Muat Turun Video Bengkel ‘Siapa Aku’ Ke-2

Filed under: Cerita Kejayaan Peserta, Ilmiah

Salam Evolusi

Syukur, selesai sudah bengkel kedua ‘SIAPA AKU’. Berlainan sekali bengkel kali ini, kerana ia disertai oleh anak-anak muda yang sangat berdaya saing. Terima kasih kepada Kak Long, Umi, Amy, Ihsan, Bob Dan Muzai. Pengalaman bersama merka sangat berbeza dengan kumpulan pertama. Kalau pada bengkel pertama dulu pesertanya rata-rata orang-orang hebat yang mempunyai latar belakang. Tapi kumpulan kedua ini pula semuanya fresh tentang ilmu mengenal diri. Namun komitmen yang mereka tunjukkan sangat hebat. Terima kasih sekali lagi.

Baiklah kali ini saya ingin bercerita tentang anak muda yang juga peserta bengkel yang datang dari jauh, iaitu Sarawak.
Baca Seterusnya .. Klik Sini »

Posted by admin on December 15th, 2009

10 Comments »

Permalink

Kenapa M. Nasir bergelar “SIFU”…

Filed under: Ilmiah

Assalammualaikum dan Salam Evolusi

Dalam hutan, Ada taman
Dan dalam taman, Ada puterinya
Dalam baju, Ada cinta
Dan dalam cinta, Ada segala-galanya
Dalam awan, Ada hujan
Dan dalam hujan, Ada lautan
Dalam aku, Ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua

Bait lagu di atas dipetik daripada Lagu ADA, nyanyian Sifu M. Nasir. Wow ! Bila sebut sahaja nama Sifu M. Nasir badan saya akan meremang keseluruhannya. Itu belum lagi menonton konsert beliau. Konsert belum bermula tetapi peminat telah mula histeria. Menjerit-jerit nama beliau. Beliau keluar sahaja untuk mula menyanyi peminat akan terus bernyanyi bersama tanpa perlu diminta oleh Sifu M. Nasir. Adakalanya beliau hanya perlu memulakan rangkap pertama sahaja dan selebihnya akan dinyanyikan oleh penonton dengan semangat. Konsert yang berlansung selama 2 jam dirasakan seolah-olah sepuluh minit sahaja. Tidak puas, dan penonton akan terus menjerit-jerit dan meminta lagi. Begitulah biasanya senario yang dapat dilihat pada konsert Sifu M. Nasir. Energi yang Sifu keluarkan mampu mempengaruhi seluruh dewan tidak kira betapa besar sekali pun dewan yang digunakan. Itulah kehebatan pengaruh Sifu M. Nasir.

Ilmu apa yang Sifu M. Nasir ada sehingga beliau mampu memukau penonton dan peminat? Ilmu pengasih kut,,, atau ilmu pukau,,, atau ilmu pelaris,,, Hmmm, sebenarnya apa yang ada pada Sifu M. Nasir adalah ilmu minda yang hebat. Beliau kenal minda dan dalaman beliau sebenar-benarnya. Kelebihan ini beliau gunakan untuk berinteraksi dengan penonton dan peminat. Dengan kekuatan minda separa sedar beliau, Sifu M. Nasir mampu memukau serta membuat penonton terpana dengan persembahannya. Mari kita lihat rentetan kehidupan Sifu M. Nasir dalam industri seni tanahair.
Baca Seterusnya .. Klik Sini »

Posted by admin on December 7th, 2009

No Comments »

Permalink

Rahsia Pola Tarikh Lahir Erra Fazira

Filed under: Ilmiah, Umum

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu kita sekali lagi untuk post minggu ini. Dalam post kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog tentang ILMU NUMEROLOGY. Sepanjang Preview Percuma kami, saya memang kongsikan dengan peserta tentang ilmu ini. Seronok rasanya melihat peserta begitu teruja dengan ilmu tersebut. Seperti yang kami katakan dalam post lepas, memang sudah niat kami berikan ia PERCUMA dalam setiap sessi preview.

Namun ada juga yang bertanyakan samada ilmu ini bersalahan atau tidak dalam Islam. Pada pendapat saya secara peribadi, ilmu ini hanyalah sebagai garis panduan untuk seseorang individu tersebut MERANCANG kehidupan mereka, kerana ‘Jika Anda Gagal Merancang, Anda Sebenarnya Merancang Untuk Gagal.’ Ilmu yang kami kongsikan ini juga merupakan satu kajian sikap dan tidak langsung berunsur ramalan. Apabila mengenali sikap dan kecenderungan peribadi anda, secara tidak langsung ia memudahkan anda merancang dan memilih kerjaya/perniagaan yang sesuai.
Baca Seterusnya .. Klik Sini »

Posted by admin on November 30th, 2009

20 Comments »

Permalink

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting