Posted by admin on October 15th, 2009
Apa Itu GELOMBANG ALPHA? Siri 1
Filed under: Ilmiah

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan para pembaca, apa itu Gelombang ALPHA? Saya dapati ramai yang mencari erti Alpha, Alpha Brain Wave dan segala yang berkaitan dengan Gelombang Alpha.
Apa itu Gelombang Alpha atau Alpha Wave?
Sebenarnya gelombang minda terdiri daripada 4 iaitu, Beta, Alpha, Theta dan Delta. Setiap gelombang ini memiliki frekuensi yang berbeza.

Gelombang Beta.
![]()
Ketika kita sedang dalam keadaan sibuk bekerja, mengurus atau pendeka kata dalam setiap urusan atau kehidupan biasa, gelombang minda kita berada dalam keadaan Beta. Gelombang Beta merupakan gelombang yang ‘sibuk’. Getarannya sangat rapat dan berkecamuk. Gelombang ini sangat sinonim dengan mereka yang stress, buntu fikiran, tak keluar idea, cepat tension, cepat marah, cepat meradang. Boleh dikatakan gelombang ini mempengaruhi kita menjadi lemah fikiran akibat tekanan. Namun itulah dia gelombang yang sentiasa kita miliki dan dalam erti kata lain, kita suka dengan gelombang itu. Kenapa saya kata begitu? Kerana walau dalam apa juga keadaan, kita tetap suka duduk dalam keadaan yang sibuk itu. Dengan alasan dah memang kerja saya begitu, susah, bos cerewet, kena hantar in time dan banyak lagi. Maka dari mula hingga akhir kita akan tetap duduk dalam keadaan itu, namun apa yang di cita-citakan tetap tak dapat.
Gelombang Alpha.

Gelombang Alpha pula ialah gelombang di mana ketika itu minda kita berada di tahap rehat. Ketika bila minda berada di tahap Alpha? Minda berada di tahap Alpha ketika kita sedang bersantai, memandu, mandi, dan paling utama ketika kita solat. Untuk pengetahuan para pembaca, gelombang ini merupakan gelombang yang paling utama untuk kita mencapai apa yang kita inginkan. Gelombang Alpha ini tercetus atau terjadi ketika kita berada dalam keadaan separa sedar. Contohnya ketika kita mandi, waktu mandi kita tidak berfikir benda yang serius. Kita akan berkhayal, fikiran kita akan melayang, kadang-kadang kita berfikir benda yang di luar bidang kita, kita terkhayal perkara yang kita tak ada ketika ini.
Adakala, kita membayangkan kita sedang memandu kereta idaman, berada di rumah idaman, dating dengan gadis/teruna idaman. Adakala kita membayangkan memiliki perniagaan yang hebat sedangkan pada hakikatnya kita masih makan gaji. Ketika itu lah gelombang minda kita berada di tahap Alpha. Sebenarnya untuk kita memiliki apa yang kita idamkan kita mesti berada di dalam keadaan Alpha. Kreativiti juga hadir ketika minda kita berada dalam keadaan Alpha. Bila kita kreatif barulah banyak idea untuk maju akan hadir dalam minda kita. Jika dalam perniagaan kita sememangnya di kehendaki menjadi kreatif. Bagaimana untuk mendapatkan gelombang Alpha ini? Di sinilah Alpha Brain Wave, iaitu satu ciptaan muzik berbentuk digital boleh digunakan untuk membantu mendapatkan gelombang alpha ini. Muzik tersebut merupakan hasil kaji selidik pakar-pakar bagi membantu membetulkan getaran gelombang minda dan seterusnya membantu mereka yang menggunakannya untuk mendapat tahap gelombang Alpha dengan lebih cepat.

Selain itu mereka yang rajin melakukan sembahyang tahjjud dan meditasi juga mudah untuk berada di tahap Alpha. Gelombang ini merupakan frekuensi yang seiring dengan frekuensi universe. Ini bererti jika kita ingin menghantar pesanan kepada universe kita hendaklah berada dalam frekuensi yang sama dengannya. Contoh ini sama dengan frekuensi radio, jika di Melaka siaran yang sama tetapi memiliki frekuensi yang berbeza daripada Kuala Lumpur atau Terengganu. Meditasi sangat membantu dalam kita memastikan gelombang minda kita sentiasa berada di tahap Alpha.
Gelombang Theta.

Gelombang Theta pula ialah gelombang dalam keadaan rehat yang mendalam. Bermimpi atau bermeditasi yang terlalu khusyuk. Gelombang ini selalunya didapati pada mereka yang bertapa. Ada juga perawat menggunakan hynosis untuk merawat pesakitnya, perawat akan mengarahkan agar minda pesakit menukarkan gelombangnya kepada gelombang Theta. Namun gelombang ini tidak banyak membantu bagi orang seperti kita yang masih mengejar cita-cita.
Gelombang Delta.

Gelombang Delta, corak gelombang minda yang paling lambat. Gelombang ini terbentuk ketika seseorang itu berada di tahap koma, tidak sedar diri atau ditidurkan. Ketika berada di tahap ini seseorang itu tidak lagi berhubung dengan dunia nyata. Namun gelombang ini diperlukan untuk melakukan rawatan ke atas seseorang pesakit itu.
Dalam Seminar Asas Evolusi Minda, peserta didedahkan dengan teknik pernafasan yang betul, meditasi dan fokus untuk membantu peserta mendapatkan gelombang minda Alpha pada setiap masa. Gelombang ini sangat penting jika seseorang itu betul-betul ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan. Namun tidak dapat disangkal bahawa ia bukan sesuatu yang mudah kerana perlu ada semangat untuk berubah dan tahu apa yang dicari dan diinginkan sebenar-benarnya dalam hidup ini. Kita perlu tanya pada diri apakah yang aku betul-betul hendak di dalam kehidupan ini? Barulah dengan itu Alam dan terlebih-lebih lagi Allah tahu apa yang kita mahukan sebenar-benarnya sebelum memberikannya kepada kita.
Apabila kita telah ada satu ketetapan maka barulah kita ada fokus dan halatuju yang betul untuk mencapai matlamat tersebut. Jika kita masih ragu-ragu dengan apa yang kita sendiri ingin kan, bagaimana Alam ingin merealisasikan kehendak kita? Kita kena PASTI dan YAKIN dengan apa yang dicari dan dicita, setelah seiringan barulah Universe akan membantu kita untuk mencapai cita-cita kita.
Puan Hajjah Arina Abbas
Moderator Anda.
Kenapa ada Virus ‘M’?
Filed under: Ingat Mengingati
Baru-baru ini saya pernah ditanya oleh seorang pengikut EM, “Saya cukup malas terutama mengamalkan teknik pernafasan (beliau pernah belajar teknik pernafasan dengan perguruan lain sebelum ni). Dengan teknik EM ni, kita boleh rajin dan maju ke?
Selain dari tabiat semulajadi, sebenarnya yang membuat diri kita malas bukanlah kerana kita ni bersifat ‘pemalas’. Antara sebabnya kita tak beri ruang dan masa untuk diri kita berubah. Tambahan pula dengan ilmu yang terhad. Kita sendiri tidak tahu apa yang kita hendak. Tidak kira apa bentuk kejayaan pun yang kita idamkan, samada kebahagian keluarga, kekayaan material mahupun spiritual. Pertama sekali yang perlu kita buat ialah, tanyakan pada diri kita “apa yang aku nak dalam hidup ni?” Sekiranya anda ada jawapan yang kukuh (dari hati & sanubari), dengan panduan dan ilmu yang betul, anda akan dapat segala yang anda idamkan. Tiada lagi malas dan ragu-ragu dalam tindak tanduk, malah anda akan sentiasa teruja. Tetapi jika sebaliknya; percayalah, apapun yang anda lakukan hanya sekadar angin lalu. Ia tidak akan memberikan apa-apa perubahan dalam hidup malah kadang kala memusnahkan.
Kehendak yang kukuh beserta sebab yang jitu akan menjadi satu matlamat dalam hidup. Disamping itu, tetapkan fokus anda. Dapatkan ritma dan momentum berterusan, insyaAllah segala matlamat anda menjadi kenyataan.
Inilah bezanya Evolusi Minda dengan kursus lain. Kami ‘mengubat’ punca dan masalah dalaman peserta, kemudian diberi teknik (meditasi, pernafasan dan fokus) sebagai ‘alat’. Ilmu numerologi dan warna sebagai ’sokongan’. Akhirnya, kuasa minda sebagai ‘perisian’. Kami juga merungkai kesilapan-kesilapan yang mungkin anda tidak terfikir selama ini kerana ia telah menjadi kelaziman umum.
Luangkan masa untuk menonton video ini. Terdapat beberapa ilmu berguna untuk anda yang Puan Hajjah Arina kongsikan bersama.
Yusmi Yusof
Antara Kesyukuran dan Kepuasan
Filed under: Ingat Mengingati, Tips Kejayaan

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras” [Ibrahim 14: 7].
Terus terang telah Allah nyatakan dalam ayat di atas tentang kelebihan bersyukur. Namun berapa ramai daripada kita agaknya yang faham dan melakukannya. Paling tinggi pun kita selalu dengar ialah apabila selepas makan seseorang itu sendawa lalu keluarlah perkataan, “syukur alhamdulillah, kenyang dah”.
Bila agaknya kita patut bersyukur? Sepatutnya kita kena bersyukur sentiasa. Tapi ramai yang menyatakan, “bukan saya taknak bersyukur tapi kehidupan saya nie belum cukup lagi. Saya masih belum dapat apa yang saya nak, nak syukur macam mana benda belum dapat?”
Menurut Mr Wallace Wattle, di dalam bukunya The Science of Getting Rich, dia menceritakan di dalam 2 bab berturut-turut bagaimana kekayaan mendatangi kita bila kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita ini sebenarnya keliru dengan maksud perkataan syukur dan puas. Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada, jika mereka ada RM1000, mereka inginkan RM100,000, kemudian inginkan RM1juta, kemudian RM10juta dan begitulah seterusnya.
Tetapi untuk kita mengecapi kenikmatan yang sebegitu kita seharusnya mula bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Tahukah anda dengan bersyukur kita sebenarnya mendekatkan diri kita dengan PUNCA KEKAYAAN. Bila kita dekat dengan puncanya maka lebih mudahlah kita untuk mendapat kekayaan tersebut. Allah merupakan punca kekayaan tersebut.
Cuba kita bayangkan kita ada anak yang sentiasa pandai menghargai apa juga yang diberi oleh ibubapanya. Setiap kali diberi hadiah atau ganjaran dia mengucapkan terima kasih dan apabila di tanya nak apa dia akan menjawab, “tak per la mak dah ada dah nie, cukup lah, nanti kalau nak apa-apa saya minta.” Agak-agaknya lah kalau anak kita bersikap begitu, wah! Pasti kita sayang sangat pada dia. Adakalanya kita akan beri sesuatu tanpa menunggu dia memintanya, betul tak?
Kita juga sebenarnya sama keadaannya macam tu, sebab itu bila kita sentiasa merasakan cukup dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada di samping meneruskan usaha bersungguh-sungguh untuk menambahkan lagi rezeki, Allah akan cepat-cepat tambahkan rezeki kita, percaya lah, itu janjiNya.
Ini adalah kerana mengikut prinsip asas HUKUM KESYUKURAN/LAW of GRATITUDE, setiap tindakan/action dan tindakbalas/reaction adalah sama tetapi berlawanan arah.
Minda yang bersyukur akan sentiasa meminta yang terbaik, dan pastinya ia akan melakukan yang terbaik, seterusnya ia akan menghasilkan yang terbaik dan akhirnya mendapat yang terbaik.
Dari sini lahirlah yakin, kerana minda yang bersyukur akan terus memikirkan perkara yang baik, dan pengharapan itu mengukuh menjadi KEYAKINAN. Setiap gelombang minda yang di pancarkan beserta dengan kesyukuran meningkatkan keyakinan. Dengan keyakinan yang tinggi sahajalah kita mampu memiliki apa yang kita impikan dan kepuasan hidup mampu dikecapi.
Begitulah hebatnya hubungkait antara Law of Attraction dan Law of Gratitude, dan ilmu ini seharusnya dimiliki oleh setiap insan agar hidup kita menjadi lebih bermakna dan lebih padu(content). Namun setiap ilmu harus di pelajari dengan betul sebelum ia diguna pakai agar ia tidak menjadi ilmu yang sia-sia. Kami di Evolusi Minda bukan sahaja berkongsi ilmu ini malah memastikan agar peserta faham dan mampu mempraktikkannya dan seterusnya memanfaatkan ilmu tersebut.
Percayalah, ilmu ini bukanlah satu yang sia-sia untuk anda pelajari malahan ia sangat berguna dan boleh diperturunkan kepada keluarga anda. InsyaAllah.

