Testimoni Peserta

Evolusi Minda.

 

 

"Selalunya Bila Saya Melihat Orang-Orang Kaya, Saya Akan Tanya Diri Sendiri Apa Kerja Dia?"

 

Selalunya bila saya melihat orang-orang kaya, saya akan tanya diri sendiri apa kerja dia? Bagaimana cara yang dia lakukan untuk menjadi kaya? Adakalanya ia menjadi masalah dalam diri saya kerana persoalan itu sering membelenggu saya sehinggalah saya menemui kursus yang merungkai segala rahsia tersebut. Kursus ini sememangnya mampu mengubah hidup saya hanya dalam sehari sahaja saya mempraktikkannya.

 

Selepas pulang dari kursus Pn. Arina, saya tidak membuang masa dan terus bertindak bagi mendapat apa yang saya inginkan. Ternyata ia sangat berkesan setelah saya menggunakan teknik yang diajar sebaik mungkin. Ia mengagumkan saya. Mujurlah saya menemui teknik ia ketika usia muda. Saya sarankan agar semua orang tidak kira tua muda sama-sama mengikuti kursus ini demi masa depan. Saya sudah merasainya kehebatannya…

 

Setelah mengaplikasi teknik yang diajar dalam seminar Evolusi Minda, saya berjaya membuat jualan 30 set untuk satu produk kecantikan yang keseluruhannya bernilai RM72 000 dalam masa 1 minggu!

 

Dulu semua ini ibarat perkara yang mustahil bagi diri saya tetapi ia berubah sekelip mata dengan bantuan Puan Arina.

 

Terima kasih Evolusi Minda!

 

Najwa, Kuala Lumpur. 
Best Student,
Jabatan Penulisan, ASWARA
Aswara

 

"Gila, Semua Patut Tahu Benda Ni!!!"

 

Apa pendapat anda tentang kursus ini?


Perlu dihebohkan pada semua orang supaya dapat menikmatinya.

 

Apa perasaan anda selepas kursus ini?


Dapat fokus dalam apa yang kita mahu dalam hidup.

 

Apakah faedah yang anda dapat dari kursus ini dan bagaimana ia dapat membantu dalam menjalani kehidupan seharian anda?

 

Dapat kenal pasti cara bagaimana hendak memulakan hidup yang baru dan mengetahui apa yang kita mahukan dalam hidup kita mampu mendapatnya. menjalani hidup dengan lebih bahagia dan yakin boleh.

 

Dulu saya pernah teman rakan serta teman wanita membuat pasport untuk terbang keluar negara dan dalam hati saya berkata satu hari nanti aku mesti terbang juga keluar dari Malaysia. Secara tiba-tiba perasaan yakin sekaligus hadir yang saya akan pergi atas sebab teater saya.


Sekarang saya mendapat keputusan yang saya akan dihantar oleh universiti ke Korea untuk mengarah sebuah teater disana. Pada waktu itu saya tak tahu menggunakan the secret ini, cuba bayangkan bila saya dah tahu benda ni.Apa yang akan terjadi kat saya lagi lima tahun? Terima kasih Tuhan yang membenarkan ilmu ini sampai kepada saya...Syukur!!!

Pada pendapat anda siapa lagi patut hadir kursus ini?


Gila!!! semua patut tahu benda ni. Ini milik Allah tak perlu dirahsiakan daripada sesiapa sebab ia hak semua orang!

 

Khairunazwan Rodzy, Kuala Lumpur
Pengarah Teater "Gema Merdeka
"

 

"Belum Sempat Saya Senyum, Orang Akan Senyum Pada Saya Dulu!"

 

Salam,

 

Saya mengikuti kursus ini atas ajakan suami saya. Setelah megikutinya, saya sangat teruja dengan apa yang saya pelajari. Apa yang saya tau ialah kursus ini telah banyak membawa perubahan dalam kehidupan saya, terutama sekali pada diri saya. Saya bukan lagi saya yang dulu (I have become a new me)

 

Salah satu perkara yang kita pelajari dalam kursus ini ialah melahirkan persaan gembira (feel good), saya tak tau macam mana nak adakan perasaan sebegitu di dalam hati, memang sukar pada mulanya, saya terpaksa berlakon untuk merasakannya, ke mana saya pergi dan bila berselisih dengan orang (orang yang saya tak kenal) saya akan senyum padanya, saya akan sentiasa adakan mood gembira walaupun saya berjalan sendirian (saya akan senyum sendiri). Mengikut apa yang saya belajar, apa yang saya buat (fikir dan bayangkan dan apa yang saya mahu) akan menarik lebih banyak lagi perkara-perkara tersebut, saya lakukan setiap hari sehinggakan sampai satu ketika belum sempat saya senyum, orang akan senyum pada saya dulu, saya telah menarik senyuman kedalam hidup saya. Pada masa ini saya rasakan satu kepuasan dalam hidup, saya rasakan hidup saya sangat bermakna, macam rasa nak laungkan kuat-kuat pada dunia. Sekarang saya tak perlu berlakon lagi, perasaan ini hadir sendiri jauh dalam hati.

 

Perasaan "feel good" ini perlu ada dan penting untuk kita nak teruskan dengan apa-apa yang nak kita capai dalam kehidupan.

 

Saya rasa kursus sebegini patut di ajar pada anak- anak sekolah, mereka masih muda, perjalanan masih jauh, ilmu yang dipelajari boleh digunakan dalam kehidupan seharian, untuk menjadi anak bangsa yang berkualiti dimasa depan.

 


Wan Muziah Wan Mohammad, Shah Alam
Suri Rumah

 

Ramai yang capai impian mereka bersama kami.

Anda juga boleh!!

 

 

Kami sentiasa menyokong anda.

 

"Evolusi Minda Benar-Benar Membuka Minda Dan Mantap"

 

Assalamualaikum,


Saya Idris Mohamad, adalah salah seorang peserta Kursus Evolusi Minda anjuran Puan Arina Abbas. Setelah mengikuti kursus dan mempraktikkan petua-petua yang disampaikan oleh Puan Arina, suatu keajaiban telah berlaku ke atas perniagaan sambilan yang saya jalankan. Syukur Alhamdulillah, sedikit perbelanjaan yang saya peruntukkan untuk menjalani kursus ini memang teruja hasilnya.

 

Kata pepatah, kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Saya mula mengenal potensi diri sendiri untuk memajukan apa jua perniagaan mahupun mempertingkatkan kecemerlangan diri. Banyak kursus selain Evolusi Minda yang saya ikuti sebelum ini tetapi hanya tinggal kenangan saja.

 

Evolusi Minda benar-benar membuka minda dan mantap. Bayangkan, dengan hanya 200 karton soya (1 karton = 24 botol) jualan saya setiap bulan melonjak 1000 karton sebulan. Kenapa? Tak percaya? Jom sertai kursus ini, anda mampu mengubahnya!

 


Idris Mohamad
016-2936523
rbk4786@gmail.com
Usahawan

 

"Jelas dan Nyata on WHY, WHICH, WHEN, WHERE, WHAT & HOW"

 

Pada pendapat saya, kursus ini sangat baik dan mencapai tujuannya... iaitu MENCEMERLANGKAN PERIBADI SAYA... Cara penyampaian Puan Arina Abbas sebagai penceramah pada hari itu sangat baik, jelas dan mudah difahami.. Setiap masa yang diperuntukkan - digunakan sepenuhnya..

 

Penggunaan projektor dan alat bantu mengajar juga sangat baik. Tempat yang disediakan begitu selesa. Tidak kurang juga makanannye... Tapi kebenarannya semuanya serba cukuplah.... Selepas kursus itu, saya merasa saya bahawa saya dapat melihat diri saya dan arah tujuan saya dengan lebih jelas. Selama ini saya hanya TAHU.. tetapi kini saya boleh menggunakan keupayaan saya dengan lebih jelas dan fokus dan DI LANDASAN YANG BETUL... Itu sangat penting bagi saya..

 

Saya merasakan bahawa saya tidak perlu membazirkan masa dan tenaga saya kerana arah tujuan saya menjadi lebih jelas dan nyata on WHY, WHICH, WHEN, WHERE, WHAT & HOW.It's there... Cume selama ini saya tidak tahu dan masih mencari-cari.. So banyak waste time & energy.. Sayangkan... Kehidupan saya kini ternyata lebih fokus... Saya meletakkan energy kepada apa yang inginkan... Bukan pada apa yang tidak inginkan... Senangkan...? Tidak semudah itu... Ilmunya mesti betul.. Mesti ada GURUnya...

 

Oleh itu, seminar ini banyak membantu saya dan saya yakin semua peserta setuju dengan pendapat saya ini... Kepada semua umat manusia.. tak kira lah apa jurusan dan bidang yang anda ceburi.. Tidak kira usia.. Bahkan SESIAPA SAHAJA sememangnya perlu untuk kita mengetahui RAHSIA HUKUM ALAM ini.... It's there all the time.. Cuma kita tak tahu jek dan yang sedihnya ada yang tak nak ambik tahu...

 

JADI AMBILLAH KESEMPATAN INI... Mungkin peluang ini tidak akan datang lagi... But for now... TAKE THE CHANCE... Ambil peluang dan ilmu yang telah ALLAH sediakan untuk kita...SUCCESS IS A JOURNEY NOT A DESTINATION... When there is a will, there is a way...

 

Okey then... I wish all of you good luck and all the best in your life... Semoga kita berjumpa di PUNCAK KEJAYAAN....

 

Wassalamualaikum w.b.t....

 


Rosalinda binti Ahmad,
Petaling Jaya.
Agen Insuran Prudential BSN takaful

 

"Kini Saya Lebih Fokus Dengan Apa Yang Saya Lakukan"

 

Assalamualaikum,

 

Alhamdulillah dengan ketentuan Allah, diizinkan saya bertemu dengan kak Arina dan suami di dalam Seminar mereka. Banyak saya pelajari tentang konsep Law of Attraction ni dari mereka. Dari situlah bermulanya journey baru saya dan isteri dalam mengaplikasikan teknik yang diajar oleh mereka. Dari teknik pernafasan sehinggalah pemilihan warna yang betul.

 

Hasilnya, kini saya lebih focus dengan apa yang saya lakukan. Bila kita focus pada sesuatu perkara, nescaya outcome dari pekerjaan itu amatlah berkualiti dan membuahkan hasil yang lumayan.

 

Terima kasih sekali lagi kepada mereka berdua yang mengenalkan saya dengan dunia Law of Attraction. :)

 


Salam,
Syed Ikhwan.
http://www.syed-ikhwan.com

 

"Saya Adalah Jutawan Muda!"

 

Saya mula belajar mengenai kuasa minda dengan auntie Arina pada tahun lepas. Rupanya di dalam Islam sendiri telah mengajar kita mengenai kuasa minda ini cuma kita yang tidak menyedarinya. Cara auntie Arina menerangkan kuasa minda dengan mengaitkannya dengan Islam memudahkan lagi saya memahaminya. Benarlah, apa yang dilafazkan oleh kita adalah doa. Oleh itu, kita perlu melafazkan dalam kehidupan seharian kita kata-kata yang positif dan memberangsangkan.

 

Alhamdulillah, nampaknya seminar ini benar-benar berkesan. Dengan izin Allah, saya telah mencapai apa yang saya inginkan dalam masa kurang setahun. Antaranya ialah kondo, kereta, office, staff dan banyak lagi! Sungguh hebat perasaan apabila mempunyai sebuah office dan staff pada usia 18 tahun.

 

Kini target saya seterusnya ialah menjadi jutawan sebelum umur 20 tahun. Oleh itu, saya perlu evolusikan minda saya supaya berfikiran seperti seorang jutawan daripada sekarang kerana apabila minda kita adalah jutawan barulah realitinya akan bertukar menjadi jutawan.

 

Semuanya di ajar oleh auntie Arina di dalam seminar Evolusi Minda ini. Semuanya bermula dengan minda dan anda juga boleh lakukannya!

 

Syukur kepada Tuhan dan terima kasih auntie Arina!

 


Adly Bin Muktar

Usahawan Internet

Director,

FlareBiz Network

 

 

"I've Learned The Missing Chapters.."

 

Satu hari saya ber"chatting" dengan Auntie Arina di Yahoo Messanger...

 

Auntie Arina : Apa yang Zhaf nak dalam hidup Zhaf?

 

Saya : Saya nak semua sekali!!!

 

Auntie Arina : Yela, ape dia?

 

Saya : hehe..saya nak duit yang banyak, keluarga yang bahagia, kesihatan yang baik dan semua-semua lah! pendek kata..a perfect life!

 

Auntie Arina : Ok, kalau macam tu, datang seminar auntie.

 

Saya pun datanglah seminar Evolusi Minda sebab nak tahu apa benda yang best sangat seminar ni..

 

And guess what? saya telah belajar tentang bagaimana untuk mendapatkan apa sahaja yang kita nak! lebih dari itu, saya juga sudah sedar mengapa kita sering mendapat apa yang kita tak mahu! Sesuatu yang anda WAJIB tahu jika ingin mengubah hidup anda kepada yang lebih baik.

 

Sebenarnya tidak mustahil untuk mendapatkan perfect life yang diidam-idamkan oleh semua orang. Cuma kita perlu tahu cara yang betul untuk mendapatkannya. engan memahami konsep Law of Attraction, Law of Universe dan lain-lain lagi, anda boleh menarik apa sahaja yang anda mahukan dalam hidup anda. Tiada apa yang mustahil!

 

Setelah mengaplikasi apa yang diajar oleh Auntie Arina dalam seminar Evolusi Minda, saya menjadi lebih positif, fokus dan konfiden.

 

Alhamdulillah, kini kehidupan saya telah bertambah baik dari segenap segi samada kewangan, kesihatan dan juga kebahagiaan.

 

Saya hidup di dalam kehidupan yang saya inginkan. Setiap kali saya bangun bagi, saya rasa sangat gembira dan tidak sabar untuk mengharungi kehidupan saya pada hari tersebut. Setiap kali saya tidur, saya amat puas dengan apa yang saya lalui sepanjang hari tersebut. Saya tidur lena dalam senyuman!

 

Itulah impak Evolusi Minda dalam kehidupan saya...

 

Apa yang saya telah belajar di Seminar Evolusi Minda tidak akan saya dapat dimana-mana sekolah, kolej mahupun universiti. Ia merupakan satu cabang ilmu yang tercicir dalam pendidikan formal.

 

But, I've learned the missing chapters...

 


Mohd Zhafran Bin Mohd Ghani

Usahawan Internet

Pengasas MajalahIM.com

 

 

 

EVOLUSI MINDA

No 29M, Jalan SBC 1, Taman Sri Batu Caves,

68100 Batu Caves, Selangor