Islam ada kekuatan ekonomi maka secara tidak langsung Islam akan terus kuat dibumi Malaysia.

Penyedian makanan adalah bidang perniagaan yang paling tinggi permintaan. Maka, kehadiran bulan barakah ini, sangat dinanti oleh peniaga makanan. Baru-baru ini EM pergi ke bazaar Ramadhan di Kelana Jaya. Sebut saja nak makan apa? Semuanya ada. Kalau dahulu pizza hanya terdapat di Pizza Hut atau Domino sahaja; tapi kini anda boleh memperolehinya di sini. Pengunjung yang membeli makanan yang dijual, seolah percuma. Seronok melihat mereka berniaga.:)

Tahukah anda berniaga ini perlukan latihan? Dari pemerhatian EM ada juga gerai yang tidak dapat sambutan. Biasanya gerai yang pertama kali berniaga. Kadang kala bukan juadah mereka tidak sedap atau tidak berkualiti. Antara faktornya ialah tidak cukup latihan. Jika dikatakan gerai lain ada pelanggan tetap. Mungkin juga, sebab mereka sudah lama berniaga. EM mengambil peluang risik-risik dengan peniaga di situ. Tidak semua antara mereka yang biasa berniaga kawasan Kelana Jaya. Ramai peniaga yang EM tidak kenal, tapi gerainya tetap dapat sambutan.

Selain dari memiliki ilmu dalam perniagaan; sebagai seorang peniaga kita juga perlu latihan. Contohnya, anda memiliki ilmu membuat kek sejak 10 tahun lepas, tetapi dalam tempoh itu hanya baru 3 kali mempraktikkannya. Tentunya kebolehan anda tidak sama dengan mereka yang sudah 10 tahun melakukannya.

Kesimpulannya, walaupun kek yang anda buat jauh lebih sedap dari mereka, tetapi kebolehan anda untuk kuasai pasaran tidak sama seperti mereka yang telah praktis 10 tahun dalam pasaran. Untuk pengetahuan anda di sinilah faktor minda separa sedar memainkan peranan. Minda separa sedar peniaga tidak sama dengan orang awam. InsyaAllah dilain masa kita cerita lagi dengan lebih mendalam.

Akhir kata, latihan perniagaan ini perlu berterusan dan sehingga anda rasa seronok melakukannya. Percayalah dalam keseronokan itu, barulah datangnya kejayaan. Ungkapan ‘I play with my job’ sebenarnya memang wujud.

Posted by admin on August 27th, 2009

No Comments »

Permalink

Evolusi dan Minda

Filed under: Umum

Alhamdulillah…dengan pertolongan Team Flarebiz siap sudah blog Evolusi Minda. Kami di Evolusi Minda (EM) mengucapkan terima kasih kepada mereka. Flarebiz terdiri dari 2 orang anak muda hebat dalam dunia Internet Marketing di Malaysia. Seorang namanya Labanon dan seorang lagi Zhafran. Syukur ada mereka yang bantu EM.

Ok.. kami ingin bercerita sedikit tentang EM. Apa itu Evolusi Minda sebenarnya? Apa Matlamat EM? Kenapa mesti pilih EM? Evolusi Minda sebenarnya adalah badan penyedia kursus. Tujuan EM adalah memberi kesedaran kepada masyarakat umumnya dan khusus kepada bumiputera tentang kuasa minda. Bukan itu sahaja, kami memberikan pendedahan umum kepada ilmu metafizik, motivasi dan kehidupan. Matlamat kami untuk membantu anda lebih maju dalam kehidupan. Inilah yang dikatakan evolusi. Pendek kata, jadi orang berjaya.

Bila sebut pasal berjaya, macam-macam definasinya. Setiap orang mempunyai persepsi tersendiri tentang berjaya. Ada orang; naik pangkat, memiliki kereta besar atau rumah besar baru dikira berjaya. Ada orang lain pula; dapat pergi Mekkah atau dapat anak pertama pun dikira berjaya bagi mereka. Tidak kurang juga bagi sesetengah orang yang mengukur kejayaan dalam hidup itu dengan pencapaian akademik.

Terpulang kepada anda untuk mengukur definasi kejayaan. Seperti yang di katakan tadi, hasrat kami adalah memberi kesedaran kepada masyarakat; kerana kami yakin bahawa anda layak mendapat kejayaan yang lebih optimum dalam hidup. Kesedaran inilah yang kami ingin sampaikan. EM hanya mampu tunjukkan pintu tetapi anda sahaja yang boleh berjalan merentasinya. EM sentiasa menggalakkan dan menyokong kejayaan anda.

Setiap manusia dilahirkan dengan potensi diri yang hebat. Anda hanya perlu kenal potensi tersebut untuk melakukan evolusi. Justeru itu, rangsang minda anda dengan info kami; kerana tiada kejayaan tanpa ilmu. Perkataan ini sering kami ulangi; lapangkan minda, tenangkan fikiran dan bukakan hati. Percayalah, anda tidak akan rugi bersama kami kerana dari masa ke semasa anda akan dibawa dari sudut yang berbeza-beza tentang kehidupan. Tunggu tips-tips EM akan datang.

Posted by admin on August 23rd, 2009

5 Comments »

Permalink

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting