Ilmu Numerology PERCUMA dari EM

Filed under: Ilmiah

Ahad lepas baru sahaja tamat sessi Seminar PERCUMA Evolusi Minda yang pertama. Alhamdulillah sambutannya menggalakkan. EM memberi ilmu numerology secara PERCUMA dalam sessi tersebut. Wahh!! ramai gak yang mengambil kesempatan untuk berjumpa Puan Hajjah Arina in person untuk periksa maksud tarikh lahir mereka dengan lebih mendalam. Ada juga yang guna peluang ini untuk periksa tarikh lahir kekasih, suami ataupun isteri  :) .

Pada hari kedua, ramai antara peserta yang hadir dari elemen api. Antara kelebihan orang berelemen ini ialah petah bercakap dan mempunyai semangat kepimpinan. Contoh ahli politik yang berelemen ini; Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kepetahan beliau berpidato tidak boleh disangkal lagi. Peserta yang datang juga apa kurangnya. Kebanyakan orang elemen api memang pandai bercakap, pelbagai soalan diberi. Walau bagaimanapun kami selalu ingatkan peserta supaya guna ilmu ini sebagai panduan. Yang penting untuk berjaya mesti mempunyai minda yang fokus dan jelas objektifnya. Hanya minda yang terancang sahaja boleh capai impian dan kejayaan. Jika tidak, kejayaan hanyalah satu ilusi.

Ohhh lupa. Bagi sesiapa yang hendak menyertai Seminar PERCUMA Evolusi Minda ini, bolehlah telefon ataupun sms nombor di bawah. Anda boleh datang seberapa ramai yang anda suka, cuma perlu buat pengesahan tempat dengan kami.
Ok jumpa anda di Seminar PERCUMA Evolusi Minda. :) .


Jadual Seminar PERCUMA Evolusi Minda

Tarikh Seminar PERCUMAEvolusi Minda Masa Tempat
21hb Feb 2010
(Ahad)
2.30ptg hingga 5.00ptg Pusat Latihan Wisma
Norbaya, No 15,
Jalan 2/4C, Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur

>klik sini lihat peta<

28hb Feb 2010
(Ahad)
2.30ptg hingga 5.00ptg
5hb Mac 2010
(Jumaat)
8.30mlm hingga 10.45mlm
6hb Mac 2010
(Sabtu)
8.30mlm hingga 10.45mlm
7hb Mac 2010
(Ahad)
2.30ptg hingga 5.00ptg
19hb Mac 2010
(Jumaat)
8.30mlm hingga 10.45mlm
20hb Mac 2010
(Sabtu)
8.30mlm hingga 10.45mlm
21hb Mac 2010
(Ahad)
-dibatalkan-
26hb Mac 2010
(Jumaat)
8.30mlm hingga 10.45mlm

Sila Hubungi En Yusmi (013-3778004) atau En Fihir (017-500 3384) atau En Taufiq (013-395 8192) atau En Anam (012-634 2061) untuk pengesahan tempat.

ATAU

Isi borang berikut:

Borang Daftar Seminar PERCUMA Evolusi Minda
Wajib diisi *
1. Nama: *
2. No tel: (yang mudah hubungi) *
3. Emel: *
4. Tarikh dan Masa kelas yang ingin di hadiri: *
  • 21hb Feb 2010 (Ahad) 2.30ptg hingga 5.00ptg
  • 28hb Feb 2010 (Ahad) 2.30ptg hingga 5.00ptg
  • 5hb Mac 2010 (Jumaat) 8.30mlm hingga 10.45mlm
  • 6hb Mac 2010 (Sabtu) 8.30mlm hingga 10.45mlm
  • 7hb Mac 2010 (Ahad) 2.30ptg hingga 5.00ptg
  • 19hb Mac 2010 (Jumaat) 8.30mlm hingga 10.45mlm
  • 20hb Mac 2010 (Sabtu) 8.30mlm hingga 10.45mlm
  • 26hb Mac 2010 (Jumaat) 8.30mlm hingga 10.45mlm
5. Jangkaan bilangan yg. ingin hadiri bersama anda: *
  • Hanya saya seorang
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
 

Posted by admin on November 24th, 2009

3 Comments »

Permalink

YES!! Bengkel “Siapa Aku” Berjaya Capai Matlamat.

Filed under: Umum

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana di atas limpah kurnianya, selesai sudah Bengkel ‘SIAPA AKU’. Kalau ditanya bagaimana perasaan saya? Jawapannya, WOW! Saya secara peribadi berasa sangat bersyukur, bangga dan teruja dengan peserta bengkel kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta kerana memberikan saya satu pengalaman indah selama 2 hari iaitu pada 14 &15 Nov 2009, yang bakal menjadi memori abadi dalam ‘BLUEPRINT’ saya. Penyertaan aktif peserta, bersoal jawab serta memberi pendapat memeriahkan suasana bengkel. Peserta begitu mesra sesama sendiri seperti sebuah keluarga besar.

Suasana ini mengingatkan saya pada pengalaman saya berseminar. Rata-rata seminar yang saya hadiri membataskan pergaulan antara moderator dan peserta. Sehingga saya pernah berazam andai kata pada suatu hari saya menjadi moderator, saya inginkan satu perhubungan mesra diantara saya dan peserta. Alhamdulillah impian tersebut menjadi kenyataan.

Boleh dikatakan 75% peserta Evolusi Minda sentiasa dapat menghubungi saya, tidak kira samada melalui emel, telefon, sms atau YM. Hubungan antara saya dan peserta amat erat. Saya sentiasa mengganggap peserta saya seperti sebahagian keluarga saya. Suasana ini dapat di lihat pada setiap kali saya mengadakan kelas follow-up percuma untuk para peserta. Dengan adanya hubungan akrab ini, saya dapat memantau perkembangan serta kemajuan diri peserta tidak kira kemajuan peribadi mahupun kerjaya atau perniagaan. Kami sentiasa bertukar-tukar dan berkongsi cerita kemajuan. Hal ini dapat dilihat dalam blog EM, dimana setiap pencapaian peserta kami kongsi bersama.

Di sini juga saya sebagai Moderator Evolusi Minda dan suami saya bagi pihak pengurusan ingin mengucapkan Setinggi-tinggi TAHNIAH kepada salah seorang peserta Evolusi Minda iaitu Yg Bhg PROFFESSOR DR ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN di atas anugerah Proffessornya dari The Open International University for Complementary Medicines. Beliau amat berbangga berkongsi cerita dengan kami semasa di dalam bengkel pada 15 Nov. Secara kebetulan beliau menerima salinan scroll tersebut pada malam 14 Nov. Pagi-pagi lagi beliau telah berkongsi berita gembira tersebut dengan saya dan seterusnya membuat perkongsian dengan semua peserta. Tahniah sekali lagi daripada kami.

Atas desakan dan permintaan yang tidak henti-henti daripada peserta Evolusi Minda meminta kami menubuhkan Alumni, insyaAllah kami akan usahakan dalam jangkamasa terdekat ini.

Sebenarnya boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima berita gembira daripada peserta-peserta Evolusi Minda. Ada sahaja pencapaian yang hendak mereka kongsikan bersama. Antaranya Kak Shahriffa, Hazrol, Nasriyah, Umi, Muzai, Bob dan ramai lagi yang tidak saya sebutkan namanya di sini. Saya amat yakin senarai ini akan terus dan terus bertambah dari masa ke semasa.

Alhamdulillah kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Allah di atas kebahagiaan dan kegembiraan ini. SubhanAllah, bahagia sangat rasanya berada di dalam keluarga besar Evolusi Minda, dan saya dengan berbesar hati ingin menjemput anda semua untuk menyertai keluarga besar kami. Evolusi Minda bakal mengadakan Seminar Asas pada 20hb DISEMBER 2009 dengan harga promosi RM380.00 sahaja. Jadi rebutlah peluang keemasan ini dan daftarlah segera sebagai keluarga Evolusi Minda.

Posted by admin on November 17th, 2009

11 Comments »

Permalink

Tips Kejayaan-Minat dan ‘Creative Plane’

Filed under: Tips Kejayaan

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi di dalam posting minggu ini. Walaupun saya agak sibuk dalam penyediaan modul untuk Bengkel ‘Siapa Aku’ yang bakal diadakan pada 14 & 15 November ini, namun khas untuk pengikut setia blog Evolusi Minda, kali ini kita akan berkongsi ilmu tentang kejayaan.

Saya dapati ramai yang mencari tips kejayaan terutamanya agen insuran, pelajar, dan usahawan. Definasi kejayaan; mencapai sasaran yang diharapkan. Berapa lama agaknya untuk kita capai sasaran yang diharapkan? Atau adakah kita akan cukup berpuas hati sekiranya sasaran yang diharapkan itu tercapai. Bagaimanakah rupa kejayaan yang kita harapkan itu? Soalan-soalan yang begitu sering bermain di minda kita, walaupun sehingga kini masih tiada jawapan yang pasti.

Definasi kejayaan berbeza antara seorang ke seorang, kejayaan dalam erti kata lain adalah; seseorang itu dikira berjaya apabila dia mampu memiliki apa sahaja yang diinginkan dan merasa cukup puas apabila mampu berbakti, samada dari segi wang ringgit atau apa sahaja yang diperlukan oleh masyarakat tanpa memikirkan sedikit pun tentang kemiskinan. Wow! Hebat sekali definasi tersebut.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah kita hendak mencapai kejayaan tersebut? Dalam proses mencapai kejayaan, kita harus memberi perhatian dalam pelbagai sudut kehidupan. Bermula dengan perlaksanaan tanggungjawab kita yang paling kecil iaitu tanggungjawab terhadap diri sendiri sehinggalah kepada perlaksanaan yang lebih besar dan penting iaitu masyarakat dan seterusnya sejagat. Apabila kita berjaya melaksanakan tanggungjawab terhadap diri kita, maka kejayaan yang lebih besar pasti menyusul. Itu merupakan HUKUM atau LAW yang memang telah termaktub. Ini adalah kerana tatkala kita berjaya melaksanakan tugas yang kecil dengan cemerlang, alam tahu bahawa kita mampu melaksanakan tugasan yang lebih besar.

Kejayaan bukanlah milik persendirian atau milik perseorangan secara mutlak, sebaliknya kejayaan mesti dikongsi sesama manusia. Sifat tamak, dengki, bakhil, ujub dan riak harus kita buang jauh-jauh kerana ia bakal mengotori kejayaan kita. Percayalah jika kita mendapat kejayaan dengan adanya sifat-sifat tersebut, kejayaan yang kita miliki tidak akan kekal. Ia akan musnah dalam pelabagai cara. Inilah yang dikenali sebagai ‘competetive plane’.

Untuk kejayaan yang kekal kita mesti berada di dalam ‘creative plane’. Bagaimana hendak berada di ‘creative plane’? Untuk berada di ‘creative plane’ kita seharusnya mengamalkan sikap suka memberi, atau suka menolong, atau dalam ertikata lain, banyakkan bersedekah. Disiplin yang baik dan usaha yang berterusan antara kunci kejayaan yang abadi. Namun dalam apa pun usaha yang kita jalankan ‘master key’ kepada kejayaan adalah KEYAKINAN. Yakin kita adalah insan hebat. Andainya kita adalah usahawan – kita adalah usahawan yang hebat, seorang pelajar misalnya – adalah pelajar yang hebat, agen insuran yang hebat, malah siapa pun kita, yang pasti kita adalah yang TERHEBAT di dalam bidang kita. Apabila kita mampu tanamkan keyakinan bahawa kita adalah insan yang hebat, barulah kejayaan menyusul sebagai hasil daripada tindakbalas yang dilakukan oleh sistem badan kita akibat daripada pemikiran yang hebat.

Sebagai seorang Islam kita tidak boleh lari daripada menjadi hebat kerana ALLAH itu Maha Hebat. Lihat hasil kerja ALLAH iaitu manusia itu sendiri. Tidakkah kejadian manusia itu hebat? Oleh sebab itu, kita disarankan untuk melakukan setiap tugasan yang diberi dengan sehabis baik, pastikan kualitinya terbaik, tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendapat hasil yang hebat.

Kejayaan bukanlah terjadi dalam satu malam. Ia adalah hasil usaha yang berterusan tanpa memikirkan kegagalan. Apakah yang mendorong seseorang itu untuk terus melakukan sesuatu tugasan tanpa memikirkan kegagalan adalah minat yang mendalam. Untuk itu, tips kejayaan yang utama – pilihlah kerjaya yang kita suka dan berasa seronok setiap kali memikirkannya. Inilah yang dinamakan I play with my work. Kita akan sentiasa teruja setiap kali memikirkan tugasan kita, dan setiap rintangan yang datang menjadi satu cabaran yang seronok untuk kita hadapi, tiada keluh kesah atau rungutan yang terdengar. Kualiti RESULT yang terhasil sentiasa meningkat dari sehari ke sehari.

Apabila ini terjadi, alam @ universe tahu bahawa kita suka dengan apa yang kita lakukan dan dengan sendirinya alam akan bersama-sama membantu kita untuk mencapai apa yang kita namakan KEJAYAAN. Tanpa kita sedari, ketika ini kita tidak lagi memikirkan kejayaan tetapi apakah sumbangan yang boleh aku lakukan, kerana tatkala ini nikmat kejayaan yang kita raih itu adalah apabila kita mampu membuat insan lain tersenyum.

Definasi kejayaan sangat luas, namun yang pasti kita hanya mampu mengenal apa itu kejayaan setelah kita kenal diri kita. Tanyalah diri kita ‘SIAPA AKU’ sebenarnya?

Puan Hajjah Arina Abbas
Moderator Anda

Posted by admin on November 11th, 2009

4 Comments »

Permalink

 

Copyright © 2008 Evolusi Minda. All rights reserved.

Designed By: Hive Designs

Ported By: Free WordPress Themes and Best Linux Web Hosting