Posted by admin on November 29th, 2010
Menu Minda
Filed under: Ilmiah
Manusia hidup untuk makan atau manusia makan untuk hidup. Pilih mana satu yang bersesuaian dengan diri anda. Tidak dinafikan makanan begitu penting, malah amat penting dalam menjamin manusia untuk terus hidup. Selain untuk meneruskan kehidupan manusia memerlukan makanan untuk mempastikan kekuatan dan mendapat tenaga untuk fizikal mereka. Makanan yang kurang gizinya akan mengakibatkan seseorang manusia itu lemah dan amat mudah dihinggapi penyakit.
Begitu juga sebenarnya dengan minda kita. Minda perlu diberi makanan yang cukup gizinya untuk memastikan ia boleh digunakan untuk membantu manusia mencapai impian. Capai impian dengan minda? Bukankah capai impian sepatutnya dengan usaha? Ya, itu yang selalu difikirkan oleh masyarakat, ramai yang menganggap bahawa untuk mencapai impian seseorang manusia itu perlu berusaha dengan kuat. Sebenarnya bagi membolehkan seseorang manusia itu mencapai impian mereka apa yang diperlukan adalah tenaga minda yang kuat. Untuk mendapat tenaga minda yang kuat minda harus diberi pemakanan yang berkhasiat.
Baca Seterusnya .. Klik Sini »
‘FORCE’ untuk Berjaya
Filed under: Tips Kejayaan
Begitu ramai yang saya jumpa ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan, malah ada juga yang telah menceburkan diri dalam perniagaan, namun apa yang menjadi masalah utama mereka adalah KEKAL. Menceburi bidang perniagaan merupakan satu perkara yang begitu penting, melibatkankan diri dalam bidang perniagaan merupakan faktor yang kedua, faktor yang lebih utama adalah bagaimana untuk mengekalkan perniagaan tersebut agar terus berkembang dan mencapai target yang diharapkan.
Ini adalah dilema yang sering dihadapi oleh peniaga-peniaga. Adakala kata mereka, melihat orang lain begitu mudah menjalankan perniagaan, mengapa apabila mereka yang melakukannya menjadi sukar dan yang pasti kurang menjadi. Punca utama atau perkara paling pokok yang harus di ketahui oleh setiap manusia yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan adalah ‘PASTIKAN PURPOSE (sebab) ANDA’. Apakah sebab yang paling UTAMA aku menceburkan diri dalam perniagaan ini?
Baca Seterusnya .. Klik Sini »
Klisenya Perkataan ‘JUTAWAN’
Filed under: Tips Kejayaan
Setiap tahun ada sahaja cerita tentang JUTAWAN yang naik dan turun. Hari ini, perkataan jutawan menjadi satu maketing tool bagi sesetengah pihak. Seolah-olah telah menjadi begitu klise, sehingga ada di antara kita yang tidak mahu menjadi jutawan atau merasa loya bila di sebut perkataan jutawan.
Iklan di akhbar terhadap produk MLM terlalu banyak yang menjanjikan titile Jutawan kepada pengedarnya. Title Jutawan itu seolah-olah umpan kepada mata kail mereka. Dana yang terkumpul sebanyak RM1,000,000.00 telah melayakkan seseorang itu bergelar jutawan. Aduhai! Runsing jadinya bila difikirkan kerenah dan gelagat mereka yang begitu taksub untuk bergelar Jutawan. Buat apa sahaja yang penting matlamat menjadi jutawan tercapai. Ok stop!
Baca Seterusnya .. Klik Sini »

